Menjadi deejay memang cita-cita saya sejak darjah tiga lagi. Jangan tak percaya! Waktu darjah satu, teringin sangat-sangat nak jadi pegawai polis. Pantang tengok cerita kepolisan, mulalah berangan. Itu yang suruh berkawad dari pagi ke petang pun sanggup waktu sekolah dulu. Tak jadi polis, komandan Kadet Bomba pun jadilah. Nak buat macam mana... tak ada lagi kadet polis di sekolah. Yang paling manis, pernah jadi komandan untuk perbarisan ketika sukan sekolah. Juara tu.. walaupun cuma dapat hamper berisi jajan.. best sangat... Nak dijadikan cerita, cita-cita untuk menjadi deejay mengatasi segalanya. Al kisah bermula di sebuah kampung bernama Rantau Panjang, Klang. Waktu tu, baru balik 'shopping' sakan bersama arwah mak dari Kapar. Masih ingat lagi kasut pink bunga-bunga yang dibeli untuk raya. Dulu, memang pagi petang siang malam dengar Radio 3 Shah Alam atau kini Selangor FM. Celoteh Latifah Sidek, kalau nak jadi deejay, kena ambil kursus mass comm. Kecik-kecik manalah tahu apa ke maknanya mass comm tu. Tapi perkataan itulah juga yang tak pernah kulupa sampai ke sekolah menengah. Kerana minat yang cukup besar, sanggup berebut sampai melekat kat cermin BSN Klang berasak-asak untuk membeli 5 borang UPU. Biar lebih, takut salah isi. Waktu mengisi borang UPU, Matrikulasi Mass Comm sentiasa berada di pilihan pertama. Cukup dengan kriteria yang diminta, English 119.. harap sangat-sangat dapat. Meskipun ramai yang emmpertikaikan kenapalah nak ambil kursus matrikulasi sedangkan Ijazah Pertama sudah tersedia. Semuanya dek kerana minat nak jadi Deejay. Tiga semester di Matrikulasi Sebaran Am UiTM, cukup banyak kenangan apatah lagi bersama-sama senior yang cukup ,sporting', Amyzaddin, Kak Mimi dan Kak Farah Fauzana.. ramai lagi yang dah jadi orang berjaya dan rakan-rakan seperjuangan lain. Walaupun seperti jauh kelaut kerana mengambil jurusan Pengiklanan.. tapi pengkhususan dalam copywriting dan marketing cukup berguna. Cukup waktu untuk praktikal, semestinya Radio Maalaysia Selangor menjadi pilihan. Kalau orang lain praktikal satu semester atau empat bulan tapi saya setengah tahun atau enam bulan! Semuanya kerana saya sibuk menjalankan kajiselidik merangkap tesis mengenai Kajian Pendengar Radio : Citarasa Pendengar Masa Kini terhadap 300 responden di semua 9 daerah di seluruh Selangor. Memang memenatkan tetapi cukup berbaloi sebagai persediaan awal ke arah cita-cita. Sambil belajar, sempat lagi buat freelance bersama Pengulas Sukan terkenal, Shaukei Kahar di Silver Sports. Cukup banyak pengalaman dikutip termasuklah menjadi wartawan sukan, penerbit, penulis skrip, webmaster untuk Media Sukan, Voice Over, penulis skrip dan pembuat teh. Setiap satu pengalaman yang dikutip selama lebih kurang dua tahun banyak mengajar untuk menjadi 'multiskill'. Menjadi bunga dicelah-celah kumbang setiapkali membuat laporan sukan sesuatu yang baru untuk saya. Tiger Cup, Piala Malaysia, Piala Emas Raja-Raja, Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, Celcom Uni-League merupakan antara acara penting yang tutut serta membuat liputan. Alhamdulillah, antara 4000 orang yang mencuba nasib untuk mendapatkan pekerjaan di RTM, saya salah seorang daripadanya. Lebih bermakna bila ditempatkan di KLfm pada 20 Jun 2005. Alhamdulillah.. doa arwah ibu sepanjang jalan. Segala yang kita impikan jika disertakan dengan doa dan usaha, pasti membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan.
Wednesday, September 12, 2007
Wednesday, August 29, 2007
SANTAI PUISI MERDEKA KLFM
Malam Santai Puisi Merdeka KLfm 2007 berlangsung meriah pada 18 Ogos 2007 di Pasar Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini. Bukan hanya kerana persembahan menarik pendeklamator tersohor negara dan persembahan angklong adripada artis residen CM, Farouk tetapi juga sokongan padu Ketua Pengarah RTM, YBhg. Dato' Abdul Rahman Hamid dan tetamu kehormat serta Sahabat-sahabat KLfm yang turun padang memeriahkan acara. Cayalah. Setelah sekian lama tidak 'berpasangan' dengan Atuk Burn, malam itu menyaksikan satu lagi sejarah. Yang tidak dapat turut serta, mereka juga dapat mendengar menerusi siaran langsung majlis tersebut.
Apapun, cukup banyak perubahan di CM. Hiasan dalaman, gerai-gerai pameran juga 'bilik rehat' yang mengetengahkan konsep ala-ala Bali. Cukup jauh perbezaan jika dibandingkan 50 tahun dulu yang terkenal sebagai pasar basah. Terus semarakkan kemerdekaan dengan minda yang merdeka. Adios!
Wednesday, August 8, 2007
Monday, July 30, 2007
BIODATA
Nama : Juliyana Bt HussainNama Glamour : Julia, Jue
Status : Berkahwin
Segmen : Ladies Nite, Rehat & Relaks (RNR)
Tarikh Lahir : 30 Mac 1981
Tempat Lahir : Klang, Selangor
Zodiak : Aries
Hobi : Boling, Menbaca, Mendengar Muzik, Menonton Wayang
Makanan Kegemaran : Putu Piring, Lontong, Keli Masak Lemak Cili Api
Minuman Kegemaran : Milo O Suam, Limau Suam
Muzik Kegemaran : Pop, R & B, Sentimental
Artis Kegemaran : Melly Goeslow, Erra Fazira
Warna Kegemaran : Pink, Merah
Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda (Kep)(Periklanan), UiTM
Pengalaman Manis : Hos Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2005 dan 2006
Tercapai Impian Menjadi Dj
Pengalaman Pahit : Kehilangan Insan Tersayang, Ibu
Perkara Pelik Yang
Ingin Dilakukan : Menyelam Skuba Sambil Berborak Dengan Ikan-Ikan Laut.
Jika Anda Bukan Seorang Dj, Anda Adalah : Usahawan-Membuka Butik Pengantin Sendiri.
Mula Bertugas di KLfm : 20 Jun 2005
Subscribe to:
Posts (Atom)
THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA
Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...
-
Gambar: Ihsan My Pren Kapten Faqru l Petang Jumaat lalu, kami dikejutkan dengan berita bahawa penulis lirik terkenal, Man Toba meninggal dun...
-
Inilah baby Ahmoi.. Aii.. feeling pulak Inilah kakak iparku yang kecik dan comel Zara dengan sepupunya.. Alif Adha DAPAT ANAK BARU? BETUL! 1...
-
Salam Tok Wan Meh salam dengan Tok Wan.. elok dah parking depan Tok Wan Uuii.. lajunya tepuk tangan Aii.. kat situ je Zara pun salam Tok Wan...



