Monday, July 18, 2016
SukaSuki Raya Pertama
Meriahnya raya bila bersama. Enjoy foto-foto lain sempena raya pertama kami
Tahun ni kali pertama Fahey dan Yan beraya bersama sebagai suami isteri. Moga kekal bahagian hingga ke jannah. Ono Bundle pula mula memperkenalkan jenama OnoDenim Junior. Tu contoh baju yang anak-anak dapat raya ni. cute tak? Tq Wak John.
Ni kakak dan kakak ipar den. Lawa tak? Sama plak kaler mereka. Biru kelabu. hehe
Ni adik ipar den, wife Eddy ngan piya yang pandai sembang dan dia je faham. Yang penting konpiden. Kan Piya.
Time main kuda2. Sian abang uding kena jadi kuda. Hehe.
Al-Fatihah.. Ayahanda dan Bonda
Ke Makam Bonda ~ Usman Awang
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
~Usman Awang
Puisi ni terngiang-ngiang puisi karya Dato' Usman Awang ni sepanjang ramadan. Pagi raya kami ke pusara Bapak bersama anak-anak. 7 tahun bapak tiada dan hampir 18 tahun emak pergi meninggalkan kami enam beradik. Tidak ketinggalan, kubur arwah embah hj musran (kubur batu putih).
Cuma tahun ni tak sempat kami ke pusara mak sebab dah terlalu lewat nak singgah lepas ke rumah paman mamat. sepatutnya singgah dulu pun takpe. Insyaallah mak.. nanti adik datang ya. Semoga roh Mak dan Bapak dicucuri rahmat Allah.
Raya 5 Beradik
Raya tahun ni sepatutnya kami di Kedah. Maka kuranglah seorang. Adik Diana beraya di rumah keluarga mentua di Kampar. Kalau ada sure tambah meriah dan ada pose wajib kat tangga. Ate dah takde nak wat cane. Selamat menjamu mata dengan ggambar-gambar raya kami.
Lepas solat hari raya, kami menziarah kubur arwah bapak dulu. Masuk tahun ke-7 bapak meninggalkan kami. Moga roh bapak diletakkan dalam kalangan hambaNya yang dikasihi. Tinggallah kami enam beradik beraya sebagai yatim piatu.
Part paling best bila raya ialah baraan ke rumah sedara mara belah bapak. Seharian berbaju melayu. Best sangat! Seronok bila dapat beraya ramai-ramai ni. Paling seronok anak-anak. Dan kami dalam tema yang sama!
p/s : tema apa ek raya kami 2018? jeng jeng.. Semoga dipanjangkan usia kami dan diberikan rahmat kebahagiaan untuk kami enam beradik.
Lebaran ke-9 ShazzyLea
#ShazzyleaRaya
Tahun ni, 9 tahun dah usia perkahwinan Mama dan Abah.
Raya tahun ni, cam biasa pagi-pagi Mama dan Abah akan pose berdua. Cuma kali ni pose dengan perut berusia 33 Minggu. Tak sabar menanti orang baru. Terima kasih Abah belikan Mama jubah by Siti Nurhaliza ni. Love it! By the way, songket Abah tu Mama yang pilih. Lawa tak?
Subscribe to:
Posts (Atom)
THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA
Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...
-
Gambar: Ihsan My Pren Kapten Faqru l Petang Jumaat lalu, kami dikejutkan dengan berita bahawa penulis lirik terkenal, Man Toba meninggal dun...
-
Inilah baby Ahmoi.. Aii.. feeling pulak Inilah kakak iparku yang kecik dan comel Zara dengan sepupunya.. Alif Adha DAPAT ANAK BARU? BETUL! 1...
-
Salam Tok Wan Meh salam dengan Tok Wan.. elok dah parking depan Tok Wan Uuii.. lajunya tepuk tangan Aii.. kat situ je Zara pun salam Tok Wan...



























































