Friday, January 3, 2020

2020 dan Hyperventilation

SETAHUN Tanpa sebarang pos di ruangan ini. Biar betul? Sibuk benar gamaknya sampaikan tiada sebarang coretan. Sebenarnya, sangat banyak untuk dikongsikan cuma masa yang tidak ada untuk meninggalkan kenangan di ruangan kesayangan ini.

Tergerak hati bila Zara menegur, Mama.. kenapa dah lama sangat mama tak tulis apa-apa di blog? Oh ya. Mama hampir lupa tentang blog kesayangan ni. Zara baca rupanya blog mama. Ya, mama tinggalkan kenangan di sini agar anak-anak mama dapat berulang-ulang membacacanya nanti.

Entah kenapa, tersentuh rasanya hati tika melangkah tahun baru 2020 ini. Libang libung rasanya perasaan tu. Eh, dah 2020!! Macam tak percaya. Kerana masih teringat momen di tapak perhimpunan sekolah agama tentang tahun 2020. Masa tu dah siap kira.. kalau 2020 nanti usiaku 39 tahun. Tuanya!!! Nah.. sekarang dah 39 tahun dan kereta masih belum boleh terbang.

Syukur Ya Allah. Kau berikan aku peluang untuk bernafas lagi. Entah kenapa akhir-akhir ini aku asyik membayangkan kalau aku tiada. Tahun 2019 sahaja 2 kali aku diserang sakit yang bagai sudah penhujung nyawaku. Bagaimana untuk kuceritakan pengalaman tu. Jawapannya tak tahu. Kerana ia satu perasaan yang sangat menakutkn.

Doktor kata hyperventilation. Betul ke? Apa tu?





Hyperventilation is a condition in which you start to breathe very fast. Healthy breathing occurs with a healthy balance between breathing in oxygen and breathing out carbon dioxide. You upset this balance when you hyperventilate by exhaling more than you inhale. - Healthline.com

Tiba-tiba badan jadi lemah, sejuk dan tak boleh bernafas. 30 Januari 2019 attack pertama tengah malam. Terus ajak abang ke Hospital Putrajaya. Mama dah sedih dah.. sepanjang jalan mesej dengan zara. Sedih mengenangkan anak-anak. Dalam hati kuat berdoa moga Allah panjangkan usiaku lagi. Zikir memang tak berhenti dari bibir. Betapa aku sangat takut.

Hampir 3 pagi baru selesai dan doktor sahkan Hyperventilation yang TIADA UBAT. Hanya perlu tenang dan bernafas dengan betul. Kandungan CO2 terlalu banyak dalam paru2. Stress katanya. Stress kah aku? 



Serangan kedua kena selepas minum kopi San Francissco petang tu. Maybe angin yang membantu jadi macamtu?

Serangan ketiga jadi lepas minum teh ais pak yop belah tengah hari. Teh ais pun? Mama start baca lagi. Katanya kafein tidak bagus untuk orang berdarah rendah kerana memberikan effect kepada tekanan darah. Allahuakbar. Makin tua makin banyak hilang nikmat makannya. Takut dah nak minum kopi dan teh ais.

Seangan ke-4 jadi baru-baru ni, bila kakak dikejarkan ke HTAR Klang selepas mengadu sakit pinggang teramat sangat manakala adik diduga ketika nak bersalin. Doktor kata terpaksa bedah juga sebab perut dan bengkak dan akan ada risiko iaitu kematian atau buang peranakan. Allahuakbar! Allah saja tahu perasaan waktu itu. Ya anxiety datang dan kena lagi hyperventilation sebab terlalu takut. Takut dengan sebarang risiko untuk kakak dan adik. Perlahan2 kucuba tarik nafas. Serangan ini semakin hampir dan dengan izin-Nya aku berjaya melawan.

2020, moga Allah berikan kesihatan yang baik untukku, suamiku dan anak2 serta diterangkan hati anak-anak untuk melakar kejayaan dalam UPSA, UPSRA dan UPKK. Amin.


Shazzylea
3 Januari 2020

Wednesday, November 14, 2018

EMIR KONVO

Yey!!! Emir Konvo!!



Seronoknya dia konvo harini, 13 November 2018. Naik bas ke Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur. Tidur awal malamtu sebab taknak terlajak, Cuma mama dia yang excited siapkan candy bouquet istimewa untuk Emir. Awal mama dah beli cikedis tu.




















Besar dewan tu. Cantik. Cuma mak ai parking nunnn jauh di KTM. Mujurlah abah yang drive. 

Majlis pun start lewat. Asalnya 9 pagi tapi 10.15 baru start. Emir pula dalam sidang kedua. Gigihla Mama ni tunggu sampai tersengguk di kerusi ;)

Nak dijadikan cerita VVIP pun kenalan. Mantan asst PUU di KKMM dulu.

Seronok sangat dia dapat candy bouquet daripada mama. Kenduri bouquet di rumah. Semoga anak mama berjaya dunia akhirat. Amin.








Ni pose paling mahal sebab abah yang request untuk ambil gambar full. Hari ini abah dokong Emir. Bila abah dah tua nanti jangan segan-segan nak dokong abah ya sayang.



Wednesday, October 24, 2018

RINDU KENANGAN LALU

Assalamualaikum

24 Oktober 2018 harini.
Terima kasih FB kerana tiap-tiap hari mengembalikan nostalgia.

Harini gambar zara ketika berusia 4 tahun pada 2012 dan Emir yang baru beberapa bulan pada tahun sama. Rindunya anak-anak mama masa kecik. Ada juga kenangan tahun 2010 ketika KLfm mengadakan program bersama pesakit kanser kanak-kanak di PPUM. Ada Aliff Satar, Diana Danielle, Zahid dan ramai lagi. Bersama-sama rakan-rakan penyampai yang super osem time tu. Sekarang Boss Norma Aziz, Hj Salleh dan Kak Zah pun dah pencen. Rindunya!!

Peneman setia ke mana jua

Aliff Satar uols!

Team yang osem!

Zara ketika berusia 4 tahun ;)

Emir 4 bulan

Friday, October 19, 2018

DONUT GEBUS UOLS

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya dan mendoakan kesihatan #cikmunge Mia saya. Ada juga yang terus call bertanya khabasr mia dan endoakan dari kejauhan. Really appreciate it!

tapi harini saya nk update tentang makanan.
Sapa suka donut? Harini saya nak share resipi baharu yang saya dah cuba dan hasilnya sangatlah osem dan mendapat pujian anak-anak. Saya percaya sebab kanak-kanak ni jujur. Kalau tak best, tak sedap direct aje bagi feedback. Haha. So resipi ni saya dapat daripada salah satu group masak di FB. Alhamdulillah hasilnya sedap dimulut. Tq che eda untuk resipi osem ni.

peminat donut. senyum lebor dapat donat gemuk katanya
selepas terap
selepas 30 minit gebus dan ready to goreng


Tadaa... memang osem uols

Yang gelap tu ready nak letak gula, yang kekuningan tu saya goreng kejap je dan frozenkan dia. Senang tinggal goreng nanti


So, sapa nk try silakan yea.

RESIPI DONUT GEBU TANPA ULI








THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...