Wednesday, July 16, 2008

DEBARAN 10 OGOS



DEBARAN pastinya kian terasa buat dua juara Pertandingan Bintang Klasik Nasional 2008 Zon Tengah ini yang akan berentap dengan johan dari empat zon lain 10 Ogos 2008 ini di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Kedua-dua peserta sedang giat berlatih lagu yang bakal dinyanyikan pada pertandingan BKN peringkat kebangsaan. Sabihah bakal menyanyikan lagu daripada Allahyarham Puan Sri Saloma, Senyuman Tak Berbalas manakala Alif akan membawakan lagu Dato' Ahmad Jais, Mungkin Bersama. Jangan lupa nantikan siaran langsung ke seluruh Malaysia menerusi RTM1 dan Klasik Nasional. Untuk dua orang adik kita ni, selamat maju jaya. Mungkinkah mereka bakal mengulangi kejayaan wakil dari Kuala Lumpur tahun lalu, Muhaizam yang menjadi juara di peringkat kebangsaan dan Naib Juara Klasik Nusantara? Sama-sama kita nantikan.


No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...