Saturday, October 4, 2008

SYAWAL YANG PENUH MAKNA

Sonoknya si kecik berbaju kurung kuning - Di rumah ayahanda, Klang.

Di tangga inilah pose wajib setiap tahun. Kecut muka zara kepenatan- Rumah nenda di Tg. Karang

Nak lambung Zara ke mama? Sempat pose di sawah depan rumah pakcik


1, 2, 3.. seriusnya si kecik ni ambik gambar
Keluarga bahagia

Inilh kakak iparku bersama Nur Alia Farhana.. jap lagi boleh main masak2 dengan zara yea


Bergambar bersama Nenda Seringatun, kakak(baju oren) dan adik (belakang)


LEBARAN MENJELMA LAGI.. Tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran Zara. 30 September baru Julia mula bercuti dan sempat lagi menyiapkan dua jenis kuih raya. Malam raya sempat lagi menjengah bandar Klang untuk cari baju raya. Balik baru masak untuk juadah pagi raya. Apalagi, nasi impit, ayam masak merah, kuah lodeh dan sambal kacang. Tahun ni seronok kerana giliran untuk beraya di Klang. Dapatlah berkumpul ramai2 dengan adik-beradik lain. Tahun ni tema kami kuning raja dan biru laut. Lebih seronok juga dapat beraya dengan keta baru. Hehe..

Raya pertama di Klang dan terus ke Tanjung Karang untuk menziarahi pusara arwah mak dan ke rumah nenek.. Petang dah gerak balik ke Klang untuk beraya ke rumah adik beradik belah bapak pulak. Tahun ni agak berbeza kerana tak nampak budak2 naik basikal beraya dari rumah ke rumah macam dulu. Kalau tidak, orang tak balik sembahyang raya lagi rumah dah penuh budak2 beraya.

Raya kedua pagi baru bertolak ke Sungai Petani. Alhamdulillah selamat sampai walaupun agak sesak di Perak. Meriahlah raya tahun ni dengan gelak tawa si kecik zara. Tak sempat nak duduk. Ramailah yang nak dukung dan jaga., Bolehlah mama dia buat kerja. Di Kedah memang meriah dengan makanan. Mak mertua pun memang rajin masak apatah lagi dengan kepulangan anak2.

Sempat juga beraya ke rumah sanak saudara belah suami di Penang dan Jitra.. Meriah jugalah si Zara dengan duit raya. Syukur alhamdulillah. Balik dari Kedah sesaknya jangan cakaplah.. Tapi sebelum memulakan tugas pada 8 Okt, sempatlah jenguk saudara mara lain di Bukit Beruntung dan Kuang...

5 comments:

kakzie said...

wah..tema kuning..selamat hari raya aidilfitri ju..mohon maaf andai ada tersilap kata dan terguris hati..

MrsWebmaster said...

ila, sama-samalah kita. sebagai manusia, tak lepas dari melakukan kesilapan. Tahun ni tema kuning raja dan biru laut..

black_canary said...

aku pun mintak maaf...aku ni jenis mulut lepas aje...tapi nak buat macam mana kan..
mintak2 Ju tak ilangkan tempat komenlah...dpt baca ajelah blog...jawabnya...
Anyway..cantik zara berbaju kurung ye....darlin baju kurungnya beso sikit...

SITI NORBAINI said...

Pn. Julia, anda telah ditanda!
http://apaceritabainikhairi.blogspot.com/2008/10/saya-telah-di-tanda.html

Sekadar berkongsi cerita dan tiada paksaan dalam islam sesungguhnya...Hanya memeriahkan suasana alam maya!

YanDarwisy said...

Aku pun msk keje baru hari ni tau. malas rasenyer nak masuk keje. Liat beb!. Padat tul jadual Cuti lamer ko cuti thn ni. Sakan mak aiii!

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...