Tuesday, October 14, 2008

RAYA SAKAN BERSAMA DJ2 KLFM

Inilah hadiah lukisan kucing yang kiut tu

Pose ala-ala perut dah kenyang. Tunggu nak landing je.

Bersama Puan Fee di pokok anggur emas Pak Khalid

MK dan kucing, bukan itik. Tapi MK ni memang suka kucing jugak. Gambar pun jadilah.

Ini baru sikit kuih di rumah Datuk Serigala. Banyak lagi sebenarnya.

Aummm.. sedap tau mihun sup ni. Tengok sajalah gaya kawan-kawan kita ni.

Uii.. menikmati hidangan Nazi dan Elly (dj baru KLfm)

Ini baru sebahagian. Sempat bergambar bersama-sama tuan rumah dan rakan-rakan Sahabat lain. Cuba tengok betul2 baju Julia dengan family Serigala. Sama kan?

Antara dj yang meluangkan masa untuk program Raya Sakan..

RAYA SAKAN!!!! Itu nama program yang baru je berlalu Sabtu lalu. Ini program yang julung-julung kali dianjurkan oleh KLfm dan saya bertindak sebagai penerbit. Bertujuan untuk menghargai pendengar yang setia, penyertaan untuk Program Raya Sakan telah bermula sejak 15 September lalu menerusi emel dan pos. Memandangkan ini kali pertama program sebegini dianjurkan, sambutan yang diterima cukup menggalakkan dari segenap lapisan pendengar. Mereka hanya perlu menyatakan dengan kreatif kenapa mereka ingin berhari raya dengan dj2 KLfm dan pemilihan dibuat menerusi undian2 oleh dj2 sendiri. Memang pening kepala dibuatnya untuk memilih pemenang. Semuanya hebat2 belaka.. Apapun, hanya 3 pemenang dipilih untuk kami kunjungi rumah mereka. Tahniah untuk Pak Khalid, Achu dan Datuk Serigala.

Kami tiba di rumah Datuk Serigala kira-kira jam 12.40 tengahari dengan dua buah van KLfm. Rombongan dj ke rumah pemenang hari itu disertai oleh Pengawal KLfm sendiri, Puan Fee Lin Chew yang sudi turun padang untuk memberikan sokongan serta rakan-rakan dj yang lain termasuklah Mimie, Nazi, Hezry, Azlan, Pool, MK, Kzie, Ain, Nik Aida, Ninie, Nia, Noreen, Azizah Sulaiman dan Elly. Memang gempak sambutan yang kami terima apatah lagi bila warna baju tuan rumah sama dengan baju saya, kuning raja!! Adoyai.. Lebih mengejutkan ramai sungguh sahabat lain yang bersedia menyambut kedatangan kami. Meriah sungguh. Siap ada jual beli pantun lagi. Juadah jangan cakaplah.. Selain hamper eksklusif dari KL International Hotel yang kami bawa bersama-sama juadah istimewa dari Restoran d' Tandoor, ada juga mihun sup istimewa resepi ayah dan ibu angkat Datuk Serigala sendiri. Kerana sibuk dengan rover ke konti dan liputan tv, saya hanya sempat menjamah kerepek2 dan kuih raya, sempat juga makan karipap yang sedap.. Siap ada ole2 dari tuan rumah lagi, kuih raya jenama eyzan dan pes briyani. Memang best!!

Rumah kedua yang kami serbu, Achu di Flat Sri Sabah. Saya memang tak sabar nak makan sebenarnya.. bukan hanya kerana perutku sudah lapar, tetapi juga nak rasa sendiri masakan yang dimasak oleh Achu sendiri. Kata Achu, dek kerana nak masak dan tak sabar nak beraya dengan kami, dia tak tidur lagi dari malam sebelumnya! Jangan tak percaya. Waktu diminta buat sedikit ucapan pun, Achu sebak dan rasa gembira dan teruja menyambut kedatangan kami. Jangan tak percaya, memang sedap sungguh kek coklat moist Achu, tambah lagi, saya ni memang hantu kek coklat. Selepas puas membelasah kek yang sedap tu, barulah menjamah nasi impit dan rendang Achu. Untung sapa dapat Achu yang rajin masak ni. Sedap pulak tu. Mimie pun tak melepaskan peluang menyambar gula2 strawbery yang Achu sajikan untuk kami. Memang favourite Mimie. Nasib Afiq tidur. Tak dapat nak bawa Zara sebab si kecik tu batuk teruk.

Masuk je van dah tak larat nak bawak perut. Rumah yang terakhir letaknya di Kg Baru. Masuk saja di rumah Pak Klalid, cukup terang benderang dan kami disambut dengan makanan yang penuh dari meja depan sampai belakang dapur. Pak Khalid ni memang suka mengemas dan mementingkan deko dalaman yang kontemporari. Paling penting, ada elemen kucing kerana Pak Khalid ni memang pencinta haiwan tersebut dan merupakan Setiausaha Persatuan Kucing Malaysia. Antara menu istimewa, roti jala dengan kuah durian, mee, nasi goreng dan lain2 lagi.. Siap ada teh arab lagi. Sebelum bergerak pulang, kami dihadiahkan dengan lukisan kucing yang cukup comel. Terima kasih banyak-banyak untuk semua pemenang yang melayan kami dengan cukup mesra sekali. Sesungguhnya, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Terima kasih juga kepada semua dj yang bersama-sama turun padang untuk meraikan para pendengar!! Tak lupa juga untuk pilot kami, JurukopterKLfm Rahimdin dan Fitri. Terima kasih daun keladi semua..

Gambar : Terima kasih Badang Perkasa, Pak Khalid dan Unit Foto RTM - Abang Isa.

3 comments:

black_canary said...

Tahniah diucapkan kerana berjaya menganjurkan sesuatu yg bermakna kepada para pendengar KLFM,
Tahniah jugak diucapkan kepada Ju yg selaku Penerbit.Raya Sakan

MrsWebmaster said...

Thanks BC.. Atas sambutan yang cukup baik tahun ni, mungkin akan diteruskan untuk tahun depan pula. Ok tak?

DatukSerigala said...

Assalammualaikum pada semua warga kpgmms d KLfm... Saya & isteri sekeluarga teramat terharu & gembira di atas kedatangan istimewa Keluarga KLfm & mengucapkan ribuan terima kasih pada Penerbit RayaSakan@KLfm DJ Julia & Teristimewa semua Keluarga KLfm (Pengarah/ pengurus/ semua DJ2@KLfm/ kru KLfm/ Wartawan RTM & dll) serta Semua Sahabat KLfm Abahir & kak roskalas, Pak Jaya & Mak Jaya, Abg germit kak Alila & anak2, Abg NaN05 Kak Tipahtertipu & anak2, Ali Uda, Lienarock, Qasih Wahidah, Teratai Bunga indah, Cikgu Idaman, Eddiecsi, Abg Kay, Abg BadangPerkasa, Slayer, Abg SuratKhabarlama, Kak DayangBunting, Ratu Balqis, Jawaslamber, Paranormal, UsaLine, putri merdeka & lain-lain lagi serta semua yang terlibat terutama Kerabat Team CSI- ("Club" Sahabat Interaktif) yang sudi hadir ke Majlis Jamuan Istimewa Hari Raya Aidilfitri di teratak kecil saya pada hari semalam (11/10/2008)Utk bersama-sama Beraya Sakan @ KLfm. Saya & isteri sekeluarga akan simpan kenangan & memori-memori indah bersama semua Keluarga Besar KLfm...

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...