Tuesday, February 3, 2009

JALAN2 KE NILAI


Lama sungguh tak jenguk Nilai3. Bila cakap bab Nilai, semua tau memang port best untuk shopping. Bila duduk Putrajaya ni, idaklah jauh sebenarnya nak ke sana. Tak sampai sejam pun. Kali terakhir pegi pun 3 tahun lepas. Jadi, nak mengisi masa Cuti-cuti Malaysia, Nilai3 pun boleh juga. Sampai di sana, nampak je macam lengang dari jauh. Bila dah dekat mak ai.. jangan cakap macam mana ramainya..



Nak kata shopping tak juga sebab harganya pun agak mahal berbanding di Jalan TAR. Paling mengejutkan harga tiga biji cempedak goreng yang secoet harganya RM1 kalau nak bandingkan cempedak goreng yang gebu dan manis di Pasar Tani Putrajaya, 5 biji baru RM1. Tapi takpelah kan, cara masing-masing.. (Tetibe bau cempedak goreng yang sedap.. hehe)



No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...