Sunday, February 8, 2009

ON AIR BERSAMA DATUK BANDAR KL









Pernah dengar PIKA? Bukan Pikacu tau tapi rancangan Projek Inovasi Khidmat Awam yang ke udara di KLfm setiap Khamis, jam 2.00 petang selama setengah jam. Talkshow istimewa untuk pendengar, khusus untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai KL, isu dan sebagainya. Baru-baru ni, Julia diberikan peluang untuk menemuramah Datuk Bandar KL yang baharu, siapa lagi kalau bukan Datuk Ahmad Fuad Ismail. Berdebar juga.. almaklumlah tak pernah lagi bersua muka secara terus dengan beliau. Sebelum siaran, sempatlah sembang untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tetamu minggu tersebut. Rupa-rupanya Datuk ni memang suka sangat menternak. Sekarang sudah ada puluhan ekor kambing baka boer yang dimiliki. Dan lagi, Datuk sangat meminati Jamal Abdillah dan Datuk Siti Nurhaliza selain kumpulan Kopratasa. Yang penting Datuk seronok ke udara buat pertama kali dari konti KLfm. Terima kasih daun keladi Datuk!

No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...