Saturday, May 30, 2009

SIRI KURSUSTHON






Lama sungguh tak update blog. Siri Kursusthon dah berakhir. Kursus pertama, Persembahan dan Penyampaian Radio selama seminggu di IPPTAR atau Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak.. Memang best dengan team yang sempoi terdiri daripada rakan-rakan penyampai dari seluruh Malaysia. Seronok sebab dapat menimba ilmu dari mereka yang cukup arif iaitu Dj Legenda, Zainal Din Zainal, pengulas terkenal radio, Abdullah Hashim serta daripada Dato' Adilah Shek Omar sendiri, Pengarah IPPTAR..

26-28 Mei pula kursus Jatidiri Membina Negara Bangsa di Felda Residence Trolak. Inilah kali pertama berjauhan dari si kecik. Nasiblah tak merengek teruk dengan abahnya. Hari-hari sembang dengan mama di telefon walaupun tak berapa nak faham apa maksud sembang si kecik tu. Kursus ni pun melibatkan rakan-rakan penerbit dari seluruh Malaysia seramai kira-kira 40 orang. Meskipun apa yang ingin disampaikan agak berat dan serius, namun penceramah dari Phyracosmic, Dr Lothfi menyampaikan dengan cara yang cukup berbeza dengan mana-mana penceramah dan ahli motivasi lain di Malaysia. Sangat menyeronokkan. Terima kasih cikgu! Banyak yang kami belajar.. Jurus lembayung perlahan dan deras.. Bukan Naruto saja ada jurus pembayang tau.. Nama kumpulan kami Punk5 (Panglima).. Walaupun antara kami memang tak pernah kenal satu sama lain, namun kerjasama yang diberikan memang 'superb'..

Cumanya, pada peringkat awal, tempat kursus ni penuh dengan tangga.. Untuk ibu mengandung ni memang cabaran yang hebat. Mana tidaknya, mengangkat beg yang punya berat naik tingkat 3! Huhu.. dah kat hujung nasiblah Kak Iza (penebit di Uestv) tolong.. Tapi tulah.. masing2 dengan beg besar.. Sampai di bilik jangan cakap nak gumbira2.. tapi macam nak pitam. Terbaring terus.. Bayangkan nak turun naik tingkat 3. Huhu..

Nasib baiklah dengan keprihatinan Kak Iza, dapat juga pihak resort bagi tukar bilik ke tingkat 1. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Dan lagi, rakan-rakan lain pun memang sangat prihatin.. Siap nak main 'game' ambil berkat ibu mengandung dulu. Macam-macam.. Pada hari terakhir, saya ditugaskan untuk menjadi MC . Apapun semua kenangan bersama rakan-rakan yang sporting tetap dalam kenangan..

2 comments:

black_canary said...

mujo adik ok ye...sian zara (BAPAK dia lagi cian ye..kahkahkah)....kerja kerajaan ni mmg byk kursus sbb nak bagi staf KURUS...by the way..sedap lagu MB tu ye adik..

MrsWebmaster said...

bc : setahun mesti ada 7 hari kursus. lebih lagi baguslah. Bak kata bos, dah dapat kursus awal-awal ni, baik pegi. Kang dah nak bersalin baru dapat dah tak dapat nak pegi.. Lagu MB ni ada kenangan tau, pertama kali jumpa cik abang.. hehe

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...