Wednesday, June 24, 2009

SETULUS KASIH ABAH

Didedikasikan buat suamiku :

Muhammad Shahzil Abu Bakar
"terima kasih kerana menjadi Abah yang terbaik dan untuk Zara dan bakal baby"



























Tiada hadiah mahal nak diberikan kepada Abang.. Tapi tetap juga kita sambut dengan Makan2 bertiga 1/2 tahun ni.. Seronok tengok keletah zara yang semakin membesar. Sekejap je dah masuk 2 tahun 3 bulan usia pernikahan kami.. Panjang lagi perjalanan..

Kami bukannya bercinta sakan macam orang lain. Bukan kami tak pernah bercinta pun. Inilah jodoh. Pernikahan inilah perkara terbaik dalam hidupku selain kelahiran cahayamata kami mengikat kasih.

Terima kasih kerana menjadi suami yang baik dan dalam debaran menantikan kehadiran orang baharu menjelang November nanti. Moga ada 1000 tahun lagi untuk terus hidup bersama.. i Love You so Much!!!

Untuk Anakanda NUR ZAHRA QISTINA

Sekali pandang mungkin bagaikan tiada apa.. Namun inilah coretan untuk anak mama baca bila besar nanti, andai kami berdua tiada lagi. Mungkin juga tidak dapat merungkai betapa besar kasih kami pada anakanda kalau nak dibandingkan dengan gambar tertera..

Anakku Nur Zahra Qistina,
Jangan nanti melawan kata Mama dan Abah
Dari kecil kami didik untuk menghormati orang tua
Tidak seekor nyamuk pun kami biarkan menggigit
Inikan pula kelukaan besar yang membuatkan anak Mama dan Abah menangis
Lahirmu kami sambut dengan airmata
Syukur dengan kurniaan Yang Maha Esa
Sepanjang hari Abah menanti Mama di wad bersalin tanpa secangkir air
mahupun sekeping roti sebagai alas perut

Semata-mata menantikan kelahiran cahayamata pertama kami..
Anakku,
Andainya nanti kami pergi dahulu
Tak perlulah diiringi tangisan
Tapi sedekahkanlah kami doa berpanjangan..
Mama & Abah sayang Zara


4 comments:

Unknown said...

coretan yg sungguh menyentuh hati.. how sweet

black_canary said...

bercinta selepas perkahwinan..kadang2 lebih membahagiakan...shah mmg seorang lelaki/suami/bapa yg baik
tahniah kerana adik berjaya memiliki sesuatu yg istimewa...hargainya semasa ianya masih ada bersama kita

Rentak Interaktif Kota said...

wah..dah pandai ni editing...photoshop sgt kan...haha
pic tu uol..pls bright kan lagi...nampak la baru sikit..tak lah nampak lapok sgt..hehe

-djND

MrsWebmaster said...

Mata Hati : Thanks..
BC : Alhamdulillah.. saya pernah kehilangan ramai kawan kerana memilih shah. Namun saya pasti dengan pilihan saya dan alhamdulillah memang yang terbaik..
ND : Sangat juri awam kan..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...