Thursday, June 4, 2009

JALAN2 CARI PASEMBOQ







Dah lama Julia janji nak berkongsi cerita kisah jalan-jalan cari pasembor. Mengidam sampai ke Penang tu. Kebetulan pula adik ipar bertunang, dapatlah menunaikan misi pasembor yang diidamkan.. Jauh sungguh selera baby dalam perut ni.. Lebih seronok kerana esoknya hari ibu. So, kira hadiah daripada suami in advance lah ni.. Majlis pertunangan lepas solat zohor. Tambah tolak bahagi, pukul 4.00 jugalah start. Sampai di rumah dekat maghrib. Jadi, lepas maghrib baru bertolak ke Penang sekali dengan adik-adik ipar. Kebetulan ada sorang lagi mak yung.. Adik ipar, Mar yang mengandung tua sebulan dari saya..

Kalau nak ke Penang tak naik feri memang tak sah. Ini bukan kali pertama saya naik tapi rugi tak naik sebab kat KL bukannya ada kan.. Naik feri malam lebih menyeronokkan sebab anginnya sejuk..

Sampai je ke pulau, kami terus ke Padang Kota. Orang kata pasemboq padang kota syok. Saya pernah ke sana ketika mewakili UiTM untuk Pesta Pantun Antara Universiti tahun 2003 dulu. Lama sangat dah.. Sampai saja, ada beberapa kedai yang menjual pasemboq. Teruja jangan cakaplah. Mengidamlah katakan. Skang dah di depan mata, nah!! Dalam banyak2, saya pilih kedai Hussain, kerana nama dan ejaannya sama dengan nama arwah Bapak.


Meet uNcle Hussain..

Wow!!! punyalah banyak pilihan sampaikan tak tau nak boh. Harganya pun tengoklah sendiri. Yang penting ketam dua ekor, kentang dan lain-lain lagi telah berjaya dirembat. Mamak tu siap konfius tengok pelanggan sorang ni yang asyik dok pose dengan pasemboq kedai dia. Yelah, nak masuk dalam blog punya pasal katakan..


Mana dulu nak tangkap ni..


Muka seronok nak makan pasemboq


Pilih saja nak mana



Nah!!! Inilah hasil pencarianku.. Sepinggan besaq ni RM25. Pada saya yang memang tengah mengidam sakan nak makan murah la kot.. Nyum nyum.. tak sabaq nak belasah..



Tengoklah ramai tak ramai orang.. Ish ish ish... Rezeki.. Tapi yang menyedihkan ada juga peniaga yang tak berniaga sungguh-sungguh. Harga tak sama dengan kualiti. Contohnya kerang sepinggan RM8 tapi rentung sampai tak rasa apa. Pahit adalah.. Kuey teow penang yang dikatakan mantop pun tak seberapa. Sedap lagik kuey teow Bukit Angkasa.. Cendol pun tak letak santan. Kinpius sungguh.. HUhu.. Cik abanglah kena habiskan.. Tapi kalau pasal pasemboq takyah gaduh. Dua orang mak buyung boleh habiskan satu pinggan besar. Jangan tak tau.. har har.. pecah rahsia.. Tapi bak kata dj Hezry, ada lagi tempat lain jual pasemboq dan char kuey teow lebih sedap.


Muka boring zara..


Muka tak sabar nak membelasah pasembor


Sebelum..


Selepas dirembat bertubi2


Kerang yang hangus.. Nampak macam tidak.. dalam rentung


Kuey teow


4 comments:

black_canary said...

biasalah dik hoi...sesetengah org ni berniaga nak untung aje...tak tahulah macam mana mereka bagi anak bini makan dgn duit macam tu..

KLfm said...

kan kan.. teringat masa arwah mak buat kuih dulu. Mak tak tak pernah fikirkan untungnya. Kualiti lebih penting.. tapi ada juga yang dengki sebab kuih mak laku, depa punya tidak.. Macam-macam kat dunia ni..

Anonymous said...

Waaaaa

Sedapnya...

Teringinnya...

Terliurnya....

Nanti nak gi Penang la pulak...

MrsWebmaster said...

Jom rombongan cik kiah ke Penang

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...