Friday, July 29, 2011

Bila Harimau Ditambat Singa




28 Julai- KECEWA! Itulah perkataan pertama yang singgah apabila pasukan bolasepak Malaysia, Harimau Malaya gagal membenam Singapura, sekaligus memadam bayangan melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 apabila terikat dengan kedudukan seri 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Singapura menang secara agregat 6-4.

Meskipun tidak dapat merasai kehangatan bersama lautan 85,000 penyokong Malaysia, namun semangat terus membara di depan kaca tv, menonton siaran secara langsung di TV1 bersama pengulas idola, Datuk Haji Hasbullah Awang.

Percaturan Datuk K. Rajagobal nyata belum mampu menewaskan 5 'anak angkat' Singapura yang turun ke Lembah Klang nun jauh dari seberang tambak. Apapun, pujian harus diberikan buat penjaga gawang, Khairul Fahmi yang banyak menjadi penyelamat. Kesungguhannya bersama segelintir pemain yang tampak kebal di padang nyata belum cukup kuat. Para pemain seharusnya mengambil kesempatan bermain di tempat sendiri sebagai kelebihan untuk menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol.

Tapi itulah lumrah. Bola itu bulat. Segalanya boleh berlaku bila di tengah padang. Jentera yang diturunkan tidak kiralah menentang siapa pada masa depan harus lebih ampuh dan lebih bersedia selain kekuatan mental yang padu agar lebih hebat beraksi. Sokongan rakyat Malaysia telah kembali untuk sukan yang menjadi kesayangan sejak sekian lama. Perjuangan sejak hampir 20 tahun berakhir di sini setakat ini.

Syabas buat para pemain yang bermain 100% DEMI MALAYSIA. Safee Sali dan Khairul Fahmi, idola baharu penyanjung Harimau Malaya. Moga bakal lahir Mokhtar Dahari jr. Terima kasih Datuk K. Rajagobal kerana sama meningkatkan adrenalin semangat rakyat Malaysia walaupun tewas malam ini. Aummmmmm.. Wink Wink***

No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...