Friday, June 20, 2008

Sekolah Lama


Cikgu Sabariah (Baju Biru) bersama Cikgu Artini Sabtu (baju Ungu). Di pentas ini jugalah pentas ini terukir kenangan - dari seorang pemalu menjadi berani bercakap di perhimpunan sebagai pengawas yang bertugas sebagai pengacara mingguan.

Haritu adik guna kamera untuk Hari Guru kat sekolah. Belek punya belek, nampak gambar-gambar cikgu sekolah menengah di SKMK Rantau Panjang Klang, Selangor. Inilah wajah2 cikgu kesayangan yang banyak memberikan tunjuk ajar walaupun pada mulanya pening dengan karenah kami yang agak nakal.. Tapi, kenakalan kamilah yang buat cikgu ingat kami. Hehe.. Terima kasih untuk semua cikgu khususnya cikgu Syikin - Subjek paling minat mase sekolah dulu, Cikgu Sabariah - Guru kelas yang comel sampai sekarang dan Cikgu Azrita - Cikgu PS yang selalu kena usik. Juga cikgu BM yang banyak memberi tunjuk ajar dan semua cikgu yang tak disebutkan namanya.. Jasa kalian tetap di kenang..

Thursday, June 12, 2008

Selamat Hari Bapa









Hujung Minggu ini sambutan hari bapa. Kalau tahun lepas, hari bapa cukup menggembirakan bila mendapat tahu bahawa saya berbadan dua, kali ini kegembiraan berbeza buat suami yang bergelar bapa buat kali pertama. Sekalung penghargaan yang tak terhingga atas kasih sayang sebagai suami yang baik dan ayah yang baik untuk Zara. Sambut awal sikit tahun nir di Restoran Berputar Seri Angkasa, Menara KL. Tak ketinggalan, untuk ayahanda Hussain Bin Haji Musran dan Ayah Mertuaku, Abu Bakar Ismail.





Zara Dah 4 Bulan




Wednesday, June 11, 2008

Anakku

Sikecil Zara ni memang tak kisah dengan siapa dia kena dukung. Bila bawa ke mana-mana, ramailah yang mendukung. Aksi zara lepas kena cucuk waktu umur 3 bulan.. Nangis pun sebab nak upah..

BKN08









Gambar-gambar sekitar pertandingan BKN08 5 - 7 Jun lalu. Tahniah untuk Sabihah dan Alif wakil dari KL yang menjuarai zon tengah dan Norzarina di tempat ketiga.




BKN08 - RAKAMAN @ RENTAK 50




5 Jun, semua peserta dari KL, Selangor dan N9 berkumpul di Asrama IPTAR dan mengikuti beberapa aktiviti yang dijadualkan untuk mereka. Acara utama pada hari pertama, rakaman di Studio Rentak 50 bersama kombo RTM. Bukan senang untuk sebarangan berada di studio ini dan mereka antara yang beruntung. Ini pun pertama kali Julia dapat bersama dengan Kombo Rtm yang diketuai oleh Jimi Ali.. Terima kasih Roslan B dari Unit Hiburan Radio, Penolong Penerbit, Dj Ain dan rakan-rakan dari Selangor FM- Kak Nurul dan Kak Gee dari Negeri FM.


THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...