Tuesday, October 13, 2009

Ziarah Kasih Ramadan KLfm : Rumah Titian Kasih


Ramadan telah berlalu.. Namun ramadan kali ini penuh bermakna bagi seluruh warga kerja Radio Malaysia KLfm. Buat kali pertama, program Ziarah Kasih terbitan Yatt menyerikan lagi ramadan. Kami menziarah ke Rumah Titian Kasih, titiwangsa pada 9 September lalu. Sebelum ini, kami menjemput anak2 yatim dari rumah yang sama untuk sama-sama berbuka puasa dan terlibat dalam Rakaman Semanis Lebaran di KLIH. Kali ini, kami turut menjengah lokasi anak2 yatim, OKU dan rumah perlindungan untuk wanita teraniaya dan warga emas. Mereka bukan hanya menadah simpati namun terus berusaha untuk menjana pendapatan sendiri menerusi katering untuk masjid Assyakirin, KLCC. Terima kasih kepada semua penaja termasuklah Dr Fazley, Fama, Bernas dan rakan2 wartawan..






Tuesday, October 6, 2009

MAJLIS RAYA PERINGKAT RADIO.. AISKRIM!!! TAPAI!!!






LEBARAN 2009



Syawal kali ini kami memilih warna merah darah dan coklat sebagai warna tema. Sehari sebelum raya dah sampai ke Sungai Petani tapi hati sebenarnya berada di Klang. Masih teringat nostalgia pagi raya bersama arwah mak dan bapak. Rasanya baru semalam beli barang2 persiapan raya bersama mak dan adik2 lain di Pekan Kapar, port wajib kami shopping. Semuanya dalam keadaan serba sederhana. Yang tersurat nampak gembira, jauh tersirat seribu kesayuan..

Malam tadi sempat juga keluar ke jam besar ikut cik abang meninjau kemeriahan malam raya sambil cari baju melayu johor untuk abah. Mencabar sungguh. Dua jam cari baru jumpa. Warna coklat, saiz m.

Pagi raya mod zara dah tak ok. Mana tidaknya, luka di hidung dan selesema pulak tu. Doklah merengek saja nak dengan mama.. Sesi bersalaman pagi tu memang terasa sangat sayu berbanding sebelumnya. Hanya tangan bapa dan mama mertuaku yang tinggal untukku cium menggantikan mak dan bapak dan pastinya tangan suami tersayang.. Kali ni si kecik zara pun dah pandai bersalam.. Selain tu, zara juga lah tolong dok 'mengemas' balang2 kuih yang cantik atas meja tu. Juadah pagi raya? Nasi impit, rendang, kari daging, lontong.. Mak mertua emmang chef yang hebat!!! Nyum nyum..








SHOPPING RAYA & H1N1





Antara koleksi gambar ketika shopping raya dan H1N1 sedang menggila. Takut sebenonye nak keluar tapi nak ghaye punye pasal. Tapi zara kenalah tinggal di rumah babysitter yea.. Mama dan Abah nak date.. :)

ZARA @ KR


MENJELANG RAYA

Lamanya tak update blog. Ada lagi cerita nak kongsi menjelang raya tempohari. Kali ni memang pecah rekod. Cuti yang sangat lama!! 2 minggu amik cuti raya tahun ni. Cuti pun banyak lagi. Nak berehat disamping tolong2 persiapan untuk rumah keluarga di Klang. Tahun ni kali pertama kami beraya tanpa mak dan bapak. Kakak pun duduk berasingan. Cuma kakak ipar dan adik ebradik lain. Walaupun mak dan bapak takde, nak juga tengok adik2 lain tetap gembira menyambut syawal kali ni. Apatah lagi tahun ni giliran kami beraya di Sungai Petani, Kedah. Itulah sebabnya saya bercuti awal.





Dah dua tahun tak bertukar langsir raya. Kali ni Julia beli dan siapkan langsir raya baru. Adik ke4 cat rumah.. cat warna sama.. top up je bagi baru sebab dah lebih 4 tahun warna pun dah semakin hilang. Adik ke5 tukar kerusi baru manakala adik bongsu tukang kemas. Dalam sarat-sarat begini tetap kujahit dan siapkan langsir hijau kuning keemasan tu. Dalam hati sayu teringat arwah mak.. Mak dulu tukang jahit. Saban tahun menjelang raya pasti banyak tempahan baju raya sampaikan baju kami pagi raya baru siap. Pernah tu, mesin jahit jenama Plazza mak rosak. Itulah kali pertama kami pakai baju raya yang dijahit tangan sepenuhnya oleh mak, juga langsir raya yang mak jahit sorang2!!! Jangan tak percaya.




Mak seorang yang sangat gigih dan rajin. Dengan mak jugalah Julia belajar buat kuih raya. Ramai yang menempah terutamanya jiran-jiran. Waktu tu bukannya guna oven elektrik, jauh sekali oven butterfly mahupun jenama nenas. Guna tradisional, sabut tau!! Sebulan sebelum puasa kami dah kumpul sabut dan tepung gandum untuk dijemur. Kuih makmur, biskut mazola, biskut coklat, kuih dahlia.. semuanya ada. Sekarang ni, semunya guna elektrik. Pandai dan rajin dengan tidak je nak buat.





Tahun ni adik pun dah kerja. Ju pun tak larat nak buat sorang2. Pecah rekod buat satu jenis kuih je, kuih tat!! My favourite!!

Thursday, September 10, 2009

NOSTALGIA RAMADAN 2 - SEMANGKA

Tau ke apa tu semangka? Kalau nak tahu, itulah panggilan lain untuk buah tembikai = buah semangka. Waktu kami kecik2 itulah yang kami panggil. Itulah juga buah wajib setiap kali berbuka puasa. Tiapkali bapak balik kami berkejar buah semangka yang bapak beli.. "Yeyyy.. bapak beli buah semangka".. Bagaikan mendapat buah strawbery seronoknya. Itu dah cukup sedap bagi kami adik beradik.. Selain buah semangka.. air cincau menjadi 'favourite' saya ketika berbuka.. Kami akan duduk berbuka puasa di lantai beralaskan tikar. Meriah sangat makan ramai2 ni.. Air bercawan2 minum lepas tu kembung dengan air je.. Semuanya tu tinggal kenangan dan saya sekarang pun hanya boleh tengok buah semangka tu. Entah kenapa, lepas makan buah tu mesti semput.. :(

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...