Tuesday, January 5, 2010

Raya Qurban 2009



Hari Raya Qurban 2009 kali ini disambut dalam suasana penuh sederhana. Meskipun begitu, Mama mertuaku masih tetap menyediakan juadah menarik pagi raya. Kami masak bersama rendang ayam, lontong, nasi impit dan ada juga ketupat daun palas. Walaupun tak dapat makan lontong, tapi dapat makan rendang mama yang sedap tu pun dah cukup best. Almaklumlah masih lagi dalam pantang, cukup sebulan masa tu.



Kali pertama juga disambut bersama hero mama, Eddry Mirza. Dan Zara juga tak kurang nak bergaya pagi raya dengan baju kurung coklat. Baju ni sebenarnya disiapkan untuk Hari Raya Aidilfitri lepas tapi tak sempat pakai. Tengok sajalah aksinya..












Detik Akhir Sebelum Kelahiran



Mungkin ini antara cerita yang belum sempat Julia kongsikan. Detik-detik akhir menanti kelahiran cukup mendebarkan bagi saya. Almaklumlah sudah melalui pengalaman pertama ketika melahirkan Zahra. Semakin sampai ke penghujung, semakin besar debarannya. Minggu terakhir bertugas sempat lagi pakai baju kurung yang dibeli pada malam raya di Sungai Petani. Bukan apa, baju tu memang besar, saiz xl.. kalau tak pakai entah bila lagi nak pakai.



Dan lagi pastinya melayan Zara yang suka sangat bermain di taman. Tengoklah aksi-aksinya bukan main seronok lagi dapat bermain sendiri. Cuma kena perhatikan saja dari jauh bimbang kalau terjatuh.

"Cepat! Cepat!"

Itulah dialog zara.. Mama pulak, dok sempat pose ambil gambar. Kalau tak silap gambar ni diambil 4 hari sebelum bersalin.. Hahaha..






cak!!!



Naemah vs Julia

a


Bagi pendengar setia Radio Malaysia KLfm, nama Naemah pasti dikenali. Meskipun sudah tidak bergelar penyampai di KLfm selepas mendirikan rumahtangga dengan pemilik Bas Ekspress Mutiara, kelibatnya masih ada di RTM. Namun bukanlah selalu kerana Kak Naemah ni sebenarnya masih lagi aktif sebagai perantara majlis rasmi untuk siaran langsung di RTM. Memang bukan calang2 sebenarnya bakat yang dimiliki.



Tapi itu bukanlah cerita sebenar yang Julia nak kongsi. Ada ke persamaan antara kami berdua? Jeng jeng jeng.. Ni gambar masa Julia mengandung haritu. Dan lebih menarik lagi, Kak Naemah pun dah mengandung 4 bulan masa tu. Nak dijadikan cerita, masa mula2 saya laporkan diri dulu takde sapa pun datang menyapa. Bila dah setengah jam barulah diorang perasan rupanya yang bagi salam bukanlah Naemah tapi saya. Kata mereka, wajah saya memang mirip Naemah cuma bila tengok betul2, kak Naemah ni memang tinggi sikit dari saya tapi satu persamaan yang pasti, tahi lalat di atas bibir kami letaknya di tempat yang sama..

Azam Bawa Ke Hadapan..

Assalamualaikum semua.. Macam mana minggu pertama 2010? Pastinya masing2 ada azam sendiri tahun ini. Tak kurang juga ada yang azam bawa hadapan. Azam2 bertahun lalu terpaksalah dibawa ke tahun ini untuk dilaksanakan jika diizinkan Allah. Bukan cakap orang lain, saya pun sama jugak. 2010 lebih bermakna buat saya apatah lagi dengan kehadiran hero baru dalam keluarga. Siapa lagi kalau bukan Eddry Mirza @ Muhammad Eddryshah Mirza yang kini dah mencecah usia 2 bulan. Alhamdulillah. Sekejap je masa berlalu. Tup tap tup tap dah masuk kerja balik dalam suasana tahun baru, juga hari masuk sekolah bagi sesi baru untuk anak2. Tapi harini Julia nak berkongsi pasal azam Julia untuk tahun 2010.

1. Menjadi ibu yang penyayang untuk anakanda Nur Zahra Qistina dan Muhammad Eddryshah Mirza juga isteri yang baik kepada suamiku tercayang, Muhammad Shahzil Abu Bakar.

2. Menjadi hambaNYA yang lebih beriman dan bertaqwa.

3. Menjadi pekerja yang lebih dedikasi demi menaikkan nama KLfm.

4. Menurunkan berat badan yang masih tak berapa nak turun ni sekurang-kurangnya 5 kilo dalam masa 3 bulan. Ish ish ish...

5. Cuba resepi2 baru..

6. Menjadi lebih baik daripada semalam

Haa.. itu azam saya. Agak2 berjaya tak iye. Apapun, tak mencuba mana nak tahu kan.. Moga permulaan tahun ini teruslah memberikan semangat sampai ke penghujung tahun nanti. Moga diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia untuk terus bersama dengan orang2 yang dikasihi..

Tuesday, December 29, 2009

Sembang kakak & adik



Video ni dirakamkan 23 Disember 2009 istimewa untuk tatapan anda. Adik dah pandai 'sembang'. Kakak bukan main sayangnya kat adik. Tak bagi orang lain bising kalau adik tido. Dah pandai ajak adik main dan mengagah adik.. Anak2ku yang tersayang. Penghibur Mama dan Abah..

Sunday, December 27, 2009

Jalan2 Kenduri Kawin




12 DISEMBER 2009

Hari ni merupakan hari ke 2 saya habis pantang. Wah.. kalau selalu pantang makan, masalah sekarang pulak ialah pantang nampak. Ish takdelah. Walaupun dah habis pantang, masih lagi beringat nak makan sebab masih menyusukan anak. Nak dijadikan cerita, ramailah kenalan yang mendirikan rumah tangga sepanjang diriku ini berpantang termasuklah dua orang sepupu - Kak Yanti dan Angah Ekin. Selamat Pengantin Baru, maaf tak dapat datang kenduri kahwin. Huhu... miss sambal goreng jawa paman Jali kat Bukit Beruntung. Jangan tak tau, sambal goreng masakannya memang menyentap dan mantop!!

12hb dapat pulak jemputan kahwin kawan sekelas, Kak Mazuein @ Kak Eija di Alor Setar. Ku ingat dekat. Jauh jugak ye nak sampai sana dari Patani Jaya umah mak mertuaku. Tapi seronok jugak dapat berjalan. Tak pernah lagi ke sana. Ada pulak Ayer Itam kat Kedah. Layan jelah..

Sampai je kat sana sempat feeling sekejap. Manakan tidak. Tepi sawah tu.. Fuhh!!! suasana petang yang sangat nyaman sepoi2 bahasa. Sempat lagi tu.


Ingatkan kenduri dah habis. Perut dah lapar, manakan tidak tengok khemah kosong. Ghupenye kenduri khemah jemputan di belakan rumah, menghadap sawah. Lagilah feeling. Masakan dia pun sedap (bukan sebab lapar tau. Memang sedap) Lama sungguh tak jumpa kak Ija ni. Cantik sangat. Seri pengantin katakan. Selamat Pengantin Baru kak. Moga kekal ke
akhir hayat.. Amin..

Saturday, December 26, 2009

Satu Ujian : Ep 2

Sempat sengih2 si kecik ni lepas dapat upah

Terus lena diulit intan

Masa untuk discharge


Lama sungguh nak upload entri terbaru. Mohon maaf banyak2 yea. Ada yang dah bertanya. Disamping sibuk jadi surirumah (hehe), signal broadband ni yang sekejap ada sekejap tidak merencatkan sekejap perasaan nak menyambung cerita. Dalam pada nak menyambung cerita siri 2, macam2 cerita baru dah berlalu. Takpe, insyaallah Julia akan update pelan2 ek dan akan semakin rancak bila mula bertugas nanti. :)

7 November 2009

Hubby dah setuju untuk hantar berpantang di Kedah. Pagi tu jugalah berkemas nak balik Sungai Petani. Bezanya kali ni kemas barang untuk 4 orang termasuk sikecik Mirza. Penat jugalah dengan keletihan berjaga malam di Wad belum hilang. Takpelah, semuanya untuk anakku.. Bertolak dari Putrajaya lepas Zohor, alhamdulillah kami selamat sampai lepas maghrib.

Nurse datang untuk membuat lawatan dan pemeriksaan pada 9hb dan saya terus diminta untuk ke KKBakar Arang sebab tahap kuning Mirza masih lagi tinggi. Dua kali pergi, masih lagi tinggi- 262 paras bacaan BLR. Dapat appointment untuk ke HSAH pada 30hb tapi diminta pergi keesokan harinya.

11 November 2009

Kami keluar awal pagi untuk ke Hospital Sultan Abdul Halim. Abah mertua hantar tapi mak mertua menemankan sekali saya check up mirza. Hospital baru lagi. Cuma nak kena daftar di 3 kaunter berbeza. Mirza kena ambil darah macam biasa cuma yang tak biasanya kalini, keputusan dan appointment seterusnya dua minggu akan datang. Macam mana boleh lambat sangat sedangkan macam2 boleh jadi dalam tempoh tu.

14 November 2009

Haritu Mirza nampak lemah. Pagi tadi Mirza baru lepas check up. Rasa tak tenang hati, kami terus ke HSAH Bahagian Kecemasan. Mirza terus dimasukkan ke dalam wad NICU untuk rawatan. Bezanya dengan NICU dengan di Putrajaya, ada bilik khas untuk ibu-ibu tinggal dan kami boleh datang bila2 masa untuk menyusukan anak. Saya diberitahu bacaan BLR naik hingga 325 dan doktor telah mengesahkan untuk membuat ujian air kencing yang diambil melalui suntikan di perut terus ke pundi kencing. Saya sempat mengenali beberapa orang ibu yang mana anak mereka turut ditempatkan di sana, Nani- anaknya lahir tak cukup bulan begitu juga dengan Nada, manakala Kak T- Lahir anak sulung yang dah tertelan air ketuban. Masing2 dengan kisah sendiri. Yang pasti, selang 2 jam kami akan menyusukan anak. Mirza kuat menyusu. Kawan2 lain dah balik ke bilik tapi saya masih menyusukan. Memang sepanjang malam tak tidur, hanya lelap untuk beberapa ketika. Ada masanya akak guard panggil bila Mirza menangis nak susu. Meruntun hati bila dengar suara anak dah serak kerana menangis, tu belum tengok anak2 orang lain yang menangis hendakkan susu tapi ada sebahagian ibu yang tak tinggal di wad untuk menyusukan anak, terpaksalah menunggu masa yang telah ditetapkan untuk diberikan susu. Mirza dibawah pemantauan rapi doktor untuk melihat tahap reaksinya. Keesokannya, masa untuk lawatan doktor pakar, Dr Anu.

Pagi tu mungkin bukan antara masa terbaik untuk doktor pelatih yang memberikan laporan kepada doktor pakar hinggakan dr Anu sendiri bertanya kepada saya sejarah Prolong Jaundice Mirza kerana tiada dalam laporan. Apa yang buat saya terkilan, bila Dr Anu bertanya mengenai laporan 2 kali masuk wad di Putrajaya, saya katakan tidak ada selain bil rawatan semata. Bersungguh dia tak percaya seolah2 saya menipu. Takde faedahnya pun kalau nak menipu kerana di Putrajaya semuanya dalam simpanan hospital. Saya cuma beritahu, mereka boleh hubungi sendiri Putrajaya untuk dapatkan butiran. Nasib baiklah ada Dr Nurul Amani yang saya temui semalam, datang kepada saya dan menerangkan apa yang akan dilakukan seterusnya dan bagaimana. Bukannya seperti apa yang berlaku pagi tadi, seorang doktor lain menjerit memarahi doktor2 pelatih di depan kami dan melontarkan fail, yang saya kira sangat tidak patut berlaku di hadapan orang awam dan pesakit. Marah macam manapun, biarlah profesional dan beradap dan bukan hanya nak tunjuk kuasa. Kami semua terkedu melihat apa yang berlaku. Kalau salah apa salahnya dibetulkan. Mereka kan doktor pelatih. Menerusi Dr Amani, macam2 saya tanya dan sebarang kemungkinan yang berlaku. Terima kasih banyak2..

16 November 2009

Doktor dah sahkan Mirza boleh keluar petang tu. Katanya, ujian air kencing yang dijalankan menunjukkan hati dan pundi berfungsi dengan baik dan mereka akan menghubungi serta merta jika terdapat sebarang tanda2 yang merunsingkan.

Kata doktor, ada kes di mana sebulan lebih baru jaundis hilang. Usia Mirza yang dah melewati 2 minggu mengurangkan risiko jangkitan pada otak. Alhamdulillah, tenang rasanya bila mendengar.

Pantang kali ni memang jauh berbeza. Keluar masuk hospital, ke sana sini dan tak boleh makan sebarang ubat bimbang memberi kesan kepada jaundis anak. Macam tak pantang la kisahnya.. Syukur alhamdulillah jahitan kalini cepat sembuh. Mudahlah sikit pergerakan. Jangan tak percaya, dalam berpantang pun sempat lagi saya siapkan hantaran untuk adik ipar yang akan melansungkan perkahwinan pada 5 Disember. Temanya silver-black, alhamdulillah berjaya disiapkan walaupun mencuri sedikit waktu rehat yang ada. Puas hati bila ada orang puji. :)

Hari2 seterusnya dilewati dengan doa agar anakku dipermudahkan segala urusan dan dijauhi dari sebarang penyakit. Tapi Mama gembira. Seumpama namanya, Mirza bermaksud anak yang baik - anak mama ni tak banyak ragamnya. Moga anak Mama membesar dengan sempurna, sihat dan bijak.

13 November 2009
Balik KL

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...