Entri kali ni, sengaja nak upload gambar-gambar Zara dan Mirza yang ikut Mama ke opis bila hari cuti. Kemain seronok dapat ikut ;). Macam-macam Abang Ngah dan Kak Long.
Friday, June 1, 2012
Kawin-Kawin
Sibuknya Jun ni. Bukan saja dengan persiapan menanti insan baru dalam keluarga, tetapi juga sibuk dengan persiapan nak dapat adik ipar baru dalam keluarga Hussain & Tuzainah. Bezanya, kali ini bukan sahaja mak tetapi walimatul urus tanpa Bapak juga. Persiapan untuk dua orang adik, Eddy dan Diana (sama pulak nama adik ipar eddy juga) yang bakal mengakhiri zaman bujang masing-masing bulan Jun ni.
Eddy @ Muhamad Eddy Riza akan bernikah dengan NurCintawatie pada 16 Jun - sempat ke tidak agaknya nak tengok mereka bersanding. Manakan tidak, bila-bila masa sahaja dah bersalin tu. Kenduri di Meru pada 17 Jun. Manakala adik bongsu, Nordiana akan menikah pada 30 Jun dan majlis resepsi untuk kedua-dua pasangan pada 1 Julai.
Bila mak dan bapak dh takde, semuanya kami buat sendiri. Saya sebagai wedding planner, abang sebagai ketua segalanya.. kakak jaga bahagian rewang dan adik lelaki bongsu, Fahey dan encik suamiku bahagian logistik. (Siap ada AJK lagik).
Sekarang dok sibuk tengah menyiapkan kemasan pada baju nikah adik. Haha? Juju menjahit? Nak tau cemana ke ghopenye? Tunggu next entri.. ;) wink
Diam-diam Dah 9 Bulan..
Lama tak menjengah. Bukan hilang minat tapi dek kerana lambakan kerja selain sibuk menguruskan anak-anak yang kian membesar. Diam tak diam.. telah lima tahun melayari bahtera perkahwinan bersama encik suami tersayang.. Muhammad Shahzil Abu Bakar. Diam tak diam juga dah masuk sembilan bulan minggu depan usia kandungan my lil three. Eh dah 2 ek ;)
Rasanya baru semalam asyik berblog. Zara pun makin bijak menulis, mengenali ABC, 123.. Mirza pula makin keletah.. melayan sembang Zara dan Mirza memang buat mama dan abah senyum sendiri. ;) Indahnya rasa. Moga keindahan ini kekal ke akhir hayat..
Friday, April 20, 2012
KLfm Gegaq Dataran Merdeka
Lebuh Seni KL kali ini memang berbeza. Kenapa? Sebab ia berkesinambungan hingga ke malam. Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada sempena pertabalan Seri Paduka Baginda ke-14 di Dataran Merdeka KL. Macam-macam aktiviti menarik sepanjang hari bermula 10.00 pagi hingga 6.30 petang.
KLfm seperti biasa sama-sama menggegar acara menerusi acara di Dj Corner dan di pentas bersama penyampai-penyampai KLfm. Ada Sonic, Mimie, Nazrie, Aenraen, Zullastree dan ramai lagi. Selaku Penerbit bersama Nazrie, kami turunkan Black, Iqa Mentor, Riz yang kini tampil dengan imej segar dan pendatang baharu seni suara, Shanel. Kalau nak saksikan persembahan mereka secara 'live' dan beramah mesra dengan penyampai-penyampai KLfm, ayuhh.. turun reramai 21 April 2012 (Sabtu) di Dataran Merdeka!
Nantikan aksi pemanas pentas bersama Ning Baizura, Dahlan Zainuddin dan One Nation Emcees pada sebelah petangnya ;)
Perkembangan dan Mengembang ;)
Diam tak diam.. dah berkurun ghasenye tak update blog. Dengan adanya pelbagai teknologi canggih manggih, jari jemariku bagaikan malas mengetuk. Itulah kaedahnya. Dalam malas-malam tu pun berubah sudah layout blog ini yer.
Apa perkembangan terkini? Memang berkembang pesat. Manakan idaknye. Zara dah makin bulat. Tahun depan dah nak masuk tadika. Dah 4 tahun lebih. Mirza dah masuk 3 tahun. Keletahnya pun bukan main. Dah pulak ada peel baru. Asal bangun pagi sama je dialognya. Mama pun dah hafal. "Mama, nak main etop (laptop)". Kemain dia nak main game 24 jam. Takde der..
Satu lagi yang sangatlah berkembangnya, pastilah perutku yang semakin ke depan dan jalan yang semakin slo mo. Dah masuk 8 bulan my little three. Aktif sungguh beraksi dalam perut. Hehe..
Kalau takde aral melintang ikutkan EDD 4 Julai. Tapi kalau ikutkan sejarah zara dan mirza, dua-dua tu lahir 2-3 minggu lebih awal. Tapi la ni memang dah tak larat berjalan, tak macam waktu mengandungkan zara dan mirza dulu.
Asal malam je Panaflex jadi peneman setia.. Apapun, doakan saya selamat melahirkan iye ;)
Tuesday, January 10, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA
Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...
-
Gambar: Ihsan My Pren Kapten Faqru l Petang Jumaat lalu, kami dikejutkan dengan berita bahawa penulis lirik terkenal, Man Toba meninggal dun...
-
Inilah baby Ahmoi.. Aii.. feeling pulak Inilah kakak iparku yang kecik dan comel Zara dengan sepupunya.. Alif Adha DAPAT ANAK BARU? BETUL! 1...
-
Salam Tok Wan Meh salam dengan Tok Wan.. elok dah parking depan Tok Wan Uuii.. lajunya tepuk tangan Aii.. kat situ je Zara pun salam Tok Wan...










