Monday, July 18, 2016

Raya KAMI SyazzyLea

Post ni just nak up foto-foto kami ShazzyLea Raya 2016. Enjoy!



















Lebaran ke-9 ShazzyLea

#ShazzyleaRaya


Tahun ni, 9 tahun dah usia perkahwinan Mama dan Abah.
Raya tahun ni, cam biasa pagi-pagi Mama dan Abah akan pose berdua. Cuma kali ni pose dengan perut berusia 33 Minggu. Tak sabar menanti orang baru. Terima kasih Abah belikan Mama jubah by Siti Nurhaliza ni. Love it! By the way, songket Abah tu Mama yang pilih. Lawa tak?









Ragam Anak-Anak Beraya

#SyazzyleaRaya


1 Syawal hari yang dinanti. Tahun ni paling senang nak kejutkan anak-anak bangun pagi. Mirza dah boleh ikut abah pegi solat sunat hari raya. Awal-awal pagi anak-anak mama dah mandi dan siap dengan baju raya. Syukur alhaldulillah. Dengan keadaan mama yang semakin memboyot ni, pergerakan dah tak selaju biasa. 

Terima kasih kakak dom stay tidur-tidur chicken sebab nak pastikan ketupat diangkat kul 4.30 pagi. Mak Ngah jugalah ketua chef sampai tak sempat nak usha baju raya baru. Sian Mak Ngah baju raya tak siap. Kain je siap. Huhu. Dua tahun berturut-turut naya ngan baju raya tempah. Beli siap ajelah next year Mak Ngah.

Baju raya zara recycle dari kenduri kahwin cik aei. Cuma mama tambah dokoh bagi osem lagi, Hehe. Dengan tudung instant Frozen Jalan TAR, kemain dah anak dara anak Mama. Kasut juga by Frozen. Lip Lap.

Mirza, Emir, Mukhriz pun sama. Bezanya Mirza dan Emir pakai capal raya tahun ni. Nampak encem anak mama. Songkok Emir yang mama beli di Jalan TAR boleh pula tak muat. 20 1/2 tu sama ngan abang Mirza. Terpaksalah abah dok gigih mencari malam raya di Jalan Taiping. Mukhriz songkok saiz 19 1/2. Tapi songkok abangnya juga yang nak dipakai. Macam-macam.

Thursday, July 14, 2016

RAYA 2016

Assalamualaikum..

Betul-betul genap setahun usia keusangan blog ni. Sadis nau ghasenya. Raya 2016 baru nak update ye. Banyak sangat stori nak dimorikan tapi tak dan nak update kat blog kesayangan hamba ni.

Raya 2016 kali ni di Klang saja. Sepatutnya memang turn Sungai Petani namun dek kerana berbadan dua dan kandungan dah 34 minggu maka tidak beranilah nak meredah jem yang berbelas jam tu. Takut terbersalin dalam keta. Hhuhu. Ikutkan sejarah, Mukhriz lahir 32 minggu dan Emir lahir 34 minggu.

Raya yang cukup simple tapi meriah. Meh ai belanja pic2 best kami sekeluarga.

Tema kami tahun ni Blueberry, sempena tema majlis kahwin Pahey. So top up mana yang takde. Baju mama dah tak muat so dapatlah jubah daripada Creation by Siti Nurhaliza ni. Kain yang sangat selesa dan puas hati beli siap kalau cenggini. Tengoklah pic anak-anak tu. Awalnya ok je Emir amik gambar ngan abang dan kakaknya. Time ramai-ramai dia 'tidur' plak. Huhu. 

Masa ni dah 33 minggu. Raya dalam debaran. Syukur alhamdulillah. 

Thursday, July 30, 2015

Raya 2015







Dulu Dikendong, Kini Menggendong

 Tadaa..

Misi bayar hutang. Nak throwback picca2 lama yang dah berkepuk sekian lama dalam tepon. Nak buang sayang tapi kalau dah almost 7000 keping gambar dalam tepon, meraunglan Note 4 ni mintak delete satu2 Apps. Sudahnya xd satu pun game dalam ni. Haha

Suka sangat pic2 ni sebab macam mengenang dulu Mak dokong, sekarang saya pula yang mendokong anak. Gambar ni bukanlah ori. Edisi dah crop tinggal saya dan mak aje. Tak ingat umur berapa tapi masih ingat baju gaun gambar itik pemberian Paman Mus. Agak2 muka macam sapa? Zara? Mukhriz?


THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...