Thursday, July 14, 2016

RAYA 2016

Assalamualaikum..

Betul-betul genap setahun usia keusangan blog ni. Sadis nau ghasenya. Raya 2016 baru nak update ye. Banyak sangat stori nak dimorikan tapi tak dan nak update kat blog kesayangan hamba ni.

Raya 2016 kali ni di Klang saja. Sepatutnya memang turn Sungai Petani namun dek kerana berbadan dua dan kandungan dah 34 minggu maka tidak beranilah nak meredah jem yang berbelas jam tu. Takut terbersalin dalam keta. Hhuhu. Ikutkan sejarah, Mukhriz lahir 32 minggu dan Emir lahir 34 minggu.

Raya yang cukup simple tapi meriah. Meh ai belanja pic2 best kami sekeluarga.

Tema kami tahun ni Blueberry, sempena tema majlis kahwin Pahey. So top up mana yang takde. Baju mama dah tak muat so dapatlah jubah daripada Creation by Siti Nurhaliza ni. Kain yang sangat selesa dan puas hati beli siap kalau cenggini. Tengoklah pic anak-anak tu. Awalnya ok je Emir amik gambar ngan abang dan kakaknya. Time ramai-ramai dia 'tidur' plak. Huhu. 

Masa ni dah 33 minggu. Raya dalam debaran. Syukur alhamdulillah. 

No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...