Friday, August 29, 2008

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan. Syukur alhamdulillah masih diberikan ruang untuk mencari keredhaan dalam bulan penuh keberkatan ini. Tahun lalu berpuasa dengan berbadan dua. Tahun ini alhamdulillah dapat menyambut ramadhan bersama suami dan anak tersayang.

Bila datangnya Ramadhan, pasti terkenang arwah emak yang genap 10 tahun meninggal dunia 22 September ini. Hujung minggu ini, insyaAllah kami akan pulang ke Tanjung Karang, umah nenek untuk menziarahi pusara ibu bersama dengan Bapak dan adik2.. Arwah mak selalu pesan, berbuka dengan apa yang termampu. Kecik2 dulu, mak selalu ajar untuk bersederhana dalam segala aspek kehidupan. Selalu tolong arwah mak siapkan tempahan kuih raya dan mak juga ambil tempahan menjahit. Jadi dah biasa tiap2 pagi raya baru nampak baju raya kami siap untuk dipakai. Namun kami tak pernah merungut kerana tahu mak dan bapak bersusah payah untuk mencari rezeki bagi kami sekeluarga.

Tiap2 tahun, saya tak miss untuk buat sendiri kuih raya, sampai sekarang. Kalau dulu, semuanya buat sendiri, sekarang kerana kesibukan kerja adalah juga yang dibeli. Tapi, kuih wajib yang mesti ada tiap2 tahun termasuklah kuih makmur, kuih tat, biskut milo dan biskut mazola. Itu semua mesti buat sendiri walaupun mak dah tak ada, sebab adik-adik akan tanya kuih2 tu tiap kali raya. Kuih lain takde pun tak mengapa.

Teringat masa mula2 bekerja di KLfm, selepas on air jam 3-6 pagi, saya akan terus naik komuter balik klang untuk buat kuih raya untuk adik2.. Oleh kerana tak banyak masa boleh diperuntukkan kerana sibuk dengan Drama raya selama 3 tahun berturut2, jadik bila dapat balik klang sampai maksima 4 jenis kuih raya dibuat sehari! dan setiap satu jenis dibuat 3 balang plastik besar!! Memang penat, sampaikan satu hari tu tertidur tepi oven. Nasib biskut tak hangus dan muka tak melekat kat oven tu.. Hehe

Tahun ni, Klfm tak terbitkan drama. Cuma Julia tengah sibuk untuk rakaman Senandung Lebaran d'KLfm bersama anak2 Yatim Darul Kifayah tengah bulan depan dan Menu Ramadhan@KLfm. Kiranya, adalah ruang lebih sikit untuk memasak juadah berbuka puasa di rumah dan buat kuih raya. Bertuah dapat suami yang rajin tolong buat biskut raya..

Yang pasti, Ramadhan datang dengan seribu keberkatan untuk direbut. Bersederhanalah dalam segalanya. Semoga ibadah kita diberkati. Ramadhan dihayati, Lebaran Disyukuri. Selamat menjalani ibadah puasa daripada Julia, suami dan Zara.

6 comments:

kakzie said...

sape pun kalau dah kehilangan org tua pasti akan lebih terkenang tika ramadhan dan lebih2 lagi bila menjelang syawal..kalau Ju kehilangan emak dah 10tahun ila pulak dah kehilangan emak dah 18 tahun akakngah 10thn dan ayah 4 tahun..terasa sepi sgt..semalam first bersahur selepas jer bersahur dalam bilik tetiba jer air mata ini mengalir terkenangkan arwah bapak.Teringat kalau di bulan puasa begini lah seawal pagi jam 4 bapak dah bangun untuk solat sunat dan selesai solat dia lah yang akan kejutkan kami adik beradik.Tapi skrg terpaksa bangun sendiri.Kecil sungguh jumalah adik beradik tahun ni mmg sedih sgt sbb adik yg ke 4 tak de bersama.Tinggalah ila 3 beradik bersahur dan berbuka.

azieazah said...

Julia dapat anak pompuan, leh ler turunkan bakat buat kuih raya tuu..

Percaya atau tidak, Kak AA tak pernah buat kuih raya sendiri sejak kahwin (masa anak dara dulu ada gak).. tp bila dah kerja... aduhaiii....

beli jerrr...

Mother of Two said...

salam ramadhan dari saya juga..
oo u nie dj radio ker? sowwy aa tak tau.. dok obersea.
pukul brapa u on air... bleh try access dari sini..:)

YanDarwisy said...

Salam ramadhan & selamat berpose, thn ni jgn luper singgah umah aku berayer. Ko jgn kater x tau jln plak...aku seligi ko!

black_canary said...

sayu jugak bila teringat org tua masa puasa ni..teringat arwah bapak aku....tapi tahun ni aku sempat berpuasa kat ipoh(sudah pasti nasi ganja tak tinggal punya) dan berpuasa di tk intan dgn mak tersayang selama 2 ari...
...bab biskut ni biasalah ...aku ni lelaki,kecuali adik aku sorang tu..sampaikan adik perempuan aku pun suruh dia buatkan biskut overtine..(keras diluar,ranggup didalam mulut)

MrsWebmaster said...

Hai Ila.. Moga kehilangan membuat kita terus bersyukur dan mengasihi insan yang masih ada disekeliling kita.. Mesti dah banyak kuih yang kak AA order tahun ni. Julia pun tengah nak bajt time bile nak start panaskan oven.. Hai mother of two.. Jangan lupa dengar setiap isnin dan rabu 10 pagi dan jumaat 2 petang.. Yan, mehla beraye umah den. Bilo nak jumpo ekau ni.. Tunggu ek. BC, Selamat berpose

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...