Friday, August 8, 2008

DETIK GEMILANG SUKAN OLIMPIK BEIJING 08

Sukan Olimpik 2008 atau secara rasminya dalam bahasa Inggeris: Games of the XXIX Olympiad (Sukan Olimpiad XXIX) berlangsung pada 8 Ogos 2008 hingga 24 Ogos 2008. Upacara perasmian akan bermula tepat pada jam 08:08:08 pm CST (12:08:08 UTC) di Stadium Nasional Beijing, Beijing, Republik Rakyat China. Ini merupakan kali pertama China menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, serta kali ketiga bagi negara Asia, selepas Tokyo 1964 dan Seoul 1988.

Terdapat banyak acara sukan yang akan dipertandingkan di luar Beijing iaitu bola sepak (di Qinhuangdao, Shenyang, dan Tianjin), ekuestrian (di Hong Kong), dan kapal layar (di Qingdao). Ia merupakan Olimpik yang ketiga yang dianjurkan dua negara NOC berlainan (Hong Kong dan tanah besar China menganjurkan Olimpik bersama).

Beijing dipilih sebagai tuan rumah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 13 Julai 2001. Logo rasmi temasya sukan (dinamai "Beijing Menari") menyerupai perkataan (pinyin: jīng, ibu kota), iaitu satu kependekan bagi bandar raya Beijing. Sukan Beijing 2008 mempunyai lima maskot, yang dipanggil "Fuwa", dan melambangkan kelima-lima warna logo Olimpik.

Temasya sukan ini melambangkan pertumbuhan ekonomi China masa kini yang pesat, serta kebangkitan semula China sebagai kuasa besar dunia.Namun, terdapat juga bantahan daripada warga dunia tentang isu pencemaran alam sekitar, rekod hak asasi manusia China yang buruk,serta isu perjuangan kemerdekaan Tibet, iaitu perkara yang boleh dikatakan melanggar prinsip-prinsip Sukan Olimpik.


SELAMAT BERJUANG UNTUK SEMUA ATLET MALAYSIA!!!!!! MALAYSIA BOLEH!!!

No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...