Thursday, August 14, 2008

UiTM DI HATIKU





SUDAH 4 TAHUN lebih meninggalkan UiTM sebagai graduan dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dalam bidang pengiklanan. Nostalgia menjadi pelajar terakhir Matrikulasi Sebaran Am pada Jun 1999 pastinya menjadi kenangan. Baru2 ni adalah menjenguk UiTM kerana adik ipar dapat menyambung pengajian di sana. Alangkah terkejutnya kerana haya dalam tempoh itu, pelbagai perubahan dari segi fasiliti dan infrastruktur yang jauh lebih baik khusus untuk memberikan keselesaan kepada semua mahasiswanya. Sekalung tahniah untuk Dato' Seri Dr. Ibrahim Abu Sahh, Naib Canselor UiTM yang tidak pernah gentar menghadapi segala ujian apatah lagi dalam suasana dan tekanan baru untuk memberikan ruang kepada kaum lain menuntut di UiTM. Pastinya ada jawapan terbaik bagi mereka yang menuntut tanpa mengenang untung nasib anak bangsa sendiri. Tidak dilupakan, Dr. Ir. Zaidee Laiden, mantan naib canselor UiTM yang terakhir bersama Institut Teknologi Mara sebelum digantikan Dato VC sedia ada. Bagi mereka yang bergelar Alumni, kiranya ada kelapangan bolehlah juga memeriahkan program Homecoming Alumni 2008 - Nostalgia 52 hujung minggu ini. Semuanya percuma. Hanya Klik untuk terus ke laman web acara. Adioosss!!


4 comments:

black_canary said...

Pegi ke?..aku tak sempat pergi sbb wife kerja dan mana nak tinggalkan anak2..sedar tak sedar, dah 15 tahun tinggalkan UiTM yg dulu kami gelar ITM..banyak kenangan di Perindu...Kenanga Inn pun dah lenyap dah..
Kami bebudak Engine cuma dapat berjumpa bulan lepas aje di Hilton SJ...ramai jugak yg datang termasuk Menteri Kerjaraya..
Seky 2 pun dah tak seperti dulu..

Anyway....hidup UiTM...

MrsWebmaster said...

Ingat memang nak pegi tapi last minit tak dapek. Dapat call kakak ipar bersalin di Klang. Setelah lama menantikan baby gurl, alhamdulillah dimakbulkan Tuhan.. tu yang terkandas tak jadik. Nak tengok anak buah baru. Bolehlah jadi member main masak2 si kecik zara.. Tapi memang banyak beza Uitm skang. Canseleri dah jadik galeri, siap ada gambar2 lama student2 itm dolu kat laluan ke PTAR.. Lif tempat berebut dengan budak2 engine kat menara pun dah cantik. Seksyen 2 dah nak siap tapi nostalgia tenpat lama tetap tak sama tak gitu? Tapi masih lepak kat kedai ABC coklat Freedo kalau ke Shah Alam. Dari zaman anak dara sampai skang masih tetap ke kedai pakcik. ABC Coklat power tu.. UiTM dihatiku..

black_canary said...

ooo..zara dah ada kawan ye...

ingat lagi lif menara tu..banyak ceritanya..yg kata berhantulah...(keranda terbang)..tapi dulu bebudak Masscom sombong..sbb mereka masuk lepas STP..kami lepas SPM aje..
Engine Street..tempat kami mengacau bebudak Masscom dan Hotcat(group Jejakaayu).tapi Kajian Kejuruteraan dah ada bangunan sendiri kat belakang sana dah..sekolah tamil(bangunan 2 tingkat dekat KSPU) entah-entah dah abis runtuh dah kot

MrsWebmaster said...

Engine Street.. Dato' Sahol antara orang penting Enjine Street tu. Ala.. bukan semuanya sombong macam saya last batch matrix lepasan SPM je.. Ala, geng2 engine tu je yang dk mengusha bebudk seketari.. Tapi memang cantik bangunan 2020 belakang tu. saya dah naik sampai tingkat 18.. dulu ada member jadik lecturer sementara kat sana. gayatnyer..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...