Monday, September 22, 2008

TANGGAL 22 SEPTEMBER... AL-FATIHAH



"Ya Allah.. Ampunilah dosaku, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami diwaktu kecil"



HARI INI, TANGGAL 22 SEPTEMBER 2008 - Genap 10 tahun pemergian ibu tersayang, Allahyarhamah Tuzainah Bt Dasuki menghadap Illahi. Mengimbau kembali 10 tahun lalu, Emak disahkan menghidap kanser payudara tahap 3 ketika saya berada di tingkatan 5 tahun 1998. Ketika itu, pengetahuan mengenai penyakit berbahaya ini memang kurang. Dalam keadaan yang sedih bila mengetahui bahawa emak sakit, hati saya jadi tak tentu. Sedih, takut kehilangan.. semua bercampur baur menjadi satu.

Saya memang sangat manja dengan emak dan hanya emaklah yang paling memaham, malahan ramai mengatakan wajah dan kelakuan saya iras emak. Kalau nak makan pun mak mesti teman walaupun emak tak makan sampaikan sanggup mogok lapar tak makan kalau emak taknak teman. Esok pagi2 kelentang kelentung dapur cari makanan. Tulah.. nak mogok sangat. Hehe.. Bukan tak rapat dengan Bapak tapi karektor bapak yang garang dan tegas. Maklum sajalah pernah bertugas dengan ATM. Ketika di sekolah saya memang sangat aktif pagi petang.

Emak mula berulang alik dari HBTAR ke HKL untuk mendapatkan rawatan. Saya sering menemani emak. Adik pula berganti-ganti menemani emak di rumah tetapi emak tidak membenarkan saya untuk bercuti memandangkan saya akan menduduki peperiksaan SPM tahun itu.

Kesian tengok mak, berulang alik mendapatkan rawatan termasuklah rawatan tradisional. Macam2 ubat emak makan termasuklah buah noni dan pati ikan haruan. Emak menjalani pembedahan membuang payudara di HBTAR. Ketika itu aku menjangkakan semuanya sudah berakhir. Namun sakit emak tiada surutnya. Meskipun emak tidak pernah ku dengar merungut mahupun mengadu domba dengan kesakitan yang ditempuhi dengan penuh redha, tapi dapat kubayangkan betapa sakitnya emak. Perut emak mula membesar. Penuh dengan air entah dari mana. Saya menemani emak ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki bas untuk menapatkan rawatan. Alangkah terkejutnya bila diberitahu doktor bahawa kanser emak telah menular ke sebelah lagi. Itulah pertama kali saya tengok emak begitu sedih dalam pasrah terpaksa menerima ketentuan Tuhan. Bagaikan luluh hati emak bila diberitahu lagi bahawa emak juga telah diserang paru-paru berair. Ku peluk emak untuk menenangkan hatinya. Ya Allah besar dugaan MU. Ada airmata yang bergenang dari kelopak mata emak yang sayu.. Emak diminta untuk datang semula dan menetap di wad HKL.

Kebetulan ketika itu cuti sekolah. Kami menghantar emak beramai2 ke wad HKL. Sambil menghitung detik menjelang SPM, saya tak lupa untuk membawa bersama buku untuk dibaca, pastinya buku ekonomi - subjek kesukaan ketika disekolah. Itu saja. Saya akan menemani emak sepanjang di hospital.

Malam pertama, kubentang kain dan berbantalkan beg dan tidur di lantai sementara mak di atas katil. Dalam kedinginan, kutahan kerana nawaitu untuk menemani emak. Keesokannya, staff nursen menegurku kerana tidur di atas lantai dan meminta saya untuk tidur saja di mana-mana katil yang tidak berpenghuni. Saya memang kagum dengan keramahan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh semua kakitangan di unit berkenaan meskipun kami tidak pernah mengenali.

Setiap hari saya akan menghantar emak untuk menjalani rawatan kemoterapi. Emak pernah berkata, lepas ni kalau emak sembuh dan keluar dari hospital, emak berhajat untuk menziarahi pusara ayahanda di Kg Seri Tiram Jaya, Tg. Karang. Dan bila saya beritahu kerisauan menjelang SPM mak kata jangan risau.. cuba sebaik mungkin. InsyaAllah kalau ada rezeki dan usaha kita akan berjaya.

Petang tu mak teringin makan sup kepala ikan. Seperti kebiasaan, makcikku yang berada di KL - Bik Nor tak pernah jemu.. Saban hari menghantar apa saja lauk yang mak nak makan. Bila dah makan, mak kata takde rasa apa.. seperti air kosong. Lalu kuberikan kepada Sister di wad tersebut. Peliknya, semua kata sedap..

Esoknya ada perubahan pada mak. Saya cakap pun mak cuma pandang tapi tak menyahut.. Sampai beberapa ketika rasa seperti ada yang tak kena. Rupa2nya mak dah tak boleh bercakap. Berkaca mata mak. Sedihnya dan rasa takut hanya Tuhan saja yang tahu.. Mak dipindahkan ke Wad1 - kritikal. Kebetulan pesakit katil sebelah pula meninggal dunia. Dalam kesedihan saya kuatkan semangat cari public phone di kantin HKL untuk telefon bapak, adik beradik dan saudara mara mengenai perkara tersebut.

Mak akhirnya dibenarkan balik dan saya memaklumkan hasrat mak untuk pulang ke tg karang dan permintaan mak, kalau mak meninggal dunia tolong kuburkan di tg karang. Mak dah tak boleh bercakap.. hanya matanya yang cuba berkata-kata. Sebaknya hati..

Dalam kepayahan kami pangku emak yang tidak boleh lagi duduk dalam kereta, alhamdulilah sampai ke Tg Karang. Sebolehnya tak nak berganjak jauh dari mak. Walaupun mak tak boleh bercakap, tapi nampak dah stabil. Jadi, nenek suruh kami balik Klang keesokan harinya. Tak sampai sejam kami tiba di Klang, nenek telefon untuk balik ke Tg Karang kerana mak dah nazak. Ya Allah.. sampai di Tg Karang semua orang kampung sedang mengaji. Tapi dalam keadaan yang tidak membenarkan, saya hanya mampu berzikir dan mengharapkan dipanjangkan usia emak dan kalau telah tiba masanya, permudahkanlah segala urusan. Penuh sayu ku memohon keampunan dari mak yang melahirkan, membesarkan, memberikan kasih sayang .. Kulihat mata mama seperti ingin berkata sesuatu dan mak mengerdipkan mata seolah2 faham.. seorang demi seorang adik beradik dan bapak memohon kemaafan.

Jauh di sudut hati kutahu mak tak mampu lagi bertahan. Puas kuseka airmata yang berjuraian. Kukuatkan semangat untuk meletakan jari di hujung hidung. Mak seperti tidak lagi bernafas.BENAR!! Makcik menghalang untuk aku berbuat demikian bimbang mak tak dapat bernafas tapi kutahu mak sudah tiada. Selang beberapa minit mereka mengesahkan mak sudah meninggal dunia. Aku rebah. Ya Allah Kau lebih menyayanginya..

Terkilan rasa tak dapat mengucup dahi mak dalam keadaan yang tidak membenarkan. Juga hanya dapat melihat jenazah mak dikuburkan di seberang parit kecil..

10 tahun berlalu.. kesedihan dan keperitan kehilangan mak telah 10 tahun kami lalui. Anakmu kini telah dewasa dan bergelar ibu sepertimu dulu. Baru ku tahu betapa sakitnya melahirkan dan kasihnya seorang ibu pada anak mereka, sama sepertimu. Moga roh ibu diletakkan di kalangan orang2 beriman, dijauhkan dari azab kubur dan dipermudahkan segala urusan. Al-Fatihah..

Untuk Mu Ibu

Oh! Ibu Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini Dan kesepian

Dan aku Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu Kau kasih sejati
Kutaburkan doa Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

8 comments:

black_canary said...

Al-Fatihah utk arwah bonda Ju..semoga ditempatkan di kalangan org yg beriman,mungkin masa arwah bonda Ju berulang alik ke HTAR, wife saya baru posting kat situ.

Barah buah dada,pembunuh utama kaum wanita...so selalulah periksa..arwah mak saudara pun meninggal kerana sakit ni kat Kuala Kangsar

Semoga Ju tetap tabah dan terus terang saya katakan..bahawa kenangan bersama ibu bapa lah kenangan yg TERINDAH

MrsWebmaster said...

thanks BC.. Selalu berangan kalau dapat balik ke masa dulu. Saya akan spent sepenuhnya masa bersama mak..

YanDarwisy said...

Julie, aku ingat time tu,kita form 5, satu kelas baca karangan menyayat hati pasal arwah mak ko. Karangan terpanjang yg pernah aku baca. Mengalir gak air mata aku baca time tu. Mak dgn arwah abah aku ke Tanjung Karang ziarah arwah mak ko. Aku mmg ingat zaman kiter kecik2 dulu. Riak muke arwah mak ko..Al-fatihah buat mak ko

MrsWebmaster said...

Yan, itulah karangan yang paling susah aku nak tulis dalam hidup. Bukan apa..masa aku tulis, dada aku sebak sampai susah nak bernafas dan aku menangis. Tema karangan keteguhan hati dan aku jadikan kisah benar mak. Itulah karangan aku yang semua kelas tingkatan 5 baca dan sampai aku tak jumpa siapa orang terakhir baca dan simpan.. Walaupun karangan tu hilang, semua memori tetap utuh sampai bila2

kakzie said...

al-Fatihah buat ibu Ju..semoga di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman

black_canary said...

Ju..at least arwah mak Ju tak ada kata apa-apa kat Ju...
Arwah bapa saya masa sakit, pernah cakap dgn mak yg dia kalau pegi mekah, dia tak nak bawa aku sbb aku ni suka marah..mmg aku ni dulu garang (adik-beradik aku semua takut dgn aku)...Aku tolak tawaran utk belajo kat sek Teknik penang sbb arwah bapa...adik-beradik aku..semuanya sekolah asrama..tinggal aku sorang aje kat umah...(dgn adik yg kecik-kecik).
Time cuti..depa boleh tido lama..aku kena buat kerja...tapi itu tinggal kenangan..

MrsWebmaster said...

Yelah BC.. Oleh itu, kasihilah orang2 disekeliling kita bagaikan mereka akan meninggalkan kita esok.. Kalau boleh, biarlah Ju pergi dulu kerana tak sanggup rasanya kehilangan orang2 yang paling kita sayang..

azieazah said...

Baca banyak kali pun tak jemu... dan tetap juga berlinang air mata...

Tak tau nak komen apa lagi dah.. sbb dah melalui 3 kematian dalam keluarga...

AlFatihah buat mereka yang kita sayangi... tetapi DIA lebih menyayangi mereka...

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...