Wednesday, September 17, 2008

CERITA TENTANG KUIH RAYA

75% pengunjung blog Julia mengundi bahawa saya sukakan kuih tat, rempeyek dan kuih makmur manakala 25% lagi mengundi kuih raya - coklat chip. Memang terer la. Kalau setiap kali pergi beraya ke rumah orang, kuih pertama yang julia akan cari mestilah berasaskan coklat, kedua - tat gulung dan ketiga kuih makmur. Kalau bercerita pasal rempeyek, orang-orang jawa suka makan bersama-sama dengan nasi, macam nasi ambeng pun sama juga.

Rempeyek ni pun ada macam-macam seperti rempeyek kacang tanah, rempeyek bilis, kacang dal dan kacang hijau. Paling Julia suka yang kacang tanah dan rempeyek dal buatan arwah mak dan embah ( nenek ) Julia. Masa kecik2 dulu selalu tolong mak buat rempeyek kacang tanah untuk tempahan jiran2. Tapi bukan yang bulat2 tu.. tak berapa power. Yang best ialah yang melekat kat tepi kuali. Pernah tengok tak? Rancang nak buat hujung minggu ni, nak bawa balik ke SP sekali nak bagi pada Mak Mertua.. Tengoklah nanti jadi ke tak. Projek buat kuih besar-besaran rancang nak buat hujung minggu ni.. sambil2 tu ada gak plan nak jenguk Jalan TAR beli baju raya.. Bawak adik sekali cari baju raya baru.. Mesti penuh Jalan TAR hujung minggu ni..

4 comments:

YanDarwisy said...

Lebih kurang aku gak kuih kesukaan ko ni. Mak aku baru lepas buat rempeyek. Panas muke aku dok mengadap kuali panas time pose2 ni. Aku x tau aper hal dia suke sgt kuih rempeyek tu...x syiok katenyer rayer tanpa rempeyek.

kakzie said...

cheq teringat kuih goyang@ros mak tiri cheq mmg sedap

black_canary said...

kami wajib biskut overtine..dulu mak suka jugak buat kek coklat (tengah-tengahnya ada gula + planta)...

MrsWebmaster said...

Wah.. ndak gak ghase peyek ko yan.. Tunggu kehadiran aku depan pintu rumahmu. fuyoo.. Ila, orang jawa panggil kuih ros kembang goyang kerana kuihnya akan emngembang bila masuk kuali dan goyang2 atas minyak. hehe. Boleh cenggitu? BC, Biskut Ovaltine ek?

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...