Tuesday, September 23, 2008

PROJEK KUIH RAYA

TINGGAL beberapa hari je menjelang Hari Raya. Inilah time paling sibuk untuk semua umat Islam. Sibuk membuat persiapan raya.. sibuk juga mencari keberkatan 10 malam terakhir.. Sabtu dan Ahad lalu, saya balik Klang untuk memulakan projek kuih raya bersama adik dan kakak iparku yang menanti hari nak habis pantang. Oh ya, lupa nak beritahu nama anak buah baru saya namanya Nur Alia Farhana, satu2nya anak perempuan setakan ni. Sesuai dengan nama abang sulungnya, Muhammad Alif Farhan. Kedua, Muhammad Asyraf Fitri. Semuanya Cik Yi (nama panggilan manja Julia oleh anak2 buah - versi pelat) yang berikan nama tu. Hehehe... Alia dah ok. Sebelum ni teruk juga diserang kuning. Tunggu duit raya dari Cik Yi nanti ek.
Cite pasal projek kuih raya, hari sabtu baru nak membeli barang2 untuk buat kuih raya. Dekat pukul satu baru start projek pertama - Rempeyek Kacang Tanah resepi nendaku. Banyak juga jadiknya.. Ada yang nak resepi ke? Hehe.. kenalah rasa dulu sedap ke tidak rempeyek yang Julia buat raya nanti.. Banyak jugak jadinya sebab nak eksport ke Putrajaya dan untuk mama mertuaku di SP.. Dalam pukul 4 lebih dah setel, bersiap pulak nak menerjah Jalan Masjid India.
Saya, hubby, adik dan adik ipar je . Zara terpaksa minta tlg kakak jaga sekejap takut menjerit si Zara. Jalan TAR menjelang raya ni semua orang tahu macam mana penuhnya. Nasib baik tak bawa zara. Nak jalan pun menyelit2. Niat di hati nak beli baju raya tapi satu pun tak jumpa. Mana tidaknya, nak tengok baju pun tak feel sebab ramai sangat. Cuma sempat singgah Sogo dan berjaya membawa pulang tiga pasang kasut Sembonia yang tengah sale untuk raya dan kasut untuk kerja sekali. Biasalah perempuan.. kan kak AA.. Kasut yang ada pun dah lunyai. Tiga pasang kasut saya, sama harga dengan sepasang kasut hubby. Kan ke jimat tu. Hehe..
Esok, sambung projek kuih raya dengan Kuih makmur dulu, lepas tu baru kuih tat. Setiap jenis siap enam balang. Kalau beli dah berap tu.. Ada yang nak tempah ke tahun depan? Hehe.. Hujung minggu ni atau minggu depan Julia upload pic kuih raya tu ek. Tertinggal kamera kat klang pulok.
Keylah. esok nak balik Klang buat Cornflakes Cup Madu plak.. Kalau takde ape2la. Hujung minggu ni plak nak masak ketupat, ayam dan kuah kacang untuk tradisi 'Monjong' - menghantar juadah kepada jiran-jiran. Itu tradisi biasa masyarakat jawa di Klang. Bukan sedikit tau nak masak.. Till then, adioss!!

5 comments:

black_canary said...

fuyoooo...byknya cik yi buat kuih..ni kena dtg rumah yg kat klang ni..sbb yg kat putrajaya jauh sangat,nak merasa kuih-kuih ni...terutamanya kuih rempeyek dan kuih makmur(opah aku suka buat kuih ni..yg pantang bercakap time memakannya{cerita bab kuih makmur ni teringat kenangan zaman dulu..aku tgh makan kuih makmur,tiba-tiba abg aku tanya mana aku letak mercun,aku bagi isyarat tunggu sekejap..tapi dia terus mendesak..so apa lagi..time nak cakap aje kat dlm laci...muka dia dah terkena kuih makmur yg aku makan tu...apa lagi..jadi anjing dgn kucing lah kami..})...
Tapi mmg org kata...dgn modal RM50, kita boleh buat banyak kuih raya, yg kalau kita beli baru dapat 2 atau 3 balang aje..tu pasal kat Rahman Putra hari sabtu dan ahad baru ni(berdepan dgn klinik tmpt bini aku buat part time ada sebuah kedai menjual peralatan dan bahan membuat kuih dan kek) penuh...klinik pun kosong sbb org tak nak dtg sbb nak buat kuih..
Bab kasut ni...mujo bini aku jenis tak kisah apa jenama, janji selesa..walaupun harga RM10 kalau selesa..dia latam lah sampai hancur...aku suruh pakai yg ada jenama dia kata, nak buat apa..bukannya sedap pakai..lagi pun..dia pakai apa pun..dia tetap seorang doktor...

YanDarwisy said...

Ko jgn luper dtg umah aku. Aku x kemana pun..Ader x der pun umah mertua aku. alahai...x panas bontot dah sampai. Aku bab kuih dah satel. mengemas pun hampir 80%. cause mlm raye aku nak melahau kat klang town. best wooo pesta lelong Jom!

MrsWebmaster said...

BC.. Lagi satu, bagusnya kuih makmur ni dia amatlah mesra dengan nendaku kerana dengan usia yang lanjut, tak perlulah mengunyah. Rempeyek pula kegemaran bapak.. sedap makan dengan nasi.

Yan, ko memang best. Nak balik kampung tak payah one two jus dah sampai. Hehe.. lama aku tak lawat area wak bakar. Kebun pokok kuini mbah aku dolu. skang dah jadi umah sume..

azieazah said...

Kak AA suka baca kisah-kisah tradisi ni... Adat resam pelbagai keturunan yang ada... JAWA.. dulu selalu baca kisah “monjong” tu dari blog kawan ESAL Budak Jawe tu, memang seronok...

Dulu2 kecik2 ada juga buat hantar2 kuih ni (orang Jawa hantar lauk-pauk sekali), tetapi sekarang dah jarang orang buat...

Wahhh kasut raya diaaaa.. Cik YI melaram ler kali ni. Kak AA beli kasut murah gak, tapi dah borong sebelum posa lagi. Ada sale jer terus beli.. murah..

ZARA kaler aper tahun ni? Cekak rambut? Stoking? Baju kurung? Gaun? heheheheh comey tuuuu...

MrsWebmaster said...

Ala kak AA, takde melaram pun. Mana yang sedap di kaki tak kira jenama. Kami memang monjong tiap2 raya. siap buat ketupat sendiri lagi dan tambahan nasik impit nona. hehe.. ZARA memang colourful tapi baju kurung kaler kuning raja dan biru laut. nak sepit rambut tak banyak lagik. hehe

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...