Wednesday, December 31, 2008

SALAM TAHUN BARU HIJRAH DAN 2009!!

Lama Julia tak update blog ni. Ke mana agaknya menghilang? Masih ada dalam Malaysia lagi cuma dah hujung tahun dan banyak lagi baki cuti, apalagi.. cuti-cuti Malaysia la gamaknya. Julia bercuti dari 25 hingga 1 Januari. Macam lama tapi sebenarnya cuma tolak 3 hari cuti tahun. Dah besambung dengan cuti umum kan. Tapi, mesti ada banyak cite yang Julia nak kongsi.. kemana agaknya Julia bercuti, tunggu ek nanti Julia kongsi. Sekarang nie, cuma nak ucapkan Selamat menyambut Awal Muharram, 1430 Hijriah dan Tahun Baru 2009. Macam tak percaya je dah masuk ke tahun baru. Apa cite azam 2008? Alhamdulillah dah selamat melahirkan anak, Nur Zahra Qistina yang kini dah nak masuk 11 bulan. Kejap je kan.. Azam tahun depan? Nak lebih cemerlang dalam pekerjaan dan jadi isteri, ibu dan anak yang lebih baik berbanding sebelumnya.. Semoga dimakbulkan.. Amin.. untuk semua, moga apa yang diimpikan tahun 2008 telah terlaksana dan lebih berani mendepani cabaran mendatang. Till then, Adioooossss!!!

1 comment:

fz said...

Dear Julia..salam windu and salam Maal Hijrah to u too. Muga akan terus berjaya. wow tambah gempak blog u nih.For Little Zara..cubit jugak budak ni kang.

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...