Tuesday, December 16, 2008

SELAMAT HARI LAHIR BAPAK

Muda lagi Bapakku ini. Baru 54 tahun..

Ni anak buah dan Adik Julia

Lambai Mama.. blur je muka tu

Inilah adik beradik saya.. tapi abang & family takde.

Nak pilih mana ye Mama?



Sedapnya kek ni..

BAPAK, itulah panggilan kami untuk ayah kami. 10 Disember lalu merupakan tarikh ulangtahun kelahiran Bapak ke 54. Kalau mak masih ada, usia mak sama dengan Bapak, beza cuma dua hari. Arwah Mak lahir pada 8 Disember. Tiap-tiap tahun kami akan raikan hari lahir Bapak.. Ala, makan2 je. Tahun ni, tak dapat nak sambut pada 10hb sebab husband ada siaran sampai malam, so terpaksalah tunda keesokan hari. Tahun ni buat di KFC, Jalan Taiping Klang. Almaklumlah ramai budak kecik, dapatlah diorang pun makan sama. Favourite Zara, whipped potato. Yang lain2, mama kenalah jadi mesin pengisar sebelum bagi pada Zara. Dari KL, kami terus singgah ke Secret Recipe di Klang Parade. Saja jalan-jalan sekali ambil angin sambil belik kek. Pilih punya pilih, belilah Chocolate Indulgence yang sedap tu..

Sampai di KFC, kami terus booking meja. Yang seronoknya, staff dia memang peramah. Teringat masa zaman-zaman buat 'part time' kat KFC tapi bukan di situla.. Bapak, adik dan kakak semua dah sampai. Tiba-tiba dapat call, abang dan family tak dapat datang. Anak sulungnya demam panaslah pulak. Nak buat cemana.. Tapau jelah yang lain nnanti. Bapak seronok sangat masa potong kek. Walaupun tak berapa suka kek coklat, Bapak rasa juga buat syarat. Lebih-lebih tu kami lah yang habiskan..

Sesekali dapat jumpa dan makan bersama memang seronok. Bukan main seronok lagi Bapak dapat hadiah. Tahun ni hadiahkan Bapak kemeja sutera warna peach.. Asalkan bapak gembira, itu sudah cukup bagi kami. Sempat lagi bagi baki kek untuk adik-adik KFC kat kaunter. Selamat Hari Lahir Bapak. Moga panjang umur, murah rezeki.

5 comments:

black_canary said...

muda lagi, anyway..selamat hari jadi semoga panjang umur dan sihat (kalau boleh..bio lah dpt tgk si zara berkahwin)

kakzie said...

sedapnya kek secret recepi lagi hehehe anyway..happy birthday to Pak Hussein semoga berbahagia bersama cucunda tersyg...dan di permudahkan segala urusan

MrsWebmaster said...

Yelah BC, sebenonye masa kecik2 dolu ju takut sangat ngan Bapak. Yelah, dulu askar.. garang jangan cakaplah.. Selalu gak kena marah. Tapi bila mak dah tak ada dan kami dah besar, marah bapak ada isinya.. Itu sahajalah yang kami ada. Jadi, selagi bapak masih ada, kami cuba untuk buat bapak gembira. Nak dapat mak baru,macam takde je.. kalau bapak nak kahwin pun kami tak kisah

YanDarwisy said...

Wahhhh Wak Kusein sambut Besday. Muda lagi bapak ko Julie. Arwah bapak aku kalau ader mungkin nak masuk 70 kot....Dah besar2 semua dan makin berubah. Abg iwan mana?

MrsWebmaster said...

Abg Iwan last minit tak bley joint. Alif demam panas.. Terpaksalah tapau untuk dia bawa balik umah je.. Kalau tak, mau gamat KFC tu dok mengejar si Alif, Acap ngan Dede. Zara dan Alia tak lama lagila..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...