Tuesday, January 13, 2009

AKTIVITI PENGHUJUNG 2008

Dr. Blacksnow & Wife, Bhai, Shah and Julia! Muka kenyang lepas makan gitu.

Pose tetap sama..


Ala2 YB ke BY?

Bersama YB Datuk Rohani dan YB Noriah yang ceria.. Hidup wanita!!

Alamak.. sama biru la kite

Bukan lagi team anak dara tapi Team Isteri Orang

Dah separuh Januari perjalanan baru 2009. Syukur atas rahmatNYA untuk terus bernafas di bumi Malaysia. Agak lewat tapi masih nak kongsu juga story yang tak berapa nak sempat diupload sebelum ni. So, ada masa terluang ni.. apalagik..

Beberapa hari sebelum penghujung tahun 2008, sempat juga menghadiri majlis kenduri kahwin anak salah seorang Sahabat Klfm, kak ZulizanBlues yang diadakan di PWTC. Walaupun sebelah siangnya dok memeriahkan Karnival Usahawan Desa di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Meriah sungguh malam tu. Yelah, anak sulung katakan. Lebih menarik, pengantin perempuan persis mak pengantin waktu muda. Kemana tumpahnya kuah ye tak. Dapatlah jumpa dengan Sahabat- KLfm lain yang sebelum ini hanya dikenali di laman maya seperti Dr. Black Snow (nama sahabat) dan isteri juga Bhai@FlyingDutchman dan isteri. Ramai lagi yang lain-lain juga.

Tak ketinggalan nak berkongsi gambar kenangan ketika menemani Shah mere hubby ke Parlimen. Tiap2 minggu memang Shah buat siaran dari Parlimen. Terjumpa pulak dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Hajah Rohani Abdul Karim dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Nooriah Kasnon.

Dan lagi, nak kongsi juga gambar kami ketika izan datang melawat kawan-kawan di Klfm. Waktu tu belum lagi ditetapkan 'post' untuk mengajar. Kat mana la iye cikgu Izan? Apapun, Izan tetap meriah sama macam dulu juga. Tu yang buat rindu.. geng segmen Ladies Nite dan 3-6 dulu. Huhu. Apapun, selamat maju jaya ye Jan!!

No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...