Saturday, January 17, 2009

JOM PEGI MELAKA

Abis menjerit kena tangkap dengan Nek Nor..


Awatnya buat muka macam tu? Habis kemik dah tu..


Mesej kat sapa tu? AFUNDI mama..

Mak Cu dan Mak Teh


Happy Family @ Malacca

Posing time..

Muka penyek Zara kepenatan..








ALKISAHNYA cite ni macam dah agak lama tapi dah janji kan nak story.. Hujung 2008 masa untuk bercuti apatah lagik cuti berangkai. Walaupun 10 hari, tolak cuti umum dan sabtu ahad, cuma amik 3 hari je cuti tahun dari baki 32 hari baki tu. Kalau ikut perancangan nak jenjalan ke Bali tapi mengenangkan Zara ni tak pandai jalan lagi, ditambah pulak dengan tak berapa nak duduk kat stroller tu.. So, idokle pegi sana. Pelan cuti2 ke Langkawi pun idak menjadi gara-gara cuti mere husband yang macam lepas ngan idak. Al maklum sajalah RTM buat perubahan besar dari segi rancangan, so sebagai antara mereka yang terlibat di belakang tabir, sibuknya jangan cakaplah.. Pastu merancang pulak nak ke Cameroon Highland, dek kerana cuti umum dan semuanya last minute jawabnya sendiri mau ingatla.. apalagi kalau bukan sume hotel penuh.


Nak dijadikan cerita, family mertua dari SP pun nak turun KL untuk hantar adik ipar yang belajar di UiTM Shah Alam. Macam biasalah student pun dah semakin ramai, peluang untuk dapatkan kolej pun semakin nipis. Masa zaman Julia dolu pun kad aktiviti kalau tak 3-4 keping usahlah berharap nak stay kat kolej. Nasiblah satu semester jadi JPK, tu kira kompomlah. Citer pasal adik, daripada pening-pening tiap kali cuti sem nak punggah barang, keputusan mudah dan tepat dok umah sewa kat seksyen 7 nun. Kawasan baru, sume ada tak macam dulu. Larat tak larat je panjat umah kedai tingkat 4 tu. Takpelah, susah2 sikit.


Akhirnya kami ke mana? Bukan Bali, Langkawi mahupun Cameroon Highland tapi Bandaraya Bersejarah, Melaka. Lama jugak tak jenjalan kat Melaka sebenarnya. Akhir sekali waktu buat assignment pasal Intercultural subject, buat pasal Sambutan Krismas. Dari petang sampai ke tengah malam kami di Portugis Settlement, Kg Pasir tu dulu. Tapi takdelah rasa 'Kari Devil' diorang.


Di Melaka, kami stay di Rumah Penginapan di Kem Terendak. Kenapa kat sana? Senang je sebabnya kami memang tak merancang nak ke sana. Sebenarnya, adik ipar pegawai di Kem 10 Briged Para. Pertama kali semumur hidup stay dalam kem. Ok jugaklah.. komuniti berbeza. Kami ke Pantai Kundur untuk makan. Perut dahlah lapar, lambat pulak tu.. adoyai. Dan yang lebih tak best, tak rasa berada tepi pantai sebab dah kena tambak ke tengah. tak taulah nak buat apa.


Kami sempat jalan-jalan ke Bandar Hilir. Jauh sangat bezanya 5 tahun lalu. Semakin cantik dan macam-macam ado.. Berpeluh jugalah kami dok memanjat tangga di area Kota A Famosa. Sempat jugalah kami beli ole2 dari sana. Dah tentulah wajik sirat yang menjadi kesukaan Julia dan Mak mertuaku. Bagus juga yang lain tak minat, taklah berebut. Hehe..


Esoknya lepas hantar adik ipar, Bang Chik ke Ramuan Besar Cina.. masih lagi belajar di KPTM tetibe pulak ada yang bagi idea nak ke Johor. Biar betik? Betik... Mama (mak mertuaku) sebenarnya memang berasal dari Gelang Patah, Johor. Kahwin dengan Abah orang Jitra, Kedah.. Tak utara dan selatan tu? Julia pun tak pernah sampai sana lagi. Cuma makcik je yang ada kat sana. Terus kami balik ambil barang kejap dan bergerak ke Johor. Wah... Jangan tak caya.


Sampai Johor, rasa macam nak singgah Kulai tapi kalau nak makan takdelah dah malam. Basuh periuk je. Takdelah.. kami terus singgah ke Danga Bay dulu untuk makan. Meriah sungguh!! Sempatlah beli tudung..


Esoknya kami terus gerak balik ke Melaka dalam kul 11.00. Singgah sana sini, malam jugak sampai Melaka. Malam tu jugak bergerak ke KL dan sampai Putrajaya tepat jam 1.00 pagi! Alhamdulillah semuanya selamat. Bila la agaknya nak ke Cameroon?

3 comments:

YanDarwisy said...

Wah, ke Melaka kita? Amboi...
tak perlah, esok2 ada rezeki aderlah tu. Jgn lupa letak gambo beb!

MrsWebmaster said...

tula.. aku dah masuk tak kuar plak gambonye.. jap lagi ek

black_canary said...

Ju..kalau boleh jgn bagi zara main h/p..kalau nak bagi jugak...pastikan phone dlm flight mode (no signal)...bukan apa...gelombang signal ni bahaya utk bebudak..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...