Tuesday, January 20, 2009

2009 : PERJALANAN SUDAH BERMULA




ALLO SUME.. Kali ni nak kongsi plak apa perubahan dalam jadual siaran KLfm yang melibatkan Julia. Sebelum ni Julia Penerbit Salam Interaktif, tapi tahun ni ada penerbit baru, Aein. Nafas baru. Tapi Julia dan Mimie masih lagi mengendalikan segmen 10 pagi - 2.00 petang ni macam dulu cuma dari segi jadual je lebih senanglah nak ingat. Julia setiap Isnin-Selasa juga Rancangan KL-Jakarta setiap 2 minggu sekali manakala Mimie akan temankan anda setiap Rabu - Jumaat. Tahun ni, Julia banyak tumpukan pada production dan kuiz.


Kalau anda suka memasak, apakata anda dengar setiap Isnin-Jumaat jam 11.30 pagi untuk resepi mudah dan lagi anda berpeluang menang hadiah lagi. Ada Petua Suri jam 10.45 dan 1.45 tengahari juga Prebiu Buku @ KLfm setiap Isnin jam 12.30 Tengahari. Anda juga berpeluang memenangi buku-buku tersebut setiap minggu. Kalau nak dapatkan tips perhubungan jangan lupa setiap selasa jam 12.30 tengahari untuk Rahsia Perhubungan.



Kalau anda nak dapatkan petua sihat dan cantik, pelancongan dan rekreasi, jangan lupa bersama Mimie pula. Baru-baru ini sempat juga kami menghadiri sesi fotografi di Studio RTM. Terima kasih Mr. Kul yang cool dan sporting. Siap bagi idea gaya untuk tutup perut Mimie. Bolehlah Julia guna plak idea tu pada masa depan. Hehe.. Key, enjoy our pics!! Tune to KLfm. Salam Interaktif 10.00 pagi - 2.00 petang setiap hari! Adios..

1 comment:

black_canary said...

ye....perjalan aku pun akan bermula..tahun 2009 tahun yg mencabar....penat siol....BANTAL PELUK asyik tinggal kat klinik aje...

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...