Monday, April 20, 2009

SELAMAT DATANG GENG BARU KLFM


PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI.. Kawan seangkatan, Ezan yang kiut semenjak berkahwin dapat tawaran maktab dan kini bergelar guru DG41. Sesuailah dengan ijazah yang digenggam. Khabar terbaharu, Ezan dapat mengajar di Putrajaya. Wah.. nampaknya jiran setempat dengan Julia dan Mimie.. Silap-silap ngajar zara dan afiq nanti. Ezan memang geng sepasukan untuk Ladies Nite dan 3-6. Pagi2 buta pukul 1.30 pagi Ezan datang amik nak ke konti. Sempat lagi singgah beli teh o dan Milo o kat Warung Rindu, Pantai Dalam. Pegi gym sama-sama walaupun berapa kali je... Hahaha.. Nostalgia sungguh minah dua orang ni.

Lepastu Kak Posh pulak naik pangkat dan kini bolehlah dipanggil Boss.. Jauhnya terbang ke Miri. Nak tau tak satu rahsia? Masa mula-mula masuk dulu, saya memang agak seram dengan Kak Posh.. bukan apa, rasa hormat sebab dia salah seorang dj otai di KLfm. Nak lagi, kak posh ni memang agak tegas orangnya, sampaikan saya buat kad birthday yang tak seberapa dan sorok2 letak atas meja nak bagi. Tapi, kak posh sebenarnya sangatlah peramah dan kelakar. Nak lagi bawa watak sebagai Kak Senah Ratu Kebaya, isteri kepada Abon dalam drama khas raya terbitan Julia tiga tahun berturut-turut. Memang tak kering gusilah kalau dengar lawak versi negeri sembilannya tu. Buleh kawan dengan Bang Bil.. (jangan marah Irma)..

Diikuti Bro Locky yang kini bertugas di Unit Promo Radio, Elly di Siaran Tv.. dan hari ini, dua orang baru masuk. Nak kata baru sangat tak jugalah.. Kak Yati dan Sonic. Kak Yati ni saya kenal sebelum masuk RTM lagi. Waktu tu doklah promosi Everest Climbers dari UiTM.. Mat dan Kobin di Nasional FM tengah-tengah malam. Lama juga kak Yati di NasionalFM selepas tu jadi Klasik Nasional dan seterusnya bertukar ke MuzikFM sebelum berpindah ke KLfm.. Orangnya sangatlah baik dan masih single..

Sorang lagi ni asalnya Sarawak dan bertugas di KuchingFM sebelum menjadi penjawat tetap dan bertugas di bahagian Perdagangan Kementerian di PJ dan kini Sonic atau nama sebenarnya Awang ..... (lupe Awang apa) mula bertugas di KLfm. Eloklah tu, meja Ezan dan Dave pun dah lama kosong.. Jadi, selamat menjadi warga KLfm..





4 comments:

Unknown said...

Selamat datang dan selamat memulakan tugas diucapkan kepada rakan2 yang baru jadi ahli keluarga KLfm..

black_canary said...

Selamat Datang aku ucapkan...by the way..kirim salam kat ezan...

HM Hafizd said...

slm dj julia.. sy nak tanye ttg pengambilan hadiaH buku utk pemenang prebiu buku klfm. bolehkan jika saya wakilkan org lain utk amikkan coz sy x sempat nak pergi sendiri ke ofis klfm. sy sirajudin, pemenang utk 13 April. thanx..

MrsWebmaster said...

bro badang : thanks. alhamdulillah tengok abang dah sihat.

bc: insyaallah..

hafiz : boleh je.. datanglah ye..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...