Sunday, April 26, 2009

BOLA OH BOLA

CAKAP PASAL BOLA, memang sinonim dengan lelaki. Tapi sebenarnya, tak kurang juga wanita yang meminati sukan nombor satu negara itu. Meskipun mutu dan sokongan bagaikan cuaca tak menentu berbanding zaman kegemilangan Allahyarham Mokhtar Dahari, Dollah Salleh, Radhi Mat Din, Azlisham Ibrahim (hanya sebahagian nama) yang benar-benar menjaga maruah sukan bola sepak negara suatu ketika dulu. Adat kehidupan, manusia suka membandingkan dengan apa yang mereka suka. Apapun, sukan ini punya nostalgia sendiri bagi saya.

Dari kecil lagi saya telah didedahkan dengan bola sepak. Bukannya bermain bola tetapi minat yang mendalam arwah bapak terhadap bola, terutamanya pasukan kesayangan kami sekeluarga, Selangor. Usahlah disamakan pasukan tempatan dengan pasukan luar negara dalam Liga Eropah EPL. Patriotik ni.. Saban minggu jika ada pertemuan antara pasukan Selangor, bapak tak lepaskan peluang turun ke stadium untuk memberikan sokongan. Dek kerana pelik kenapalah bapak minat sangat tengok bola, saya di rumah pulak dok sibuk tengok bola yang disiarkan secara langsung di tv. Padahal, dalam kepala dok berfikir apalah diorang ni dok kejar2 bola.. Tak paham satu benda pun. Tapi tengok juga sampai habis.. Begitulah rutinnya setiap kali ada perlawanan. Bapak pulak, kalau Selangor menang balik dengan buka bukan main seronok. Kalau kalah, mmm sedihnya bukan main. Waktu tu saya di sekolah rendah.

Bila dah masuk sekolah menengah, dah mula minat dengan pemain bola terutamanya Selangor.. Dulu jangan cakaplah, memang hafal semua nama pemain selangor sampai ke pemain di bangku simpanan dan gemilangnya di bawah pengurus - Datuk Aini ketika itu.. Minat terhadap bola bertambah. Radio memang jadi peneman berbanding tv. Sambil buat kerja sekolah, sambil dengar radio semestinya Radio 3 Shah Alam (kini Selangorfm). Maklumlah orang selangor kan.. Saya tak lepaskan peluang mendengar laporan langsung perlawanan oleh Abang Jenal.. Dan pastinya lagu yang dok dihafal - Viva Selangor!!!!

Bila dah habis belajar pula,tanpa disangka saya terlibat secara tidak langsung dalam dunia sukan sebagai wartawan sukan!!! Haha.. mungkin ada yang dah tahu dan ada yang tidak. Sebelum habis pengajian di UiTM lagi saya buat freelance sebagai penulis skrip video korporat dan voice over sukan - Anugerah Sukan Negara dengan Silver Sports, kepunyaan pengulas sukan terkenal, Shaukei Kahar. Saya cukup bertuah kerana dilamar untuk bekerja dengan beliau. Yelah, kalau nak fikir cerewet, itu memang bukan bidang saya dan ramai lagi kawan2 menganggur takde kerja. So, fikir positif apa kata terima cabaran ni!!! Wah.. berani sungguh menyahut cabaran walaupun memang menyimpang jauh ke bidang sukan tapi kewartawanan tetap ada. Masih Mass Comm.

Cabaran pertama, saya dikehendaki membuat liputan penuh Badminton Terbuka Malaysia di Pahang. Uiiikk.. badminto pun tak reti nak main asal pukul. Bukan sekadar ambil laporan tapi bwa kres SCP (Single Camera Production) untuk produksi tv!!! Huhu.. tetibe jadi wartawan dan producer sedangkan ku tidak arif. Terpaksa mulakan semuanya dari awal, belajar dari si bijak pandai sebelum ke Pahang, dok buka buku manual badminton dan siap tanya dengan Pengarah Pusat Sukan UiTM, Encik Mustaza selok belok sukan ni.. Sampai macam tu.. Dan lagi, venue di Pahang tapi kami stay di Pantai Batu Hitam, Terengganu.. bayangkan jauh ke idak. Tapi itulah cabarannya. Lepas tu, saya aktif membuat liputan acara bola sepak Piala Emas Raja-Raja, Tiger Cup, Final Piala Malaysia dan Celcom Uni-League.. Pernah tu, saya seorang sahaja wartawan wanita yang bertugas untuk Final Piala Malaysia ketika tu. Kelakar sungguh. Wartawan mana? Kami dulu menyediakan story Piala Emas Raja-Raja dan Celcom Uni-League untuk akhbar utama seperti Kosmo, Berita Harian, Utusan dan laporan terus di web Media Sukan (Klik untuk singgah).. Tidur kat pejabat tu perkara biasa. Dari tulis berita, fax, reconfirmed, upload dalam web saya buat. Tapi foto adalah jurufoto kita amik.. Semuanya kenangan yang cukup indah..

Tahniah kepada Selangor yang menjulang Piala FA untuk kali ke-5 pada pertemuan akhir dengan The Red Warrior malam tadi. Meskipun permainan tampak agak hambar dan longgar pada separuh masa pertama, ucapan tahniah harus diberikan kepada nakhoda pasukan, Amri Yahyah yang bingkas merencanakan jentera tempur untuk kembali beraksi pantas pada separuh masa kedua. Untuk Kelantan yang pertama kali bertempur pada saingan perlawanan akhir sejak 39 tahun lalu, pujian harus diberikan untuk semangat juang yang tingg biarpun dihujani dengan kad kuning...

Dah namanya penentuan secara sepakan penalti, apa sahaja boleh berlaku. Syabas untuk kedua-dua pasukan, K. Devan, Peter James Butler, Encik Hamidin (setiausaha pasukan Selangor) Encik Azman Ibrahim (Pengurus pasukan Kelantan) yang Julia temuramah di KLfm Jumaat lalu.. juga untuk 80,000 penyokong yang menunjukkan semangat 1 Malaysia!!!! Chaiyo!! Majulah sukan untuk negara!!

No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...