Tuesday, January 12, 2010

Embah









Cerita Awal Tahun



Lama bercuti bersalin, berdebar sangat-sangat nak masuk kerja. Banyak sebab debaran tu sebenarnya. Dapat warga kerja baru di KLfm. Selamat datang kak Leez. Kak Leez sebenarnya bukanlah orang baru di RTM. Dulunya dj di Klasik Nasional sebagai part time dan sekarang telah menjadi kakitangan tetap. Kalau nak kenal siapa dia, klik saja untuk ke blog Kak Leez ni. Dan lagi, Julia kembali memulakan tugas pada 4 Januari, sama dengan budak masuk sekolah. Perasaan seronok dan bersemangat memulakan tahun baharu di KLfm. Dan paling mendebarkan, baca Buletin Kota jam 6petang 4 Januari. Siapa kata mudah baca berita walaupun 5 minit? Sejak kecil, Julia idamkan dua kerjaya iaitu sebagai dj dan pembaca berita. Sekarang, dj dah jadi, walaupun bukan berita tv tapi berita radio pun dah memadai. Yelah.. rasa tak cukup cantik nak keluar tv baca berita. Hehe..

Setiap petang, Mimie dan Julia ditugaskan menyampaikan Buletin Kota jam 6.00 petang. Kalau anda belum pernah dengar, Buletin Kota melibatkan berita-berita sekitar KL dan Lembah Klang. Menyampaikan berita berbeza dengan dj. Ada yang bertanya kenapa tak rekod sahaja berita tu untuk on air. Jawapannya mudah. Di RTM, berita mementingkan actuality dan tidak wujud istilah berita rekod. Berita RTM sudah diiktiraf dan mendapat ISO. Apapun, penyampaian Buletin KL lebih santai. Seram sejuk baca lepas lama tak on air. Tapi alhamdulillah semuanya ok..






Dan lagi yang menarik, dapat tengok kawan-kawan yang bakal menjadi ibu tahun ni insyaAllah, Nazirah dan Nik Aida. Memang Mama vouge. Julia dan Mimie dah passing batton pada mereka. Haha.. Lepas ni tunggu giliran Aen pulak. Menarik sangat pasal mereka berdua, jarak kahwin sehari tapi tarikh dijangka bersalin SAMA!! :) Julia doakan agar kawan2 ini selamat melahirkan. Tak lupa juga, Tahniah untuk Dj Ezan dan suami yang selamat menerima cahayamata, puteri sulung Nur iRDina pada 2 Januari lepas. Rindu konti sama-sama dalam Ladies Nite dan 3to6 zaman2 anak dara dulu.. Comel sangat macam mama dia.




Monday, January 11, 2010

Ke Taman Itu Lagi



Masa terluang memang sangat menyeronokkan bila melayan karenah anak-anak yang sedang membesar. Dalamku memandikan anak, hatiku terdetik.. selembut inilah ibuku dulu memandikanku dengan penuh kasih sayang. Bimbang sekali kalau-kalau tangan yang licin kerana sabun boleh membuatkan sikecil terjatuh ke dalam besen. Walaupun si kecil tidak bisa lagi memahami, betapa si ibu gembira berdiri depan cermin sambil memeluk anaknya. Si kecil diajar melihat diri di cermin.

"Tengok mama, adik dah mandi".. mengajuk si kecil bercakap sedangkan dia entah berfikir apa. Betapa gembira hati ibu memandikan si kecil saban hari

"Saya mandi pagi-pagi, saya mandi hari-hari.. setiap hari" Itulah lagu yang mama nyanyikan bila memandikan adik setiap hari.



Itu kisah mandi Mirza. Kakak pula, suka betul kalau main di taman. Dalam demam pun terpaksalah bawa Zara ke taman. Bukan main seronok lagi dia dapat main. Hilang terus demam tu. Agak2nya, macam tulah mama masa kecil dulu bila dapat bermain. Bezanya, waktu kecil mama tak dapat nak main semua ni. Permainan mama, baling selipar, main bawah pokok ubi, pokok kopi.. itu jelah mainan mama..

Bila kena agah dengan abahnya, menjerit Zara tak nak dikacau. Bila diajak balik, apa lagi meraunglah dia. Puaslah pujuk, lain kali boleh main lagi.. Hailah anakku.. macam-macam.. Tapi itulah kegembiraan Mama dan Abah.


Cak!!!


Adik takde feeling nak mainlah Mama..





Friday, January 8, 2010

Macam2 Adik



Alhamdulillah adik dah dua bulan lebih. Sekejap je rasanya melahirkan, berpantang dan sekarang Mama dah mula bekerja. Namun sebenarnya menempuhi detik2 sukar ketika adik kena jaundis bukanlah sesuatu yang mudah. Mental dan fizikal Mama diuji. Sedihnya Mama sampai menangis mengenangkan anak Mama ni kena cucuk sana sini sampai lebam tangan dan kaki. Menjerit sampai hilang suara. Anak sekecil itu terpaksa melalui detik lebih sukar berbanding Mama yang hanya dapat melihat kesakitan yang adik alami. Meskipun Mak mertua selalu pesan, orang berpantang tak elok menangis.. Tekanan bagaikan terpaksa dilalui sendiri bila suami jauh di mata sementara Mama jauh di Kedah. Sejujurnya, Mama tak boleh sesekali berjauhan dai Abah, apatah lagi dalam keadaan begitu.



Alhamdulillah, Allah Maha Adil. Diberikan kami ujian kecil itu dan kami redha menerimanya, kini adik dah bebas dari jaundis. Apa yang lebih menggembirakan, adik memang anak yang baik. Tidur adik lena, tak banyak meragam dan menangis bila hendakkan susu, buang air besar, nak mandi ataupun tidak selesa/sakit perut sahaja. Adik dah pandai diagah dan sangat suka tersenyum. Moga adik terus diberikan kesihatan yang baik dan membesar dengan sihat dan bijak.



Adik titun dulu Mama..


Tak sempat nak pakai seluar dah landing baik punya..


Adik ketika menerima rawatan di HSAH


Jauh dari elemen kuning..


Kuningnya anak mama kena mandi Buah Keranda Cina

Kisah ikan dan kupang



Lepas konti, aktiviti biasa adalah makan. Harini bila sampai kantin macam biasalah jumaat kan semua orang rehat jam 12.15 tengahari. Bila datang kul 2.00 petang, sudah habislah lauk2 di kantin. Malas nak keluar jauh2 sebab banyak kerja di pejabat nak dibereskan. Melihat sambal kupang, hati mula tergoda. (Pilihan pun dah takde). Saya makan memang selalunya sekadar ikan dan kuah. Dah tak makan sayur katanya.. Harini makan kupang sebab semalam makan bukan main sedap lagi cik abang beli kat situ juga. Yang syahdunya, harini beli umpama lori garam jatuh dalam kuali kupang. Masinnya!!!!! Harga gula dah naik, gula dikurangkan. Patutnya harga garam pun jauh lebih tinggi berbanding sekarang sepeket cuma 60sen. Tu yang tertuang lebih tu. Masin2 kang tak pasal2 darah tinggi. Akhirnya, kupang terbiar sepi cuma mampu dipandang. Mananya nak berani makan kalau masin dah jadi pahit kerana terlalu masin. Huhu..

Tuesday, January 5, 2010

Raya Qurban 2009



Hari Raya Qurban 2009 kali ini disambut dalam suasana penuh sederhana. Meskipun begitu, Mama mertuaku masih tetap menyediakan juadah menarik pagi raya. Kami masak bersama rendang ayam, lontong, nasi impit dan ada juga ketupat daun palas. Walaupun tak dapat makan lontong, tapi dapat makan rendang mama yang sedap tu pun dah cukup best. Almaklumlah masih lagi dalam pantang, cukup sebulan masa tu.



Kali pertama juga disambut bersama hero mama, Eddry Mirza. Dan Zara juga tak kurang nak bergaya pagi raya dengan baju kurung coklat. Baju ni sebenarnya disiapkan untuk Hari Raya Aidilfitri lepas tapi tak sempat pakai. Tengok sajalah aksinya..












Detik Akhir Sebelum Kelahiran



Mungkin ini antara cerita yang belum sempat Julia kongsikan. Detik-detik akhir menanti kelahiran cukup mendebarkan bagi saya. Almaklumlah sudah melalui pengalaman pertama ketika melahirkan Zahra. Semakin sampai ke penghujung, semakin besar debarannya. Minggu terakhir bertugas sempat lagi pakai baju kurung yang dibeli pada malam raya di Sungai Petani. Bukan apa, baju tu memang besar, saiz xl.. kalau tak pakai entah bila lagi nak pakai.



Dan lagi pastinya melayan Zara yang suka sangat bermain di taman. Tengoklah aksi-aksinya bukan main seronok lagi dapat bermain sendiri. Cuma kena perhatikan saja dari jauh bimbang kalau terjatuh.

"Cepat! Cepat!"

Itulah dialog zara.. Mama pulak, dok sempat pose ambil gambar. Kalau tak silap gambar ni diambil 4 hari sebelum bersalin.. Hahaha..






cak!!!



Naemah vs Julia

a


Bagi pendengar setia Radio Malaysia KLfm, nama Naemah pasti dikenali. Meskipun sudah tidak bergelar penyampai di KLfm selepas mendirikan rumahtangga dengan pemilik Bas Ekspress Mutiara, kelibatnya masih ada di RTM. Namun bukanlah selalu kerana Kak Naemah ni sebenarnya masih lagi aktif sebagai perantara majlis rasmi untuk siaran langsung di RTM. Memang bukan calang2 sebenarnya bakat yang dimiliki.



Tapi itu bukanlah cerita sebenar yang Julia nak kongsi. Ada ke persamaan antara kami berdua? Jeng jeng jeng.. Ni gambar masa Julia mengandung haritu. Dan lebih menarik lagi, Kak Naemah pun dah mengandung 4 bulan masa tu. Nak dijadikan cerita, masa mula2 saya laporkan diri dulu takde sapa pun datang menyapa. Bila dah setengah jam barulah diorang perasan rupanya yang bagi salam bukanlah Naemah tapi saya. Kata mereka, wajah saya memang mirip Naemah cuma bila tengok betul2, kak Naemah ni memang tinggi sikit dari saya tapi satu persamaan yang pasti, tahi lalat di atas bibir kami letaknya di tempat yang sama..

Azam Bawa Ke Hadapan..

Assalamualaikum semua.. Macam mana minggu pertama 2010? Pastinya masing2 ada azam sendiri tahun ini. Tak kurang juga ada yang azam bawa hadapan. Azam2 bertahun lalu terpaksalah dibawa ke tahun ini untuk dilaksanakan jika diizinkan Allah. Bukan cakap orang lain, saya pun sama jugak. 2010 lebih bermakna buat saya apatah lagi dengan kehadiran hero baru dalam keluarga. Siapa lagi kalau bukan Eddry Mirza @ Muhammad Eddryshah Mirza yang kini dah mencecah usia 2 bulan. Alhamdulillah. Sekejap je masa berlalu. Tup tap tup tap dah masuk kerja balik dalam suasana tahun baru, juga hari masuk sekolah bagi sesi baru untuk anak2. Tapi harini Julia nak berkongsi pasal azam Julia untuk tahun 2010.

1. Menjadi ibu yang penyayang untuk anakanda Nur Zahra Qistina dan Muhammad Eddryshah Mirza juga isteri yang baik kepada suamiku tercayang, Muhammad Shahzil Abu Bakar.

2. Menjadi hambaNYA yang lebih beriman dan bertaqwa.

3. Menjadi pekerja yang lebih dedikasi demi menaikkan nama KLfm.

4. Menurunkan berat badan yang masih tak berapa nak turun ni sekurang-kurangnya 5 kilo dalam masa 3 bulan. Ish ish ish...

5. Cuba resepi2 baru..

6. Menjadi lebih baik daripada semalam

Haa.. itu azam saya. Agak2 berjaya tak iye. Apapun, tak mencuba mana nak tahu kan.. Moga permulaan tahun ini teruslah memberikan semangat sampai ke penghujung tahun nanti. Moga diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia untuk terus bersama dengan orang2 yang dikasihi..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...