Wednesday, October 17, 2018

SYABAS ENCIK PENERBIT

Hai lagi!
Rajin rasanya harini nak update stori mori lagi.
Cuma kali ni bukan tentang anak-anak tapi tentang encik Shuben.








Berapa ramai antara anda yang pernah menyaksikan Hari Kebangsaan secara live? Ya.. itulah juga acara tahunan kami sekeluarga. Cumanya tahun lalu takde rezeki. Stay di hotel berdekatan dengan CM tapi 5.30 pagi dah penuh!!!! Unsangkarable sangat.

Waktu tu mia baru setahun so kami decide untuk menonton dari tepi tingkap dan depan tv sahaja kaedahnya. Ya memang seronok dapat bawa anak-anak merasai bertuahnya berada di Malaysia ni. Masih aman walaupun ada anasir yang cuba mengganggu gugat kemanan sedia ada.

Ok tu last year. This year nak stori tentang Hari Kebangsaan 2018 yang diadakan di Dataran Putrajaya. Encik Shuben ditugaskan sebagai penerbit pula. Menjadi penerbit untuk acara ini bukan mudah. Berpuluh kamera perlu diletakkan dilokasi yang tepat. Beminggu-minggu juga recce dan mesyuarat perlu dihadiri dan berhari-hari juga raptai perlu dilakukan.

Mulanya besar hati nak stay di kuarters lama kami since belum diserah lagi. Tapi memandangkan kesibukannya bukan sedikit, so kami decide untuk jadi penonton setia depan tv sahaja kali ni.

5 pagi dah keluar rumah. Bertugas penerbit bukan mudah kerana perlu berkomunikasi dengan pasukan penerbitan yang bukan sedikit bilangannya. Tambahan bekerja bersama pihak tentera dan protokol JPM yang mengendalikan acara besar ini bukan enteng tanggungjawabnya.

Hasilnya, alhamdulillah memang SUPERB! Tak pernah kan tengok shot dari dalam jet dan kali ini ada! Memang osem sangat! Syabas encik shuben and team! We really proud of you!

No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...