Wednesday, October 17, 2018

OH IMPIANA













































Sengaja kali ni nak belanja gambar lebih sikit. Nak share kisah percutian kami dalam KL aje. Hehe
Takpelah dalam KL pun asalkan quality time bersama keluarga.
Kami stay di Impiana KLCC. 

Apa yang best?
Vie memang lawa especially malam. Lawanya lampu LED Four Season Hotel tu. Tambahan lagi malam tu ada konsert hari kebangsaan di KLCC. So ada bunga api tengah malam tu. Weeehooo memang cantik sangat. Adalah 10 minit juga pecikan bunga api mewarnai tengah malam di Kuala Lumpur. Yang tinggal cuma Zara, Emir, Mia dan Abah belum tidur dan dapat tengok bunga api. Sorry tak dapat nak share video tu sebab over limit plak.

Secondly, jalan kaki je nak ke KLCC. Siangnya kami lalu tepi taman atas Aquaria tu dan melewati Mandarin Hotel. Sibuk dengan persiapan konsert malamtu. Baliknya kaki rasa nak terkehel so jalan lalu bawah pula. Kami makan di Food court KLCC. Murah pula harga Tenpayaki di sini berbanding si Alamanda. Dalam pada dekat lapar balik juga bila dah sampai hotel.

Sebelum balik kami sempat menonton wayang. Setelah sekian lama tak ke panggung, ahad tu kami sebatalion serang hantu kak limah. Mukhriz dah pesan, kalau tgk filem tu dia akan tidur dan pejam mata. Hahaha. Memang betul sebab dia dok menyorok disebalik jemari. Takut beno anak bujang sorang ni. Mia nasib tak meragam sebab separuh jalan dia dah 'gone'. Krem jugalah mama pangku mia sampai habis movie.

Apa yang tak best?
Dalam pada best, ada juga yang tak best.
Hotel Impiana KLCC tak berapa mesra pengguna sebab hanya satu kad dibekalkan kepada tetamu. Jenuhla turun tengah2 malamtu nak ambi abah di bawah baru selesai tugasan di KL Convention Centre. Habis gelap gelita satu bilik dengan aircond semua kena mati sebab hanya satu access card diberikan. Ermm memang gilos rasanya takde hotel lagi yang buat begitu. At least dua yeslah kan. Nasib zara dah besar dan boleh jagakan adik kejap dalam keadaan gelap gelita tu.


 


No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...