Thursday, March 19, 2009

XKLUSIF BERSAMA JUTAWAN INTERNET



2 Mac lalu merupakan edisi pertama untuk rancangan Xklusif Bersama d' KLfm terbitan Julia khusus untuk pendengar KLfm. Bukan senang nak mengumpulkan selebriti-selebriti ni tau. Ada yang ok, last minute sampai sudah call tak dapat dan ada juga berminat cuma clash dengan jadual. Menariknya dalam Xklusif Bersama ni, bukan hanya menghimpunkan artis tetapi juga usahawan, novelis, dj terkenal dan paling istimewa Angkasawan Negara.

Untuk edisi pertama sengaja dijemput Jutawan Internet, Irfan Khairi. SapAidia yang tak kenal jutawan kacak yang menjadi jutawan pada usia 25 tahun! Kecik je orangnya tapi dah berkahwin tau.. dan mempunyai empat orang cahayamata. Orangnya sangat peramah dan mudah didekati. Saya mengenali Irfan menerusi Facebook, malahan menjemputnya untuk datang ke konti pun hanya menerusi FB.

Perkongsian menarik pastinya bagaimana untuk menjadi jutawan seperti beliau. Dengan modal yang kecil dan usaha berterusan, beliau berjaya menjadi jutawan dalam masa 3 tahun! dan kini terus berkongsi tips dan ilmu bagaimana untuk menjadi jutawan internet seperti beliau.

Kalau anda baca buku tulisannya - Rahsia Jutawan Internet Terbongkar, anda bakal mengetahui mengenai 4 langkah memulakan perniagaan, bagaimana untuk mengelakkan kegagalan dalam perniagaan internet dan paling penting 36 rahsia yang perlu anda ketahui!! Dari seorang penjual kad raya ketika belajar di ITM, kini namanya cukup dikenali.. dan terbaharu, jadi pakar goreng gitar pulak. Bukan sebarang goreng tau. Dr. Irfan kini mula berjinak-jinak dalam bidang hiburan pula bersama kumpulan Razzi.Muz.Ik. Kombinasi Razi, Mustafa dan Irfan Khairi sendiri. Cayalah bro!

1 comment:

Unknown said...

Sekarang ni macam2 jenis Jutawan ada. Yang tak tahan tu Jutawan Segera.. Macam Mee Segera, kejap ada, keja tak de..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...