Monday, March 30, 2009

XKLUSIF BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA





9 Mac lepas, Xklusif Bersama d' KLfm menampilkan Tokoh Maulidur Rasul 1429H, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Al MAsrie, Angkasawan Negara istimewa sempena sambutan Maulidur Rasul 1430H. Walaupun hari cuti, Julia tetap bertugas sebagai penerbit dan penyampai. Bangga sangat dapat menemuramah beliau dan berkongsi pengalaman ketika berada di angkasa, perancangan dan kisah cinta.. Lebih menarik, ini kali pertama beliau ditemubual di stesen radio milik kerajaan. Tambahnya, akan muncul jurnal yang mengetengahkan segala yang dilakukan dan catatan yang belum pernah dikongsikan sebelum ini ketika menyertai misi sulung negara ke angkasa. Tercatat sebagai angkasawan paling sihat selepas kembali ke bumi, antara pengalaman menarik di angkasa termasuklah solat dalam keadaan kaki terikat, menelan selepas menggosok gigi dan banyak lagi. Jadi kalau nak tahu, nantikan buku terbaru yang bakal berada di pasaran tak lama lagi.. untuk anda yang berminat boleh emel ke sheikhmuszaphar@gmail.com.


















No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...