.jpg)
Hai.. lama juga rupa-rupanya tak update blog ni. Apapun, terima kasih untuk semua yang rajin singgah. Sabtu lepas, 15 Nov 2008 , sehari saya berkampung di Kompleks Konvensyen CIDB untuk program radio di lokasi sempena Pertandingan Kemahiran Asean ke-7 2008. Sempat jugalah pusing-pusing untuk menyaksikan kehebatan peserta2 dari negara Asean, termasuklah Malaysia menunjukkan kehebatan dalam 19 kategori kemahiran yang dipertandingkan. Memang gempak! Dan lagi, dapat menemubual Menteri Buruh dan Transmigrasi dari Republik Indonesia, Bapak Menteri Erman yang cukup mesra orangnya. Lebih seronok bila terjumpa pulak member sama-sama di UiTM dulu dan pernah juga sama2 bekerja di Siversports, kini dah bertugas di CIDB. Cayalah Ida. Tahniah untuk Malaysia yang berjaya menjadi Negara terbaik bagi kategori Elektronik Industri serta meraih enam pingat emas dalam kategori teknologi automobil, bricklaying, electrical installations, elektronik industri dan plumbing. Moga dapat menjadi contoh terbaik dalam melahirkan modal insan yang punyai kemahiran tinggi dan berkualiti pada masa depan.
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)





