Tuesday, November 4, 2008

A MAN WITH POWER

Datuk Dr. Sheikh Muzaffar

Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir

Mantan Menteri Besar Selangor yang disanjungi.. Muhammad Muhammad Taib

Faizal Tahir.. Zam Zam Ala Kazam.. Terbang!!

Bertemu mereka, bukan mudah namun setiap seorang punya kualiti sendiri.

Dr Sheikh Muzaffar - Angkasawan pertama negara yang menjadi idola rakyat Malaysia. Sebelum menjadi angkasawan, memang rajin juga mengikuti perkembangannya menerusi majalah. Seorang yang punya kelebihan dari segi latarbelakang pendidikan, budi bahasa dan kerja yang baik, cukup sesuai menjadi idola remaja kini yang semakin alpa mencari jalan sendiri. Sempat juga bergambar ketika rakaman program isu terbitan team Bicarawara RTM baru-baru ni.

Mukhriz Mahathir - Tun Dt Mahathir terus menjadi idola saya meskipun tidak lagi menjadi PM. Apapun, semangat dan kepimpinannya masih lagi diwarisi anak-anak. Datuk Mukhriz seorang yang sangat merendah diri dan peramah. Tegas dalam menegakkan prinsip dan pendirian. Tahniah, baru dapat baby girl..

Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib - Mantan Menteri Besar Selangor yang saya kagumi. Kami dikehendaki berbaris panjang dengan pakaian uniform lengkap Kadet Bomba ketika beliau melawat SMK Rantau Panjang dulu. Meskipun berpeluh, tapi keramahan beliau bersama penduduk kampung dan murid2 ketika itu memang saya kagumi. Lebih menyeronokkan bila beliau kembali dalam arena politik.. Selamat kembali berbakti kepada rakyat.

Faizal Tahir - Penyanyi dengan bakat besar. Meskipun kurang sembang ketika sma-sama di UiTM dulu, tapi beliau memang berbakat. Sejak dengan Mirwana. Lagu yang beliau pernah nyanyikan di Mass Comm Nite dulu.. More Than Words versi akustik. Gempak! So, good luck Faizal!

2 comments:

black_canary said...

apa nak cakap ye....kadang2 kita tahu apa yg org tak tahu...so baik kita diamkan diri..tetapi ada diantaranya mmg menjadi idola..tapi biarlah RAHSIA...tak kuasa I...

MrsWebmaster said...

hehe.. ala, setiap orang ada kisah hitamnya. bak kata pepatah, mana yang baik dijadikan panduan

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...