Tuesday, November 18, 2008

SEHARI DI CIDB



Hai.. lama juga rupa-rupanya tak update blog ni. Apapun, terima kasih untuk semua yang rajin singgah. Sabtu lepas, 15 Nov 2008 , sehari saya berkampung di Kompleks Konvensyen CIDB untuk program radio di lokasi sempena Pertandingan Kemahiran Asean ke-7 2008. Sempat jugalah pusing-pusing untuk menyaksikan kehebatan peserta2 dari negara Asean, termasuklah Malaysia menunjukkan kehebatan dalam 19 kategori kemahiran yang dipertandingkan. Memang gempak! Dan lagi, dapat menemubual Menteri Buruh dan Transmigrasi dari Republik Indonesia, Bapak Menteri Erman yang cukup mesra orangnya. Lebih seronok bila terjumpa pulak member sama-sama di UiTM dulu dan pernah juga sama2 bekerja di Siversports, kini dah bertugas di CIDB. Cayalah Ida. Tahniah untuk Malaysia yang berjaya menjadi Negara terbaik bagi kategori Elektronik Industri serta meraih enam pingat emas dalam kategori teknologi automobil, bricklaying, electrical installations, elektronik industri dan plumbing. Moga dapat menjadi contoh terbaik dalam melahirkan modal insan yang punyai kemahiran tinggi dan berkualiti pada masa depan.

5 comments:

black_canary said...

betul...lama betullah...(tapi lama lagi yg aku punya blog..hampir nak bersawang dah)...cdg mmg nak pergi..tapi kerna ada kerja yg menanti..terpaksalah mendahulukan kerja ...

MrsWebmaster said...

rugi bro tak datang. Tapi kalau nak tahu, part pertandingan kemahiran urut mengurut lebih ramai org yang nengok berbanding lain

kakzie said...

ila pi tak jumpa ju..kak zizah n kakzie jer ade tp segan nak tegur depa..ila tgk gak situ ju..mana tak ramai tukang urutnya perempuan yg kena urutnya lak lelaki..lak tu dah pamer tak leh snap gambar ada pengunjung degil snap juga

MrsWebmaster said...

yang ramai menengok je ila. Lagipun dia macam2 projek., tang ramai tu masa relaxing massage punya acara. Akhirnya Spore yang mengurut dengan gaya taici dapat emas, malaysia dapat gangsa. takde pemenang silver

YanDarwisy said...

Bukan main sibuk ko la ni...x per. jumper peminat sesekali erk!

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...