Wednesday, June 11, 2008

PERARAKAN PANJI2 SPB



Tak sangka kali ini dapat menjadi pengacara untuk Majlis Mengarak Panji2 Agong sempena Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke-13 di Dataran Merdeka, 7 Jun 2008 Lalu, bersama Dj Ewan dari Klasik Nasional. Kalau zaman kecil2 dulu memang tak pernah ketinggalan nak menontonnya di tv, kali ini, semuanya di depan mata.


Tapi, bukan mudah menjadi MC acara rasmi sebegini. Paling penting, komitmen untuk menjayakan beberapa siri raptai sebelum hari sebenar. Seawal jam 6.30 pagi memang dah kena ada, almaklum sajalah acara dikendalikan sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia. Ketepatan masa penting.

Kalau ikutkan, ini bukan kali pertama jadi MC untuk Agong, pernah dulu untuk Pertandingan Golf Di Raja ketika Sultan Perlis menjadi SPB YDPA.

Komitmen dengan tugasan penerbitan BKN08 selain mengurus si kecil seawal pagi dah keluar rumah, sedikit mengikat masa yang terluang. Kesian si kecil Zara. Apapun, alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan mereka puas hati. Itu sudah cukup, dapat meneruskan tugas pada petangnya untuk BKN Zon Tengah di RTM pula. Terima kasih kepada Mejar Zahrull, Encik Aziz dan Kapten Liyana.


Tuesday, June 10, 2008

KAK SENAH RATU KEBAYA


Agak lambat nak menghantar cerita-cerita terbaru tapi kugagahkan juga. Macam-macam jadi. Masuk harini, dekat 5 bulan pc ku masuk ICU. Lepas 'terkejut' dengan electric failure kat pejabat, terus koma. Sehari dua je baik, koma balik. Jenuh juga jadi nomad pusing satu pejabat pinjam pc untuk buat kerja. Nasib baik jugalah Abang Dave kita kat Ganu buat SUKMA, bolehla guna. Thanks Bro! Itu sebab jugalah kenapa blog Julia ni sunyi binti sepi seketika, disamping kesibukan dah tahap extravaganza..
Apapun, 26 dan 27 ada bengkel khas untuk kami. Memang ada perubahan besar jugaklah Julai nanti. Masih belum confirm, tapi Julia penerbit untuk Salam Interaktif. Lebih ruang jugalah untuk produksi lain dan kerja-kerja di pejabat. Kalau nak tau, kenalah tunggu Julai ni.
Namun, khabar bahawa Kak Posh akan ke Miri, sedikit menghilangkan segala kegembiraan. Kak Senah Ratu Kebaya @ Jiran Sebelahku.. Tawaran untuk ke Miri tak harus dilepaskan apatah lagi naik setingkat lagi dalam kerjaya. Peluang datang bukan selalu.. Itu yang kuberitahu Kak Posh. Berat juga hatinya nak meninggalkan keluarga dan rakan-rakan yang bagai keluarga di Klfm. Pengalamannya bukan setahun dua. Dalam ketegasan wajahnya, Kak Posh punya sejuta kelembutan tersembunyi.. Bila dah mula buat lawak, dialah juga yang menggembirakan suasana. Jarang sekali ada riak duka dipamer diwajahnya.
Mula2, Adi pergi, hilang watak kecil kawan si Jeton dalam Drama Raya Oh Raya. Kemudian rakan baikku, Jeha yang juga menemui cinta baru - dalam bidang perguruan. Dalam drama kahwin dengan cikgu Pian, realitinya, tercapai juga cita2 menjadi pendidik. Selepas Jeha, Cikgu Pian @ Kroll pula ke Muzik FM. Kini giliran Kak Senah pula..
27 Jun, kami bersama-rakan di KLfm mengadakan majlis Farewell untuk kak Posh serta sambutan 'belated beday' untuk Julia, Nik Aida, Azlan dan Abang Ammir in The House - Terima kasih kepada Mr Ho yang sudi menaja makan tengahari kami di Tupai2. Turut hadir, Kak Prema yang ayu, Tengku Idris dan Bro Kassim Lee. Memang meriahlah hari itu.. Seronok dapat menghabiskan waktu berbaki dengan kak posh. Yelah, Esoknya, 28hb Julia dah cuti, adik ipar kahwin di SP.
Masih ingat lagi kad beday pertama yang Julia berikan untuk Kak Posh. Waktu tu, takut2 juga nak bagi.. Yelah.. Kak Posh ni macam garang je. Tapi tak sangka sampai sekarang kak posh letak di boaerd. Terharunya.. Betapa tinggi penghargaan untuk hadiah sekecil itu. Terima kasih Kak Posh, hadiahkan Zara dengan teddy bear pink.. Bukan main seronok lagi sikecil zara.. Untuk Kak Posh, selamat bertugas di tempat baharu.. Jangan lupakan kami. Balik nanti, tengok Zara dah besar, dah boleh main Pok Amai2..

Friday, May 23, 2008

PENING2 LALAT

Hai semua.. Hari ini suara Julia ke udara pagi Jumaatmenggantikan Dj Dave yang sedang kursus. Selalunya bersama dalam SanaSini jam 2 petang kan.. Nak dijadikan cerita, minggu ni agak sibuk buat Julia. Selain persiapan menjelang Pertandingan Bintang Klasik Nasional Zon Tengah 7 Jun depan sebagai penerbit, minggu ni juga Julia menggantikanDave untuk Info Sukan setiap jam 9.30 pagi.

Lama rasanya tak buat laporan sukan. Yelah.. zaman wartawan sukan dah lama Julia tinggalkan semenjak berada di KLfm ni. Apapun, sukan masih tetap di hati walaupun cinta terhadap dunia penyiaran radio lebih mendalam.. cabangnya tetap sama. Jam 6.30 pagi dah keluar rumah dan balik agak lewat keana suami pun duty sampai malam untuk program2 Bicarawara seperti Bersemuka dengan Media, Bersama Menteri, Fast Foward dan Fenomena Seni. Kesian si kecik Zara. Bangun pagi ala2 mata malu2 nak buka. Ngantuk lagi anak mama. Sampai di rumah Kak Ita terus sambung titun. Biasanya petang akan jumpa Zara untuk menghantar bekalan, jumpa balik dah malam.. Sian si kecik Zara. Bak kata atuknya.. membesar atas jalan.

Dan lagi sibuk juga nak menyiapkan hantaran adik ipar yang akan menamatkan zaman bujangnya sabtu ini dengan pasangannya dari Hulu Langat. Mak mertuaku sekeluarga pun dah sampai pukul 2 pagi tadi. Dapatlah tengok Squad Barrel adik ipar sendiri.. Yang sedihnya, tak dapek nak pergi ke majlis kahwin bekas rakan setugas, Dj Kroll di perak ahad ni. Selamat pengantin baru, moga kekal bahagia ke akhir hayat..

Wednesday, May 14, 2008

APESAL AGAKNYA?

Hai semua! Kalau tengok blog ni macam plain je akhir2 ni tanpa gambar terbaru, janganlah terkejut. Sebenarnya, entah berapa puluh kali dah cuba untuk upload gambar tapi ado.. Entah ape ke masalahnya, idoklah dapat dikenalpasti. Apapun, sabar itu separuh daripada iman.. Dapat je upload, ebrbakul2 gambar yang dah terperap ni akan dapat kita sama2 tengok yea... Adios!!

BINTANG KLASIK NASIONAL

Lamanya tak update blog ni kan. Bukan maleh.. cumanya teramatlah sibuk tahap gaban dengan kerja-kerja lain termasuklah Ujibakat Bintang Klasik Nasional bagi kawasan tengah - WP Kuala Lumpur di Pasar Seni, Kuala Lumpur 26 April lepas. Ada yang bertanya, kenapa KLfm yang buat ujibakat sedangkan namanya Bintang Klasik Nasional. Sebenarnya, bukan hanya KLfm tapi semua stesen negeri ada buat ujibakat. Fuhh.. memang ramai yang datang berbanding tahun lepas. 180 peserta semuanya. Itupun kaunter tutup awal dan peserta yang hujung pun tak sempat melaram lama dengan baju glemer di pentas.
Apa2 pun, kita tengoklah nanti siapakah yang berjaya yea. Harap2 macam bintang kita tahun lepas.. juara lelaki merupakan wakil dari KL - Muhaizam.. Tahun lepas jaga juri je tapi tahun ni alhamdulillah diberikan kepercayaan untuk jadi Penerbit pulak. Sekarang ni pula tengah sibuk menguruskan pertandingan BKN08 peringkat zon - KL, N9 dan Selangor Jun depan. Peserta tahun ni memang gempak2 dan berbakat. Banyaklah urusan kecil dan besar nak kena tengok2 takut terlepas pandang. Apapun mentorku, Kak Long @ Kak Zah dan Kak Posh tetap ada untuk membantu juga tak lupa rakan2 dj lain. Tengkiu my pren.. Adios!!!

Wednesday, April 16, 2008

BERMULA SEBUAH KEHIDUPAN ANAK KECILKU

13 Februari 2008
Hari ini hari kedua untuk puteri kami. Lena lagi anak mama ni. Nurse dah siapkan air suam untuk lapkan badan zara.. Dalah kesakitan yang masih terasa, perlahan-lahan ku belajar memandikan zara. Kecilnya tapak tangan dan kaki, beginilah juga mama dulu. Betapa besar kasih ayah dan ibu yang membesarkanku. Kalaulah emak masih ada.. pastinya dapat melihat cucu perempuan mak.. Masuk 10 tahun emak pergi meninggalkan kami, betapa pantas waktu berlalu, aku pula kini bergelar ibu.. Sayu rasanya..
Suami datang bersama keluarga mertua dari Kedah. Bukan main seronok lagi mereka. Manakan tidak, cucu sulung katakan.. Paling seronok, suami datang dengan 2 jambak bunga yang besar. Cantik sangat sangat. Ros merah jambu yang sangat cantik warnanya dan satu lagi ros merah dan bunga lili. Abang memang insan paling memahami.. Terima kasih bang. Cantik sangat.
Sampai di rumah, bermulalah episod berpantang. Makan nasi dengan ikan singgang, lada hitam tumbuk dengan kunyit dan halia menjadi santapan.. Mandi pula dengan air bercampur halban dan serai wangi. Hanya mengharapkan kasih ibu mertua. Kalau emak masih ada..
15 Februari
Baru empat hari ebrsalin terpaksa travel jauh, 'outstation' ke Sungai Petani. Mak mertua jaga ketika berpantang. Terpaksalah bawa perlahan. 6 jam baru sampai. Aduhai.. Bermula episod mata lebam, berjaga malam. Kasih suami dan ayah, suami balik setiap hujung minggu untuk jenguk zara dan mak dia sekali...

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...