Friday, August 8, 2008

DETIK GEMILANG SUKAN OLIMPIK BEIJING 08

Sukan Olimpik 2008 atau secara rasminya dalam bahasa Inggeris: Games of the XXIX Olympiad (Sukan Olimpiad XXIX) berlangsung pada 8 Ogos 2008 hingga 24 Ogos 2008. Upacara perasmian akan bermula tepat pada jam 08:08:08 pm CST (12:08:08 UTC) di Stadium Nasional Beijing, Beijing, Republik Rakyat China. Ini merupakan kali pertama China menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, serta kali ketiga bagi negara Asia, selepas Tokyo 1964 dan Seoul 1988.

Terdapat banyak acara sukan yang akan dipertandingkan di luar Beijing iaitu bola sepak (di Qinhuangdao, Shenyang, dan Tianjin), ekuestrian (di Hong Kong), dan kapal layar (di Qingdao). Ia merupakan Olimpik yang ketiga yang dianjurkan dua negara NOC berlainan (Hong Kong dan tanah besar China menganjurkan Olimpik bersama).

Beijing dipilih sebagai tuan rumah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 13 Julai 2001. Logo rasmi temasya sukan (dinamai "Beijing Menari") menyerupai perkataan (pinyin: jīng, ibu kota), iaitu satu kependekan bagi bandar raya Beijing. Sukan Beijing 2008 mempunyai lima maskot, yang dipanggil "Fuwa", dan melambangkan kelima-lima warna logo Olimpik.

Temasya sukan ini melambangkan pertumbuhan ekonomi China masa kini yang pesat, serta kebangkitan semula China sebagai kuasa besar dunia.Namun, terdapat juga bantahan daripada warga dunia tentang isu pencemaran alam sekitar, rekod hak asasi manusia China yang buruk,serta isu perjuangan kemerdekaan Tibet, iaitu perkara yang boleh dikatakan melanggar prinsip-prinsip Sukan Olimpik.


SELAMAT BERJUANG UNTUK SEMUA ATLET MALAYSIA!!!!!! MALAYSIA BOLEH!!!

'CLOSE-UP' FINALIS AKHIR BKN08

SEPERTI sedia maklum, Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 bakal menemui anda 10 Ogos ini. 12 peserta kesemuanya, 6 lelaki dan 6 wanita dari enam zon beradu bakat untuk dinobatkan sebagai juara tahun ini. Dua peserta dari Zon Tengah - dari Kuala Lumpur, Alif dan Sabihah juga tidak ketinggalan menerima tempias debaran akhir ini. Jangan lupa menyaksikannya secara langsung di RTM1 dan Klasik Nasional! Jangan lupa doakan kejayaan mereka nanti! Ini antara VT yang dirakam khas untuk anda..


Tuesday, August 5, 2008

CUBA TEKA UNTUK MENANG HADIAH



Siapa agaknya lelaki ini? Kalau anda berjaya 2 orang yang meneka dengan tepat siapa lelaki ini, hadiah misteri istimewa daripada saya akan dihadiahkan untuk anda! KLU: Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Mehla teka!!!

Tuesday, July 29, 2008

FAMILY DAY @ GENTING

Sukanya dia..

Aiii.. blur je muka.. Ngantuk le tu

Singgah Venice jap

Tak sabar nak titun..

Lamanya gondola nie

Cak!! Minum petang..

Bulatnya mata.. Tengok ape tu?

Seronok sangat sampai tercabut puting tu

Sabtu lepas, 26hb Julai kami sekeluarga ke Genting Hinghland untuk Hari Keluarga tempat kerja husband. Yang tak berapa nak syok, hujan sampai ke malam pulak. Tak dapeklah main outdoor (memang tak berapa nak main kat luar pun sebab serem tapi kesian kat adik2 ipar yang nak main).. At last, jenjalan sambil menjenguk2 kasut yang cantik kat Voir.. Seronoknya bila cik abang belikan. Hehe.. Tengkiu. Sempat juga tengok showcase team Dreamz kat pentas utama.. Suka sangat tengok helmet dia yang unik tu.

Yang seronoknya menjelang malam, dapat tengok show DREAMZ.. cayalah! siap ada akrobatik dari China. Kecik2 lagi adik2 tu tapi hebat. dan lagi, of courselah Singa dan harimau putih. Tak dapeklah nak download video kat pc nie.. Nak amik gambo pun lepas satu jea. Xdibenarkan pun.. Sikecik zara pulak, rterpaksa pakai baju berlapis2 takut sejuk. Alhamdulillah balik tak selesema..

Esoknya, sempatlah juga adik ipar main kat outdoor.. lepas geram sebab semalam tak dapek main. Si kecik ni pulak yang kesian sebab tak puas tido. Muka ngantuk jea.. Balik je umah zara qada' tidur.. Dapatlah juga turun dengan skyway lama ke Awana.. Macam bas mini pulak..

STROLLER PINK..

Seronoknya dia..

Jom Abah.. kita pegi pasar

Minggu lepas JCard Day.. Sempatlah abah Zara mendapatkan stroller baru untuk si kecik. Salah satu langkah berjimat, beli barang ketika jualan murah. Tapi janganlah rambang mata walaupun sebenarnya ada sikit2la ketika membeli-belah tu.. Yang pasti, pink tetap jadi pilihan utamaku. Bukan main seronok lagi si kecik.; dok 'reverse' je. Ke depannya idak. Dapatlah mama dia buat kerja lain sementara si kecik main sendiri. Klik untuk banyak lagi gambar zara.


STORI MORI MORNING GLORY

Inilah Liza..

Sempat pose ye kak..

Minggu lepas sempat luangkan masa bersama Liza, wartawan dari portal gua.com untuk sesi temuramah tentang Populariti atau Kualiti? Jeng2.. popular tu idokle kite ni tapi cuba untuk menjaga kualiti ketika siaran dalam segala segi sebagai media kerajaan. So, apa kata anda pulak? Mana lebih penting? Populariti atau Kualiti? Komen.. komen..

Tuesday, July 22, 2008

KARIPAP OH KARIPAP


Masa untuk membuat bunga2 di tepi..

Siap dah..

3 RM 1 yea..

Goreng time

Sedia untuk kena ngap

CUTI sabtu lepas tetiba teringin pulak nak buat karipap. Kentang dan keledek pun dah beli dari Pasar Tani di Putrajaya. So, inilah hasilnya... karipap buatanku.. Laparlah pulek..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...