Saturday, July 30, 2011

31 JULAI vs Perih Perajurit Negara


"Inilah barisan kita Yang ikhlas berjuang Siap sedia berkorban Untuk ibu pertiwi Sebelum kita berjaya Jangan harap kami pulang Inilah sumpah pendekar kita Menuju medan bakti Andai kata kami gugur semua Taburlah bunga di atas pusara Kami mohon doa Malaysia Berjaya.. Semboyan telah berbunyi Menuju medan bakti..........."
Bait lirik Perajurit Tanah Air nyanyian Jamaluddin Alias bagaikan menggigit naluri patriotik seorang insan kerdil, Aku. Tanggal 31 Julai saban tahun pasti menjadi detik penting patriot negara. Detik itulah sambutan Hari Pahlawan bagi memperingati jasa besar sang pahlawan mempertahankan kedaulatan negara. Di perbatasan, darat, laut mahupun udara, Di setiap ceruk pelusuk adanya celoreng hijau dengan baret yang tiap satunya punya erti tersendiri terus bertarung nyawa demi negara. Mereka terus menjadi kebanggaan setiap warga.

Tidak ketinggalan, Insan paling istimewa di hati, Allahyarham Hussain Bin Haji Musran,. Bapak juga berdarah pahlawan. Pernah sama bertugas di perbatasan. Kami anak2 cukup bangga melihat Bapak kami juga pejuang bangsa. Meskipun tidak sampai usia bersara, namun jasa Bapak tetap besar.

Buat semua perajurit bangsa. Terima kasih yang tak terhingga. Buat yang telah terkorban ketika mempertahankan negara, moga roh mereka tenang disisiNYA. Amin..

Friday, July 29, 2011

Bila Harimau Ditambat Singa




28 Julai- KECEWA! Itulah perkataan pertama yang singgah apabila pasukan bolasepak Malaysia, Harimau Malaya gagal membenam Singapura, sekaligus memadam bayangan melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 apabila terikat dengan kedudukan seri 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Singapura menang secara agregat 6-4.

Meskipun tidak dapat merasai kehangatan bersama lautan 85,000 penyokong Malaysia, namun semangat terus membara di depan kaca tv, menonton siaran secara langsung di TV1 bersama pengulas idola, Datuk Haji Hasbullah Awang.

Percaturan Datuk K. Rajagobal nyata belum mampu menewaskan 5 'anak angkat' Singapura yang turun ke Lembah Klang nun jauh dari seberang tambak. Apapun, pujian harus diberikan buat penjaga gawang, Khairul Fahmi yang banyak menjadi penyelamat. Kesungguhannya bersama segelintir pemain yang tampak kebal di padang nyata belum cukup kuat. Para pemain seharusnya mengambil kesempatan bermain di tempat sendiri sebagai kelebihan untuk menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol.

Tapi itulah lumrah. Bola itu bulat. Segalanya boleh berlaku bila di tengah padang. Jentera yang diturunkan tidak kiralah menentang siapa pada masa depan harus lebih ampuh dan lebih bersedia selain kekuatan mental yang padu agar lebih hebat beraksi. Sokongan rakyat Malaysia telah kembali untuk sukan yang menjadi kesayangan sejak sekian lama. Perjuangan sejak hampir 20 tahun berakhir di sini setakat ini.

Syabas buat para pemain yang bermain 100% DEMI MALAYSIA. Safee Sali dan Khairul Fahmi, idola baharu penyanjung Harimau Malaya. Moga bakal lahir Mokhtar Dahari jr. Terima kasih Datuk K. Rajagobal kerana sama meningkatkan adrenalin semangat rakyat Malaysia walaupun tewas malam ini. Aummmmmm.. Wink Wink***

Tuesday, July 12, 2011

Wink Wink-- Floria 2011

12 Julai 2011 - Lamanya tak jumpa di laman maya ni. Oh blog yang ku rindu. eceh... Hari ni merupakan hari ke-4 kami berada di Festival Bunga dan Taman (Floria) Putrajaya 2011. Berlangsung di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.. tema kali ni pastinya bunga kesayanganku, Mawar Untuk Selamanya. Ini bukan kali pertama KLfm memberikan sokongan terhadap penganjuran Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini tetapi bezanya, sepanjang 9 hari kami di sana!! Wahh.. memang rentungismlah gamaknya. Tapi kerana tanggungjawab sebagai Penerbit bagi aktiviti KLfm di lokasi bersama-sama Leez, insyaallah dipermudahkan meskipun terpaksa melupakan konti sepanjang minggu tersebut.

Apa yang hebat kali ni?
1. Bunga Api
Kalau sebelum ni, memang ramai juga yang menjengah pada waktu malam. Tapi kali ni lebih lagi memandangkan perarakan Floral Kementerian Pelancongan Malaysia dan percikan bunga api sepanjang malam hingga tamat.
2. Lebih Selesa
Berbanding tahun lalu, kali ini lebih baik kerana keseluruhan tapak pameran dan jualan telah ditar. Terbaharu, dimaklumkan bahawa ia akan menjadi tapak kekal Floria Putrajaya. Jadi, tiadalah masalah 'berkubang' ketika bersiaran di lokasi.
Lokasi kami tahun ni pun berbeza dengan tahun lalu. Berada di laluan utama pintu masuk, kami lebih ceria kerana dapat lebih dekat dengan pengunjung yang memang sporting.
3. Tandas
Tahun lalu ada dan tahun ini lebih lagi. Lebih besar, lebih banyak, lebih bersih. Tahniah!!
4. Trem / Buggy
2010 saya seronok sangat dapat naik beca juga akhirnya yang didatangkan khas dari Melaka untuk Floria 2010. Kali ni, tak perlu berebut kerana banyak buggy/trem yang disediakan khusus untuk pengunjung. Rakan2 yang drive trem/buggy pun sporting semuanya. Pasti singgah di booth KLfm. ;) Bestlah korang. Siap bawa kami jalan2 dan belanja aiskrim lagi.!
5. Luas, kondusif
Lokasi setiap taman dan venue acara yang lebih tersusun dan variasi untuk pengunjung. 12 taman untuk dilawati. Hebat!! Siap ada Taman terapi lagi tahun ni.
Nak cakap banyak pun tak guna. 9 hari, 9 - 17 Julai 2011 acara berlangsung. Luangkan masa bersama keluarga.. pasti berbaloi. Jangan lupa singgah jumpa kami di KLfm ya!! Wink wink***


Monday, April 25, 2011

Aku dan KL Aktif



uIIIiii... dah lama tak update blog kesayanganku ini. ;) Apa khabar semua? Harap-harap masih setia bersama Juju. Hehehe.. KL Aktif. Ada yang pernah tengok ke rancangan ni?


KL Aktif mula bersiaran pada 30 Ogos 2010 jam 9.15 pagi - 10.00 pagi di KLfm dan Muzik Aktif setiap Isnin, Selasa dan Rabu. Setelah hampir setahun bersiaran, kini KL Aktif bersiaran setiap Isnin dan Selasa jam 9.00 - 10.00 pagi terus menerus di KLfm dan TVi 180 Astro.


Setiap isnin pastinya dengan filem-filem baharu yang bakal ditayangkan di pawagam dan saksikan juga keaktifan Sonic dan Ninie setiap selasa ;) So.. enjoy!!!

Saturday, December 25, 2010

3 Malam di Wad









Lamanya tak update blog ni.. takpelah.. nasib Maher Zain ada. Hehehe.
3 Malam di wad. Ape cerita? 12 Nov lepas, dah masuk 3 hari zara cirit birit dan muntah. Ironinya, adik dan abah pun kena cirit birit. Tapi adik masih juga nak minum susu walaupun tak selera makan. Tapi bila hari Isnin tengok zara pulak yang kena smptom dhirea yang sama,udah... dengan setiap kali nak makan atau minum mesti muntah balik lepas tu.
Cirit birit jangan cakaplah kerapnya. Bila dah masuk 20 kali cirit birit, kami terus bawa ke Hospital Putrajaya. Adik pun dah kami bawa ke klinik.Tapi dr cuma bagi ubat kalau2 muntah.ishish ish..

Tahu jelah kalau di bahaian kecemasan dan dapat pula kad hijau. Sejam tu standard. Tapi bila dah nak masuk 2 jam tak boleh jadik.. terus ke kaunter. Adik tidur. terpaksalah abah temankan adik dalam kereta. Kalau menunggu macam tu punya lama mau mengamuk pulak si kecik. Dalam tempoh menunggu tu, dah 2kali zara cirit dan muntah. Mengemoplah makcik cleaner..

Last2 zara kena amik darah dan sementara menunggu ujian darah yang 2 jam tu, kena pula masuk air. Terkejut MA kat situ bila zara langsung tak menjerit bila masukkan jarum untuk isi air tu. Siap boleh pose lagi. Macam2lah zara ni. dekat kul 10 malam baru dapat keputusan yang zara kena masuk wad sebab kandungan garam dalam badan yang sangatlah rendahnya. Mana tak rendah, satu apa pun tak boleh masuk. Gerenti muntah.

Zara dimasukkan dalam wad pediatrik 2c. Terimbau kembali kira-kira setahun lalu, mama stay di wad 2A selepas bersalinkan adik Mirza. Dan stay pula di wad 2b masa adik Mirza kena Jaundis. Kering dan rentung adik kena lampu biru.

Sesi wajib selepas masuk wad adalah sesi temuramah dan soal jawab. Selalu kita yang menemuramah, kali ni kita pula kena temuramah. Penat juga menjawab ghupenye kan. Hehe. Biasalah, doktor bertugas menjalankan rutin untuk tahu kronologi kes.

Kerana terlalu kerap cirit birit, sampai berdarah najis zara. Tugas paling utama ibu-ibu yangmenjaga anak mereka dalam wad itu ialah menimbang najis anak masing2 dan merekodkan dalam catatan yang dikhaskan untuk setiap pesakit. Tak pernah buat macam tu. Nasib pakai pampers lagi. Baru nak belajar tak guna pampers.

Terima kasih abah yang berulang alik ke rumah ambil barang keperluan mama dan zara. Adik mesti cari mama malam ni..

Sabar nurse kat situ kerana kejap2 terpaksa tekan butangmerah bila zara nak buang air besar. Jasa kalian kami kenang. Nasiblah ada sofa empuk untuk duduk. Tapi untuk tidur faham2 jelah sakitnya pingganhg. Tapi itulah pengorbanan. Nak kata tidur pun tak juga. Selang setengah jam zara akan bangun menangis. Nak tidur balik ambil masa lagi.

Mama tak kisah tak dapat tidur lena tapi kesian sangat dengan anak mama. Bila diingat2 barulah... Kali terakhir kami makan sebelum adik cirit birit ialah di Foodcourt T***O,Setia Alam, Klang. Oleh kerana zara tidur masa kami pergi kenduri kahwin, kami belikan mee goreng untuk zara makan. Mama kunyah dan suapkan adik sikit. Zara paling banyak makan. Bakinya barulah abah yang habiskan. Mama memang tak makan. Padanlah mama tak kena pun. Alahai mee goreng.

Saban hari puaslah memujuk zara makan. Sampaikan zara fobia nak makan atau minum. Semuanya muntah balik!

Di wad, zara dapat kawan. Adam namanya. Bukan main seronok dapat main di taman sama2.. Family mertua dari Sg Petani pun turun jenguk. Almaklumlah cucu kesayangan. Bertambah seronoklah zara.. Terima kasih juga Mak Ngah Ayu, cIK nA dan Auntie Mimie yang sudi menziarah.

Rumusannya: Jangan makan di tempat tu lagi, sebab kata adik, memang pernah ada kes rupanya di situ. Ada pelanggan yang kena keracunan makanan juga macam zara sebelum ni.

3 malam di hospital.. ermmm..

Tuesday, July 27, 2010


"Andai semalam dapat kukembalikan
Pasti senyuman itu kuabadikan
Kerana senyuman bukan untukku hari ini
Kemana agaknya pergi
Mahalnya harga sebuah senyuman
Yang pernah hadir tak diduga sebelum ini
Menghiasi setiap inci hari
Tanpa ada yang berbaki
Segalanya cuba kuterima
Namun masih ku tidak faham mengapa
Adakah diam itu lebih berharga
Atau aku tidak layak untuknya?"
- Kisah sekeping hati nan lara
1058270710

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...