Tuesday, November 25, 2008

MARI MENGHIBURKAN DIRI

Merahnya.. @Mid Valley

Makan kat umah pengantin. Si kecik ni sibuk pulak nak tarik layah pengantin. Kakak kepada adik iparku. Panggil apa ek?

Lapaq ka?

Mamam mama..

Cikedis Mama punya.. Cikedis yang masin.. Harganya dah naik 50 sen

Jalan2 time

Terkejut ke Zara?

I Like To Move It Move It..


Nak tau apa aktiviti saya buat untuk menenangkan fikiran:
1. Main dengan Zara
2. Makan
3. Tengok Wayang dengan Cik Abang
4. Beli minyak wangi

MAIN DENGAN ZARA
Satu aktiviti yang menyeronokkan apatah lagi akhir-akhir ni. Si kecik dah pandai main pok amai-amai sendiri, kalau dulu tepuk peha sekarang dah pandai tepuk tangan. Selain tu, Zara memang suka main Yup Ba.. Pantang menyorok.. tau aja nak main yup ba.. Akhir-akhir ni juga dah pandai buat muka geram ala2 kejung. Entah mana dapat tapi memang kelakar ghopenye. Siap depa2 tangan ke depan. Dan lagi, si kecik dah pandai sambut main Give Me 5! Ada-ada saja gaya kelakarnya. Asal ke dapur, mengikut saja..

MAKAN
Macam biasalah, makanlah aktiviti paling best dan tak best. Yang best sebab mengenyangkan perut sambil boleh pilih apa yang teringin nak makan. Yang tak bestnya, nak mengecilkan apa2 yang dah bertambah inci dek kerana makan ni.

TENGOK WAYANG DENGAN CIK ABANG
Lama tak tengok wayang lepas bersalin, akhirnya dapat juga melepaskan gian tengok wayang. Baru2 ni, dapatlah juga melapangkan masa tengok James Bond - Quantum Of Solace dan Madagascar pada hari pertama tayangan. Walaupun terpaksa berebut dengan adik2 kecik yang tengah bercuti, layan jugak dapat tengok sequel Madagascar ni. Cuma, emo sikitlah sequal ni. Apapun best. Macam tu jugalah dengan citer James Bond yang memang lebih gempak dari sebelumnya.. Cayalah!!

BELI MINYAK WANGI
Saya ni memang suka sangat dengan benda yang wangi2 ni. Dari zaman sekolah lagi. Dan paling best, baru-baru ni beli Midnight Fantasy dari Britney Spears dengan botol biru ala2 diamond lekat2 gitu dan paling best dapat beli set perfume Estee Lauder Pleasure Exotic dan Delight yang bau strawbery tu. Dah alang2 tu dapat gak merembat set make up baru.. Wawee..

TAK TENANG FIKIRAN TU TAK TAULA..

4 comments:

kakzie said...

alahai cuter giler ar anak da'er tuh

IXORAROXI said...

KAK IX kalu suka beli perfume je tapi jarang2 pakai coz kesiankan kawan kat ofis ni, dia tak tahan bau perfume :D

MrsWebmaster said...

Yeke.. Dia alergic ke kek ix? Hai Ila, Zara dah nak masuk 10 bulan tengah bulan depan

black_canary said...

aku bab main dgn anak2 tu sama, bab tgk wayang dgn wife aku tu pun sama..tapi bab beli wangian tu...idaklah kot....aku ni bukannya beruang..ooopp berWANG

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...