Tuesday, November 18, 2008

SATU CERITA, SATU KENANGAN

Ketika Bintang Kecil Zon Tengah baru-baru ini..




Kak Prem yang cool



Antara kenangan2 lama.. nampak ke agaknya?


Bersama Brader Lock @ Locky


Ketika majlis perpisahan Kak Posh



Hari ini masuk 3 tahun 5 bulan saya bertugas di KLfm. Menjadi sebahagian daripada keluarga KLfm merupakan impian sejak dulu. Mula2 masuk saya disangka kembar kak Naemah yang baru sahaja meninggalkan KLfm ketika itu. Bertemu pula dengan seorang yang cukup rajin dan mempunyai komitmen tinggi dalam kerja sehingga diiktiraf untuk menerima anugerah Penyelaras Terbaik, itulah dia Azizah Md. Isa. Tak lama selepas itu, khidmatnya diperlukan di stesen baru yang dikenali sebagai Klasik Nasional sebelum naik pangkat dan berhijrah ke JAKIM dan terkini di Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR).

Perubahan demi perubahan. Noraini Ibnu pula bertukar ke Bahagian Ehwal Awam Radio, Adi dan Kroll ke Muzikfm, dan tak ketinggalan rakan setugas yang selalu bersama mengendalikan 326 (Three to Six - kini dikenali 3KL) bertugas jam 3 pagi dan Ladies Nite - Ezan pula berubah kerjaya dan memilih untuk menjadi pendidik. Cantik bertudung sekarang. Kehadiran Mimie dan Dave pula memeriahkan KLfm selain Nazirah sebelum itu.

Idola saya, kak Preimah yang banyak memberikan tunjuk ajar sejak awal kemunculan pula bersara. Kalau nak tahu, kak prem ni memang istimewa orangnya, selalu menghiburkan hati orang lain dengan apa saja cara. Tak pernah tengok kak Prem bersedih. Terima kasih kak prem..
Kalau dulu Tengku Idris Tengku Din, kini bos kami Puan Fee Lin Chew. Namun dua-duanya memang sporting namun tegas.
Fauziah Zakaria pula berpindah ke Miri kerana kenaikan pangkat. Jauh nun di sana dan terbaharu Loakman @ Bro Lock tukang kunci bertukar ke Bahagian Rakam Khanah (Muzik). Begitulah lumrah kerjaya, yang penting kita sentiasa bersedia untuk belajar perkara baru untuk lebih versatil dan berusaha untuk memberikan yang terbaik di mana sahaja kita ditugaskan. Yang pastinya kenangan bersama mereka semua tak mungkin dapat dilupakan. Nanti saya cuba masukkan gambar2 lama bersama mereka yang selalu dirindu.. Jadi bila Julia dah tak ada pulak di KLfm, jangan lah dilupa yea..

4 comments:

kakzie said...

dj2 radio 3 ibukota yg masih ingat antaranya:sazali said,Noramin,OO..kat mane mereka skrg ni eik..jrg dgr klfm mahupun radio tiga ibukota@RMKL sbb dolu2 ikut arwah akak dgr radio3 shah alam.sesekali jer tune antara segmen yg menarik belajar bahasa.Baru kini dgr klfm sjak kerja ni

YanDarwisy said...

alhamdulillah..lamer jugak ko keje situ erk.. setia orangnya ko ni

black_canary said...

aku kalau 3 tahun tu..dah kira lama dah..dulu aku tak pernah lekat dgn mana2 company lama-lama,kecuali NZ Wheels klang dan kini CCB Batu Caves...mungkin aku mmg sesuai dgn workshop kot..
anyway..tahniah sbb dah jadi org senior dah...

MrsWebmaster said...

yEla.. Thanks ila, teruskan sokongan.. Yan, ingat ko aku mesti ingat lagu 6th sense- tanpa hehehe.. BC, Semoga dapat terus berbakti kepada semua

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...