Tuesday, November 18, 2008

SELAMAT BERTUNANG ANGAH

Inilah Angah Ekin.. bukan Ekin Mawi tau

Say cheese.. Ala, nenek Julia ni tak posing pulak..

Bersama makcik2 Julia

Dapat jugak amik gambar dengan Pak Teh Pahey

Zara dan Auntie Inn 4 bulan lepas

Minggu lepas memang agak letih. Namun, tahniah untuk sepupu Julia, Angan Ekin yang dah mengikat tali pertunangan dengan pasangannya, Ejoy di Bukit Beruntung, Selangor hari Ahad lalu. Seronok sangat kerana dapatlah berjumpa dengan sanak saudara. Untung pandai jahit, baju tunang pun jahit sendiri. Kalau nak tahu, hantaran pun pakcik Julia buat sendiri (Abah Ekin). Wah..

Balik dari sana, terus ambil my best friend, Marina di Marriot Hotel Putrajaya. Tak kenal? Marina ni merupakan wanita Malaysia pertama menawan puncak Everest tahun lalu. Kami dah lama berkawan sejak di UiTM lagi. Sama-sama dengan team Everest UiTM 2004 dan pernah sama-sama dalam Persatuan Kembara Negara (NAA). Apapun, sekarang Marina dah jadi mak buyung. Masuk 8 bulan dah pregnant. Insyaallah due pada 13 Feb 08! Dekat2 dengan beday zara 12 feb.. Lama tak jumpa, sempatlah ajak datang rumah kerana esoknya ada majlis di PICC. Tahniah Inn yang telah dianugerah sebagai Ikon felda, antara 10 orang personaliti lain negara yang menerima pengiktirafan tersebut. Dari zaman belajar kami duduk satu kolej. Waktu masing2 anak dara, kami duduk serumah. Skang, Inn tinggal di Terengganu. Sesekali je dapat jumpa. Tak sempat nak ambil gambar baru-baru ni..

4 comments:

black_canary said...

Selamat bertunang...cepat2 kahwin..nanti ada si zara kawan nak bermain...

MrsWebmaster said...

yela bc, skang kawin ngan kawan2 laki je

YanDarwisy said...

Julie, makin bujang pahie tu erk. Dulu kecik jer mamat tu. Pastu ciwek. Asyik gaduh dgn eddy. ni cousin ko yg mana?

MrsWebmaster said...

ala, nama pun dah bujang. 23 tahun dah umornya. kecik2 ni kalau tak gaduh tak syok tau.. ni anak paman jali aku yang jadik chef masa majlis kahwin aku. yang pening sebab kena masak 7 round!! sian paman aku

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...