Sunday, March 15, 2009

PERGINYA BAPAK UNTUK SELAMANYA .. EP1

Lama sungguh rasanya tidak berkongsi sebarang cerita terbaharu dalam blog ni. Bukan kerana tiada sebarang cerita. Ramai juga bertanya kenapa tak update entry terbaru. Mohon maaf banyak2 kerana blog ini mungkin agak bersawang ceritanya. Yang berubah hanya rupa dan warna. Lama juga sebenarnya nak memujuk hati kembali mencoretkan isi hati selepas pemergian mengejut ayahanda tersayang ke rahmatullah, 11 Februari lalu..
Dunia ini hanya pinjaman, segalanya milik Yang Maha Kuasa. Kun Fayakun... Tidak sesaat pun terlewat andai itu kehendaknya. Rasanya baru semalam ayah yang kami panggil Bapak. 10 tahun selepas pemergian mak kerana kanser, Bapak banyak berubah. Dari seorang yang garang menjadi seorang Bapa yang amat prihatin dengan apa yang berlaku terhadap anak-anaknya. dari kecil lagi Bapak memang sangat mementingkan disiplin. Almaklumlah, Bapak pernah menjadi askar wataniah dulu.. Ketegasan Bapak kadang-kadang membuatkan kami takut. Budak-budaklah katakan.
Masih ingat lagi, tiap kali sebelum tidur mesti bagi salam pada mak dan bapak.. "Tidur dulu mak, tidur dulu pak".. Kalau nak pergi sekolah selepas cium tangan mak ngan bapak, atas basikal mesti jerit.. "Pergi dulu mak, pergi dulu pak, assalamualaikum mak, assalamualaikum pak.." Itulah dialog wajib setiap hari. Tapi paling seronok tiap kali hujung bulan, waktu bapak gaji. Kami bukanlah hidup mewah, namun kami gembira dengan apa yang ada. Tiap kali 25hb, bapak akan keluar awal untuk ambil gaji di bank dan akan balik bagi mak duit. Waktu tu jugalah kalau nak minta apa-apa duit untuk beli buku dan urusan yang penting sahaja. Saya diajar untuk tidak meminta-minta benda yang kurang penting. Bagi saya, saya tidak mahu menyusahkan mak atau bapak sekadar untuk pergi rombongan sekolah, dan keperluan lain yang sedia ada. Kalau ada rezeki lebih, insyaallah ada.. Kalau mak atau bapak kata tak ada duit, saya tak pernah paksa untuk mereka sediakan duit. Teringat lagi kami adik beradik tolong mak buat penyapu utnuk dijual, ambil upah kopek pisang untuk dibuat kerepek, jual buah nangka dan hantar kuih ke kedai. Mak seorang yang sangat rajin membantu bapak menambah pendapatan. Dengan kerja bapak sebagai pemandu lori, kami akur dan bersyukur dengan apa yang ada untuk kami adik-beradik.
Selepas ketiadaan mak, bapak mengambil alih tugas-tugas dirumah seperti membasuh, memasak air, nasi dan lauk dan menyidai baju. Seawal jam 5.00 pagi lagi bapak dah bangun untuk menyiapkan semua itu sebelum pergi kerja. Kami selalu pesan bapak, tak payahlah buat semua tu tapi bapak kata, takpelah.. apa salahnya.
Selepas VSS apabila MISC diambil alih Pertonas, bapak tak pernah duduk diam. Nasiblah abang buka kedai bundlenya, bapak rajinlah ke sana dan berjumpa kawan-kawan lama selain bantu abang. Kiranya, bisnes abang diuruskan sekeluarga, dua orang adik pun ada di sana. Sayangnya, bapak tak dapat berkongsi kegembiraan bila kedai abang keluar dalam rancangan Remaja, 4 hari selepas bapak meninggal dunia. Dan lagi, perniagaan abang di OnoBundle semakin maju dengan pembukaan terbaharu tingkat atas untuk kanak-kanak dan wanita selain pakaian dan anak patung.
Kelahiran Zara memang dinantikan bapak sebagai cucu perempuan sulungdalam keluarga. Bapak selalu kata zara macam anak jepun.. Geram tengok pipi dan mata zara yang membulat.. Kali terakhir jumpa bapak seminggu sebelum tu ketika berkunjung ke rumah abang sepupu yang meninggal dunia selepas seminggu koma akibat kemalangan, rupanya bapak ada tanya pada suami, kenapa tak bawa zara.. rindu. Kami memang dah awal2 hantar zara ke rumah babysitter takut zara menjerit kat rumah tu nanti. Tak sangka pula..
Masih terngiang-ngiang kegembiraan bapak ketika sambutan ulangtahun kelahiran Disember lalu.
Kata bapak.."Wah.. Bapak dah 55 ye tahun ni"
Saya.. "Eh, takdelah Pak, kan baru 54 tahun ni.. tahun depan baru 55.. muda lagi pak"
Bukan main gembira bapak menerima kemeja sutera yang saya hadiahkan, lebih gembira dapat sambut bersama anak-anak..
Isnin, 9 Februari
Hari tu cuti umum, dah seminggu penat bekerja. Cadang nak balik ke Klang tapi Abang pulak ada rakaman hari sebelumnya dan siaran malam ni. Esok, abang akan bertolak ke Perak, siaran Dialog bersama MB Perak yang baru. Bila difikir, terpaksalah import kakak dari klang untuk stay di Putrajaya beberapa hari sementara Abang outstation. Bukan apa, nak drive dari KL ke Klang memang agak seksa untuk menempuh kesesakan tiap-tiap hari di Federal Highway tu bagi pemandu yang jarang memandu seperti saya. Berbanding kalau nak ulang-alik ke Putrajaya thru MEX yang sure tak sesak..
Petang tu Bapak telefon kakak. Setiap hari dari dulu bapak memang akan telefon bertanyakan kakak, dan sempatlah juga sembang dengan bapak petang tu. Bapak pesan, "Jaga diri baik-baik, jangan lupa kunci pintu, Shah tak ada.." tu kata-kata akhir bapak..
Selasa, 10 Februari
Kerja macam biasa harini, lepas konti sempat juga siapkan kerja di pejabat dan buat vo untuk Apa Kata Wanita.. lepas tu KL hujan lebat, terus drive balik ke Putrajaya. Sampai je pertengahan highway panas terang benderang.. Sampai di rumah, kakak ajak balik Klang.. Saya pun cakap, tak payahlah.. penat ni balik kerja. Kakak bagitahu, bapak baru lepas telefon, sempat cakap dengan zara.. bukan main seronok lagi..
Biasanya tiap-tiap malam bapak akan telefon kakak, selepas ambil adik balik kerja atau balik dari kedai, tapi malam tu bapak tak telefon.. Zara pulak meragam taknak tidur. Puas semuanya dikemas, nak kata banyak tidur, tak juga..

** NANTIKAN SAMBUNGAN DALAM ENTRY SETERUSNYA DALAM EP.2

6 comments:

black_canary said...

Sempat bersembang dgn arwah masa majlis rumah terbuka kamu dulu Ju...wife aku pun terkejut..tapi kita hanya merancang..Allah jugak yg menentukan...Al-Fatihah

MrsWebmaster said...

Bro BC... Yelah, sembang kat luar kan.. sempat jugaklah arwah datang ke rumah..

Mr said...

bersabar lah ye wahai sahabat ku Julia..setiap yg datang akan pulang..kita jua pun akan begitu..cuma masanya kita belum mengetahui..

-nd

www.djndklfm.blogspot.com

Kerabat Sahabat Kajang Berlipat said...

Moga Ju tabah menghadapinya..

YanDarwisy said...

Sabar Julie, aku x tahu mcm maner nak citer perasaan kita bila org yg kita sayang pergi jauh meninggalkan kita. Aku rindu arwah abah aku....

MrsWebmaster said...

ND: Alhamdulillah semuanya dah semakin ok sekarang walaupun aku kadang2 tiba2 menangis sorang kerana terlalu rindukan arwah.
ABGKAJANG: Terima kasih..
YAN : Kau lebih dulu merasa dari aku bezanya aku kehilangan keduanya kini.. sunyinya Yan.. Takde siapa lagi untuk aku panggil Bapak.. Betapa rindunya hanya kita dan Allah saja yang faham kan Yan..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...