Monday, March 30, 2009

SAMBUTAN HARI LAHIR DAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAMI











Ayah Dan Ibu

"Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami

Dapatlah melihat bulan dan
Matahari Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk
ajar dan Nasihat Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat"...




30 Mac 2009 - Lagu ini membuatkan saya mengalirkan airmata ketika dikeudarakan di Klfm ketika bertugas dalam Salam Interaktif hari ini. Hari ini genap usia saya 28 tahun. Syukur kerana masih diberikan hayat untuk bernafas di bumi ini disamping suami dan anak tersayang.. Masih teringat kata-kata Datuk Dr Haji Mohd Fadilah Kamsah, ramai dikalangan anak-anak terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu yang melahirkan.. jadi ucapkanlah terima kasih ibu kerana melahirkan saya ke muka bumi.. pasti ibu anda akan terasa amat dihargai.. Meskipun kini emak dah tiada, hanya doa dipanjatkan moga roh emak yang mengandungkan sembilan bulan dan melahirkan saya tepat 6.45 pagi 28 tahun lalu, menyusukan dan membesarkan.. juga Bapak yang bekerja keras siang dan malam mencari rezeki demi membesarkan kami 6 beradik, dicucuri rahmat, dipermudahkan segala urusan dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Selamat ulangtahun perkahwinan ke-2 buat suami tersayang, Muhammad Shahzil Abu Bakar. yang buat kejutan dengan sedozen ros merah di pejabat.. suka sangat2!! Terima kasih atas sepenuh kasih sayang dan menantikan detik bahagia orang baru insyaAllah awal November ini. Juga anakanda tersayang, Nur Zahra Qistina yang memberikan mama seribu kegembiraan. Tak lupa juga semua warga kerja KLfm dan Sahabat2 KLfm yang membuat ucapan untuk Julia..

Ini dia gambar eksklusif sambutan sederhana ulangtahun perkahwinan dan hari lahir Julia di Coffee Bean.. di mana? hehe double check yeaaa.... Adios..













1 comment:

black_canary said...

lagu sudirman kan...ia mempunyai senikata yg menusuk kalbu..
anyway selamat hari lahir..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...