Friday, July 29, 2016

38 Minggu. Ku sudah sado.

Assalamualaikum..

Hola!

Eksklusif di blog kesayangan saya ni, saya upload pic latest saya dalam keadaan sado. 

Minggu ni dah 37 minggu usia kandungan anak kelima. Makin berdebar rasa sebab bila-bila masa sahaja insyaallah kami akan dikurniakan orang baharu dalam keluarga.

Kalau ikutkan sejarah abang dan kakaknya semuanya lahir awal. Terbaharu scan 36 minggu, berat baby dah 2.9 kilo.

Ramai menegur di tempat kerja.. kembar ke? Hheehe.. taklah. Memang cengginilah saya pregnant. Memang besar. Berat sekarang dah 86kg. Sado tak? Mau tak sado.

Doakan saya dapat melahirkan anak yang sihat dan sempurna. Macam tak caya anak dah masuk lima dalam usia 35 tahun ni. Syukur alhamdulillah.

Bahagianya rasa tengok anak-anak membesar kerana suatu masa nanti anak-anak akan membesar dan mama, abah semakin tua.

Ada juga suara-suara sumbang. 

"Ko ni takde kerja lain ke? Mengandung je. Pada saya, rezeki ini Allah yang beri. Ramai inginkan zuriat tapim macam-macam usaha dibuat masih belum dikurniakan zuriat."

Biarkanlah apa kata orang. Ada anak orang mengata. Tak ada anak pun sama juga. Tak tambah anak pun tak berhenti bertanya. So.. biarkan.

Semoga kebahagiaan ini berkekalan sampai bila-bila.

Wink Wink


No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...