Wednesday, July 20, 2016

JujuKitchen : PUDING ROTI in the house

Assalamualaikum..

Harini Juju nak share satu lagi resipi yang selalu Juju buat untuk anak-anak, potluck opis dan potluck sekolah atau tadika anak-anak. Alkisahnya saya sendiri tak berapa reti nak makan sebab ikut sejarah pertama kali makan dolu-dolu bau telur yang amat-amat kuat. Sampai la ni teringat.

Resepi PUDING ROTI by JujuKitchen ni sangatlah sesuai untuk anda yang sukakan menu simple tapi aum rasanya. Ate tak caya kenalah cuba.

PUDING ROTI
Bahan-bahan:

8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (dicairkan)
Kismis
Badam Cincang

Masukkan susu segar, gula halus, telur dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacaukan sebati. Saya guna mixer je tapi jangan sampai kembang mambang pulak terlur tu na. Cukuplah sekadar pecah elok.. sebati dan mesra gitu. Guna whisk pun bole juga. Takde masalah.

Carikkan roti. Tapi kalau saya suka gunting elok-elok roti tu biar cun melecun susun kang. Masukkan dalam bekas adunan dan biarkan terendam dan meresap sekejap. Masukkan pula mentega yang dah dicairkan serta sedikit kismis ke dalam bekas tadi. Gaul-gaul manja sket.

Sapukan sedikit marjerin/mentega dalam loyang membakar. Tuangkan roti yang direndam tadi dalam loyang pembakar. Taburkan kismis dan saya suka badam cincang. Kadang-kadang saya letakkan juga coklat chip. Memang osem untuk yang sukakan coklat.

Bakar pada suhu 180c selama 30 minit. Kalau rasa nak tambahkan masa bagi garing sket lagi boleh je tambahkan masa membakar tu ek.


SOS KASTARD

Bahan-bahan untuk sos kastard:

1 tin susu cair
1/4 tin air (gunakan tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara Masak:

Satukan semua bahan-bahan ni ke dalam periuk. Petua kalau nak pastikan tepung takde berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk. Kacau dulu tepung bagi sebati. Dah larut come lote barulah letakkan atas dapur dan masak guna api perlahan. Masak sampai pekat ikut suka la nak pekat cemana kan. Nak habaq satni.. dah sejuk kang lagi pekat sos tu sebenaqnya.

Senang kan? Try na.. jangan lupa baca bismillah sebelum mulakan tu. Berkat dan bertambah sedap kalau dibuat dengan kasih sayang. Hehe. Selamat menchoba.


No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...