Wednesday, July 20, 2016

#mylittlefive

First time saya nak share pasal #mylittlefive.
Macam tak caya je dah masuk lima orang anak den. Tapi PERCAYALAH bahawa ini bukan propa semata-mata.

EDD 16.8.16. Buat scan 5D ni di Klinik As-Salam, Bangi. Memang puas hati sangat2. Siap dapat printed dan dvd video dan pic2 scan baby yang banyak. Syukur alhamdulillah.

Entah dari mana datangnya tetiba terasa basah mata bila tiap kali tengok baby, tengok dia senyum dan kelip mata. Mulanya agak susah sikit nak scan sebab uri betul-betul parking atas muka tu.



Menghitung hari mama dan abah menanti kehadiran cayang mama ni. Sekarang dah 36 minggu.Bukan mama dan abah je malahan kakak zara, abg mirza, abg emir dan abang mukhriz xsabar tunggu adik. Selalu masa mama sikat rambut kakak, dia akan cakap, mama.. macam ada orang tendang kakak je belakang ni. Memanglah sebab kakak duduk tekan perut mama. Baby la yang tendang tu. Kakak kata selalu doakan dalam solatnya agar baby lahir dengan selamat dan sihat.

Abang ngah rajin pegang perut nak rasa baby gerak. Excited sungguh. Emir pula malu-malu. Emir ni kuat cemburunya. Sampai sekaranag tidur pun masih pegang tangan mama. Tidur pun masih nak menyelit tepi mama. Manja sangat. Sampai sekarang masih panggil adiknya Baby Mukhriz.

Mukhriz pula suka sangat buat bunyik kat perut kejutkan baby. Cayang katanya.

No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...